B A B 67 : Takkanlah

214 8 0
                                    

Author pov

Pada hari Sabtu petang, Yoona tidak keluar dari biliknya kerana asyik muntah. Pelawaan dua orang rakannya yang mahu joging di taman juga ditolaknya.

Pintu bilik Yoona diketuk. Tuan bilik itu keluar dari tandas. "Ye?" soal Yoona dari pintu tandas.

"Yoona, jom turun makan petang. Omma ada buat kek strawberi ni." balas si pengetuk pintu itu. "Nae. Nanti Yoona turun." balas Yoona.

"Datang dekat pondok ye?" pesan Puan Sehyeon. "Nae."

Yoona mencuci mulutnya selepas ommanya pergi. Dia mengelap mukanya dengan tuala kecil yang tersangkut di tepi cermin tandasnya.

"Jangan muntah. Jangan muntah." Yoona berkata pada dirinya sendiri.

●●●●●


Yoona memakai selipar ungunya. Kemudian, dia menapak ke arah pondok kecil di tepi rumahnya.

"Waah..sedapnya." Yoona memberi senyuman pada ahli keluarganya.

"Meh duduk sini." Tuan Jaehyun menepuk tempat di sebelahnya. Yoona akur dan duduk di sebelah appanya.

"Nah." Puan Sehyeon meletakkan sepiring kek strawberi di hadapan Yoona.

"Gomawo." ucap Yoona. Dia tidak memakannya lagi kerana tidak berselera lagi.

Tuan Jaehyun meletakkan tangannya pada bahu Yoona. "Yoona ingat lagi yang Yoona kata nak pergi rumah halmeoni?" soal appnya. Yoona membuat muka masam kerana appanya tidak boleh cuti. "Ingat."

"Appa dah ambil cuti untuk minggu depan, jadi kita boleh pergi sekali ke rumah halmeoni." balasan Tuan Jaehyun membuatkan Yoona teruja. "Jinjja?" pandang Yoona pada appanya.

"Eo. Hari isnin nanti kita pergi." jawab si ayah.

"Yeay.." Yoona mengangkat tangannya kerana gembira.

"Suka dia." senyum Puan Sehyeon melihat anaknya.

"Mestilah suka. Dah lama kita tak pergi rumah halmeoni." balas Yoona.

"Kalau macam tu, Yoona tinggallah dekat rumah halmeoni."

"Appa saja tak nak jaga Yoona ke apa?" Yoona memandang appanya dengan mata kecil.

"Maksud appa bukan tu lah. Takkanlah appa nak tinggalkan anak kesayangan appa ni dekat sana. Nanti siapa yang nak ceriakan appa, omma dengan oppa?" Tuan Jaehyun mencubit pipi Yoona.

"Ahh..sakitlah appa." Yoona tergelak kecil walaupun pipinya dicubit oleh ayahnya.

Sedang tiga orang beranak itu bermesra, ada seseorang sedang memerhati mereka dengan perasaan cemburu. Dan orang itu ialah Chanyeol.

"Ha, Chanyeol. Kamu nak tak pergi rumah halmeoni kamu minggu depan?" pertanyaan ommanya membuatkan dia baru dilayan seperti seorang manusia.

"Takkan Chan nak tinggal dekat sini sorang-sorang. Mestilah ikut sekali." jawab Chanyeol.

"Sibuk je." Yoona menjeling Chanyeol.

"Hey, apa cakap dekat oppa kamu macam tu?" Puan Sehyeon mencubit betis Yoona membuatkan dia mengerang kesakitan.

"Padan muka." balas Chanyeol dan menjeling Yoona.

[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]Where stories live. Discover now