Mingyu pov
Seungcheol hyung menghulurkan sebungkus roti padaku. "Gyu. Makanlah sikit." ujarnya.
Aku menggeleng dengan kepala masih berada di atas meja belajar. Mata memandang ke luar tingkap kelas.
"Makanlah Gyu. Nanti kau sakit perut. Dari pagi tadi, aku tengok kau tak makan." Jeonghan hyung pula memujukku. Tetapi aku tetap geleng.
"Yaah, Kim Mingyu. Makanlah." Wonwoo hyung menaikkan suaranya. Nasib baik tak ada pelajar berada di dalam kelas. Kalau tak buat malu je.
"Sirheo." balasku senada dengan suara Wonwoo hyung.
"Kau nak sakit ke?" Seungkwan memandangku dengan muka divanya. "Biarlah." balasku.
"Kenapa kau macam ni Gyu? Janganlah buat aku risau." Joshua hyung memaut bahuku.
"Selagi Gyu tak jumpa dia, selagi tu Gyu tak nak makan." jawabku membuat semua ahliku mengeluh.
"Janganlah abaikan kesihatan kau semata-mata pasal dia." ujar The8.
"Entah. Tak ada faedah lah Gyu." sokong Jun hyung.
"Suka hati aku lah." aku selindungkan muka dengan kedua-dua tanganku.
Semua ahli Seventeen memandang satu sama lain. Mereka berfikir cara hendak memujuk Mingyu supaya makan.
●●●●●●
Yoona pov
Aku lihat oppa membawa aku pulang mengikut jalan yang tak pernah aku lihat.
"Oppa nak bawa Yoona pergi mana ni?" tanyaku sambil melihat keadaan di luar tingkap yang tidak pernah aku lihat.
"Tengoklah nanti." jawapan oppa membuatkan aku memandangnya dengan mata kecil. "Apa oppa cuba buat ni ha?"
" 'Cuba buat apa' apa?" oppa memandang aku pelik.
"Tak ada apa-apa." aku memandang ke hadapan semula.
30 minit kemudian
▶▶▶
Oppa memberhentikan kereta selepas memarkirkan kereta appa di sebuah tempat letak kereta.
Aku melihat keadaan sekeliling. "Kita dekat mana ni?" tanyaku.
"Jomlah. Turun." oppa tidak menjawab soalanku. Aku menggigit bibir bawah kerana geram.
Dia membukakan pintu buatku. "Cepatlah turun."
"Tongkat dekat belakang. Tolong ambilkan." pintaku dengan senyuman. Oppa memusingkan bola matanya.
"Tak payahlah. Kau naik belakang aku je." oppa memusingkan badannya lalu bercangkung.
"Biar betul. Tak apalah. Yoona ambil tongkat sendiri." aku hendak memusingkan badan untuk mengambil tongkat di trmpt duduk belakang.
Tetapi sebelum sempat aku berbuat begitu, oppa memandangku dengan tajam. Aku terdiam sebentar. "Naik jelah." oppa menoleh ke hadapan semula.
Dengan perlahan, tanganku diletakkan pada bahunya. Aku terus memaut di badan belakangnya. Dia berdiri dengan berhati-hati. Kemudian, tangannya memegang pada pelipat lututku supaya aku tidak jatuh.
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]
Fanfiction" 너는 내 모든 것 " - you're my everything - • P.cy, K.mg & K.th • Hiatus ( ) Slow update ( ) On-going ( ) Complete ( ✔ ) Start : 26 Julai 2016 Complete : 15 Oktober 2016