B A B 23 : Cari

375 13 1
                                    

Still Yoona pov













Keesokan harinya
🌇🌇🌇🌇
















Aku bermain-main dengan bucu helaian kertas pada buku yang sedang aku baca. Buku sejarah. Matapelajaran paling aku benci. Entah kenapa aku rajin sangat nak baca.

"Hmm hmm hmm hmm hmm hmm." Aku humming lagu Good Luck daripada AOA. Cuba untuk menceriakan diri yang tak berapa ceria ni.



Sreeet



Bunyi pintu kelas dibuka aku tidak endahkan. Mungkin rakan sekelasku baru tiba. Aku pun tak adalah keseorangan dekat dalam kelas ni. Kalau tak, rasa macam seram je pagi-pagi ni.

"Selamat pagi." Ucap seseorang membuatkan aku mendongakkan kepala. Seokmin rupanya. Aku membalas dengan senyuman.

"Awal datang?" Katanya sambil meletakkan beg galasnya di atas kerusi. Tempatnya berada di bahagian paling hadapan. Maklumlah, ketua kelas.

Memang hari ni aku datang awal kerana tidak mahu berjumpa dengan oppa. Hati aku masih lagi kecewa dengan dia.

Aku tidak menjawab soalan Seokmin. Cuma senyum senget. Tak ada mood hendak bercakap. Lagipun, aku masih lagi sakit hati dengan dia sebab dialah yang langgar aku masa dia bergaduh dengan kawan dia.

"Sombongnya." Dia berjalan ke tempat Irene di sebelahku. Dengan selambanya dia duduk. Aku tidak memberi sebarang respon dan menumpukan perhatian terhadap pembacaanku.

"Janganlah emo sangat. Tak comellah." Dia menongkatkan tangannya pada pipi sambil memandangku. Aku tidak melayan.

'Hekeleh. Kisah apa aku. Comel ke tak comel ke. Ada kena mengena dengan kau?'

Aku menyelak helaian pada muka sebelah dengan laju. Menunjukkan rasa tak puas hati.

"Janganlah marah. Saja je." Dia cuba memujuk. Tapi aku buat tak tahu. Dia memuncungkan mulutnya. Cuba buat aku cair ke apa? Walaupun muka dia hensem, tapi aku tidak cair.

"Yoona~~" Panggil Seokmin dengan suara comel. Tapi suara gedik bagi aku.

"Wae?" Aku bertanya dengan suara perlahan.

"Yoona~~" panggil dia lagi. Apahal pulak dia panggil aku macam tu?

"Hmm?"

"Yoona~~" kali ketiga dia panggil. Darah aku sudah mendidih. Panas je sekarang ni. Cakap tu betul-betul la. Aku sepak nanti, sia-sia je. Berterabur gigi.

"Awak nak apa?" Aku cuba mengawal perasaan geram aku. Takut jatuh reputasi aku nanti. Dengan suara biasa aku bertanya.

"Tak ada apa-apa. Saja nak dengar suara awak." Senyum Seokmin sehingga menampakkan barisan gigi atasnya. Aku memutarkan bola mataku.

'Dia ni, memang sengaja bagi aku marah ke apa?'

"Yoona, saya nak cakap sikit." Suara Seokmin mengendur. Daripada ceria kepada sedih. Sedih ke?

"Cakaplah. Saya dengar." Balasku tanpa memandangnya. Mata masih tertumpu pada buku teks.

"Sebenarnya...ah, awak ada 'namja' tak?" Pertanyaan Seokmin membuatkan aku memandangnya pelik.

[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]Where stories live. Discover now