Chanyeol pov
Semasa pementasan dari kelab teater, aku sering melihat Yoona. Entah kenapa mata aku ni asyik nak tengok dia je.
Aku suka tengok dia berlakon. Boleh jadi pelakon ni.
Tapi yang aku tak sukanya. Pertama, part yang last tu. Aku macam nak tumbuk je budak tu. Sesuka hati dia je cium saeng aku. Apa dia ingat mulut Yoona tu murah?
Mesti dia ingat dia yang dapat first kiss Yoona tapi sorrylah bro. Aku dapat dulu. Muahahaha.
Kedua, yang aku tak suka sebab jalan cerita tu. Mana si Krystal ambik cerita ni. Dahlah sama pulak tu dengan situasi aku sekarang ni. Tapi aku dicabar dengan kereta bukan duit. Tapi still ada persamaan.
Yang pasal namja akan suka dekat yeoja tu, mungkin tak akan berlaku aku rasa. Sebab aku langsung tak ada perasaan dekat dia. Sikit pun tak ada. Cuma sayang sebagai seorang abang, mungkin ada.
Aku takkan langsung jatuh cinta dngan dia. Tak dan tak akan.
Aku cuma sayangkan kekasih aku sahaja. Tapi sekarang ni, aku perlu jauhkan diri aku dari dia semata-mata untuk dekat dengan Yoona. Aku pun tak fahamlah.
Aku lihat, Yoona keluar daripada dewan bersama dengan hantu galah panjang tu. Eh, tapi aku rasa aku lagi tinggi dari dia. Or same. I don't know.
Dia berjalan ke sesuatu tempat. Aku pun dengan perasaan ingin tahu terus mengekori mereka. Perlahan-lahan aku berjalan supaya mereka berdua tidak perasan.
Aku lihat, Yoona bawa dia ke sebuah bilik. Aku mengintip dari belakang dinding. Bilik teater.
Mereka berdua masuk ke dalam bilik itu. Lampu terbuka menyebabkan aku boleh lihat apa yang mereka berdua buat. Nasib baik ada cermin tingkap dekat tepi pintu. Terima kasih ahjussi yang buat bangunan ni.
Aku perhati je diorang. Aku tengok Si galah tu menangis. Apa yang dia tangiskan?
Yoona pulak aku tak nampak sebab dia membelakangi aku. Jadi, aku tak tahu dia menangis atau marah.
Tiba-tiba sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Hantu tu boleh lagi cium Yoona lagi sekali. Aku menggigit bibir bawahku.
Amboi kau. Ambil kesempatan nampak. Aku pun tak adalah cium melebih gitu.
Dan selepas itu, aku tak nampak apa-apa dah. Takkanlah dia tutup lampu kot. Siot. Jangan dia buat apa-apa sudah.
Entah berapa minit aku tunggu dekat luar ni. Tapi diorang tak keluar-keluar dari bilik tu. Apa yang diorang buat ni. Takkanlah buat projek lak. Eish, apa aku fikir ni.
Bunyi pintu terbuka membuatkan aku cepat-cepat sorok di sebalik dinding. Aku toleh ke tepi selepas beberapa saat.
Kelihatan Yoona sedang berlari.
Dia nak pergi mana pulak tu?
Mingyu pun keluar dari bilik itu. Aku hanya melihat gerak gerinya. Dia melangkah ke dewan semula.
Aku malas nak tengok dia terus ikut Yoona dari belakang. Nasib aku tahu dia pergi ikut mana. Kaau tak, takkan aku nak cari satu sekolah.
Dia pergi ke bangunan sebelah. Tingkat 2 dia tuju dan terus masuk ke dalam kelasnya di bahagian hujung sekali.
Bunyi pintu ditutup dengan kuat membuatkan aku terkejut. Kuatnya dia tutup. Marah ke tu?
Aku berjalan melihat Yoona disebalik pintu. Pintu itu ada cermin jadi, aku boleh lihat dia. Gomawo ahjussi yang buat pintu ni. Membantu sangat.
Aku lihat dia sedang duduk di sudut kelas di bahagian belakang. Matanya seperti berair. Mungkin dia sedang menangis.
Hati aku tiba-tiba rasa sebak tengok dia menangis. Yoona terus menjerit. Aku tak tahu apa sebab dia menjerit.
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]
Fanfiction" 너는 내 모든 것 " - you're my everything - • P.cy, K.mg & K.th • Hiatus ( ) Slow update ( ) On-going ( ) Complete ( ✔ ) Start : 26 Julai 2016 Complete : 15 Oktober 2016