B A B 12 : Kelas tahanan

437 19 1
                                    

Someone pov

"Kalau macam tu, saya nak...."

"Saem nak apa?" Tanyaku apabila dia tidak menyambung ayatnya.

"Saya nak kamu berdua pergi ke kelas tahanan sampai pukul 4 petang."

"MWO?" Aku dan Yoona berkata serentak. Terkejut aku. Kelas tahanan kot. Sengsara weyh. Lepastu sampai pukul 4 petang pulak tu. Boleh mati mereput duduk dekat dalam tu.

"Saem. Takkanlah sampai petang. Kalau masa rehat nanti, macam mana?" Reaksi muka Yoona berubah kepada reaksi tidak suka dan lebih kepada muka sedih.

"Tak ada rehat. Kamu duduk di situ sampai pukul 4 petang. Selepas itu, baru boleh keluar." Jawab Saem Sungjae dingin.

"Alah saem. Takkanlah kena masuk kelas tahanan." Aku merayu kepada saem supaya menukarkan denda yang lain.

"Atau kamu nak saya panggil ibu bapa kanu?"

"Tak nak." Jawab aku dan Yoona serentak sambil menggeleng kepala.

"Kalau macam tu, kamu berdua boleh pergi ke kelas tahanan sekarang." Saem Sungjae menunjukkan jalan supaya kami pergi ke sana.

Aku dan Yoona hanya berdiri di situ tanpa berbuat apa-apa. Tidak tahu hendak pergi atau tidak.

"Kamu sini." Saem Sungjae memanggil seorang pelajar yang sedang mengintai kami dari tadi.

"Saya?" Tanya seorang namja sambil menunjukkan jari ke arahnya.

"Ye. Sini."

Pelajar itu berjalan ke arah saem sambil berselang-seli memandang saem dan rakan-rakannya di belakang.

"Waeyo saem?" Tanya namja itu kepadanya.

"Saya nak kamu bawa mereka berdua ke kelas tahanan. Jangan beri mereka lari. Kamu pantau mereka sehingga ke bilik itu. Selepas itu kamu boleh masuk ke kelas semula." Arah saem kepada namja itu.

Dia sebenarnya tahu yang kami berdua tak akan pergi ke kelas tahanan itu. Jadi, dia suruh namja itu menghantarkan kami berdua ke sana. Aku pun baru je plan nak lari dekat kabin daripada duduk dekat bilik itu.

"Tolong hantar mereka sekarang."

"Nae, saem." Namja itu menganggukkan kepalanya.

"Jom." Kata namja itu kepada kami berdua dan terus berjalan meninggalkan kami di belakang.

"Herghh." Yoona terus mengikut namja itu dengan muka menyampahnya.

Aku pun berjalan mengikutnya. Sepanjang perjalanan kami berdua ke sana, kami senyap tidak berkata-kata. Suasana di situ menjadi kekok dan janggal bagiku.

"Puas hati kau sekarang? Sebab kau, aku kena pergi 'neraka' tu sekali." Yoona menyilangkan tangannya sambil mata fokus di hadapan.

"Huh?" Itu sahaja yang aku boleh jawab persoalannya.

"Kenapa kau tunjuk aku tadi? Masa saem tanya siapa yang gelak tadi." Yoona memandangku dengan pandangan tajam. Aku tahu dia tengah marah sekarang.

"Sebab kau yang buat aku gelak. Aku tunjuklah kau sekali." Jawabku dengan suara yang tidak rasa bersalah.

"Kau yang gelak kan. Kenapa aku yang kena?" Yoona menaikkan sedikit suaranya.

"Kalau kau tak menari dengan menanyi dekat tepi tu tadi, tak adalah aku gelak sampai macam tu sekali. Jadi, salah kaulah yang buat aku gelak. Dan salah kaulah kita kena pergi 'neraka' tu." aku menjeling Yoona. Memang salah dia pun. Nak salahkan aku pula. Sepak kang.

[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]Where stories live. Discover now