B A B 6 : Hadiah

494 20 6
                                    

Authour Pov

Yoona dan Puan Sehyeon tiba di sebuah mall di Gangnam. Mereka berdua berjalan masuk ke dalam mall itu selepas memarkir kereta.

Mata Puan Sehyeon sedang melilau mencari kedai yang sepatutnya.

Yoona memandang ommanya pelik. "Omma sebenarnya nak beli apa?"

"Omma nak beli hadiah untuk anak kawan omma yang nak kahwin minggu depan." Jawab Puan Sehyeon.

"Omma nak bagi hadiah apa?" Tanya Yoona lagi.

"Entahlah. Bagi apa yang sesuai?" Puan Sehyeon memikirkan sesuatu.

"Kalau bagi peralatan dapur? Macam kuali, oven, pembuat kopi, mixer?" Cadang Yoona.

"Benda lain?"

"Hmm...minyak wangi? Beg tangan? Seluar? Baju? Kasut?"

"Beg tangan untuk pengatin perempuan, kasut untuk pengantin lelaki?"

"Oklah tu." Setuju Yoona.

Mereka berdua memasuki sebuah kedai yang menjual beg tangan berjenama Gucci.

"Beg macam mana yang sesuai?" Omma melihat semua beg tangan yang dipamerkan di situ.

"Beg macam ni lah omma." Aku menunjukkan beg yang berwarna putih.

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"

Beg ni?" Omma meneliti beg itu.

"Yeoja zaman sekarang sukakan yang simple je omma. Walaupun nampak macam biasa je tapi bergaya. Tali beg ni pun panjang. Senang, sangkut dekat bahu je." Terang Yoona panjang lebar.

"Bolehlah kan?" Omma memandangku selepas habis meneliti beg itu.

"Ikut ommalah." Aku mengangkat bahuku.

"Cik, saya nak beg ni." Omma memberikan beg itu kepada seorang jurujual yeoja di kedai itu.

"Sila ikut saya puan." Yeoja itu membawa Puan Sehyeon ke arah kaunter pembayaran.

Selepas bayar, mereka pun keluar dari kedai itu untuk ke kedai yang seterusnya.

"Omma. Tu kedai kasut." Yoona menunjukkan jarinya ke arah sebuah kedai di sebelah kanan mereka.

Mereka berdua menapak menuju ke kedai itu.

"Omma tak tahulah pengantin lelaki tu saiz kasut dia berapa."

"Hmm, omma pernah jumpa ke lelaki tu?" Tanya Yoona. Puan Sehyeon mengangguk.

"Omma rasa saiz dia macam mana?"

"Entahlah. Tapi omma tengok saiz badan dia sama macam oppa kamu." Jawab Puan Sehyeon.

"Mungkin saiz kasut dia pun sama macam oppa?" Yoona memegang dagunya.

[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]Where stories live. Discover now