Chanyeol pov
Air Americano di dalam gelas, aku ambil dan hirupnya. Segar sikit anak tekak aku ni. Daripada tadi asyik bercakap je, mana tak haus.
"HAHAHAHA" gelak rakanku yang lain. Mungkin disebabkan Sehun yang membuat lawak entah apa-apa dia tu.
Tanpa kami sedar, semua pelanggan yang berada di dalam kafe tersebut memandang kami dengan muka tidak puas hati. Tapi kami semua tak kesah.
"Dahlah tu. Semua orang pandang lah." arah D.O dengan sisa tawanya.
"Chanye-" belum sempat Suho hyung berkata, ada orang memotong.
"Wei, wei, wei, wei. Awek cantik lah." anak Encik Byun menepuk-nepuk pehaku sambil memandang ke arah dua orang yeoja yang baru masuk ke dalam kafe.
Kami semua memandang ke arah dua orang yeoja tersebut.
Fulamak, seksi gila dia. Dengan gaun ketat sampai lutut tu. Nampak dada, belakang. Yang lain pandang nampak seksi, bagi aku seksa betul tengok yeoja tu.
Baekhyun dah meleleh dah air liur dia. Ini kalau aku bagi tahu Taeyeon, baru padan muka.
"Seksi gila dia." mulut Chen hyung ternganga. Aku malas hendak tengok yeoja tu dan terus bermain dengan telefon bimbitku.
"Hai." kedengaran teguran daripada Baekhyun pada 2 orang yeoja tersebut. Miangnya lahai.
Tiba-tiba kedengaran kawan-kawanku yang lain tergelak. Aku memandang mereka dengan muka pelik. "Waeyo?" tanyaku.
"Yeoja tu tak balas. HAHAHAHA." Jawab Sehun persoalanku. Aku tergelak kecil. Muka Baekhyun kelihatan kecewa.
"Belum nak mengayat, awal-awal dah kena reject. Muahahaha." Lay hyung sengaja menyakitkan hati Baekhyun.
"Keumanhae." Baekhyun menundukkan mukanya.
"Kenapa hyung panggil Chan tadi?" aku sengaja menukar topik perbualan kami. Sekali-sekala tolong Bacon ni. Kesian tengok kena buli.
"Ouh..hyung nak tanya. Apa perkembangan kau?" tanya Suho hyung. Okay, aku faham perkembangan apa yang dia maksudkan.
"Tak banyak sangat." jawabku ringkas.
"Cerita pasal benda ni, kau nampakkan dia ada buat benda yang tak sepatutnya waktu persembahan tadi." D.O teringatkan aku tentang babak tu.
"Tak sakit hati ke?" tanya Sehun dan aku mengeluh. "Sakit hati? Heh." balasku dengan senyuman senget.
"Nak buat apa Chanyeol sakit hati, dia tak sukakan dia pun kan." Baekhyun menyampuk. Gomawo Baekhyun, kau tolong aku pulak.
"Kau tak rapat dengan dia lagilah ni?" tanya Xiumin hyung pula. Aku sekadar mengangguk.
"Cuba kau gunakan kisah pasal yang dia dengan namja yang macam vampire tu sebagai alasan." Suho hyung memberi cadangan yang aku tak berapa faham dengan cadangan dia tu. "Maksud?" soalku.
"Kau cuba buat yang kau pura-pura sedih sebab dia dengan namja tu kiss. Nanti kau cubalah jauhkan sikit diri kau dengan dia. Jadi, nampak macam kau sakit hatilah." terang Suho hyung. Sekarang aku baru faham.
"Bagus jugak tu. Nanti,dia cubalah pujuk kau. Lepastu kau pandai-pandai lah uruskan yang selebihnya, kan Chanyeol?" Baekhyun memandangku.
"Okay. Lagipun sejak balik sekolah tadi, aku tak bercakap dengan dia." balasku.
Rumah Keluarga Park
🏠🏠🏠◁ 8.32 ㏘ ▷
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]
Fanfiction" 너는 내 모든 것 " - you're my everything - • P.cy, K.mg & K.th • Hiatus ( ) Slow update ( ) On-going ( ) Complete ( ✔ ) Start : 26 Julai 2016 Complete : 15 Oktober 2016