Author pov
Chanyeol, Tuan Jaehyun dan Puan Sehyeon duduk di luar sementara menunggu doktor memeriksa keadaan Yoona.
"Chan." panggil Puan Sehyeon. "Nae?" Chanyeol memandang muka ommanya.
"Omma nak kamu kahwin dengan Yoona." kata-kata si ibu membuatkan anaknya terkejut. "Mwo?"
"Omma nak kamu bertanggungjawab atas apa yang kamu dah buat dekat dia." nada Puan Sehyeon dingin.
"Wae?" geleng Chanyeol.
"Habistu, kamu nak biarkan anak dalam tu tak ada bapa?" Puan Sehyeon memandang tajam muka Chanyeol.
"Kamu dah buat salah, kamu kena bertanggungjawab. Kamu jaga anak kamu sama-sama dengan dia. Omma tak nak Yoona jaga seorang." tambahnya.
"Tapi-" kata-kata Chanyeol terhenti apabila ayahnya menyampuk. "Kamu dengar cakap omma kamu. Tak ada tapi lagi."
Chanyeol terpaksa akur. "Ye. Chanyeol kahwin dengan dia." angguknya.
"Esok ikut omma pergi mahkamah. Kita minta borang dekat sana. Esok juga kamu kahwin dengan dia." kata Puan Sehyeon muktamad.
"Nae."
Kemudian, doktor bersama seorang jururawat perempuan keluar dari bilik Yoona. Ianya doktor semalam.
"Keadaan anak puan dan kandungannya dah stabil. Saya dah masukkan glukosa ke dalam badan dia dan dia okay." kata Doktor Kangjun dengan lembutnya.
"Dia boleh balik bila doktor?" soal omma.
"Saya rasa dia dah boleh keluar hari ni." jawab si doktor.
"Saya nak pesan sikit. Saya harap puan tolong kawal tentang hal pemakanan dia. Saya takut, kandungannya tak dapat zat. Selalu berikan dia minum susu dan makan makanan yang seimbang." tambah doktor dengan senyuman.
"Nae." angguk Puan Sehyeon.
"Saya pergi dulu."
"Nae. Kamsahamnida." ucap Puan Sehyeon.
Doktor yang bernama Seo Kangjun itu pun berlalu pergi bersama jururawat tadi.
●●●●●●
Seorang lelaki membaling makanan ikan ke dalam kolam ikannya. Dia berdiri di atas jambatan kecil.
Kemudian, datang adiknya di sebelah. Dia memandang orang di sebelahnya. "Kenapa dekat sini? Pergilah rehat." kata Chanyeol pada bakal isterinya itu.
"Sekejap je." balas Yoona dan mengeluh.
"Kenapa Yoona tak bagitahu yang Yoona mengandung?" Chanyeol memandang Yoona.
Gadis itu menundukkan mukanya. "Yoona...tak..." dia tidak menghabiskan ayatnya.
"Yoona tak nak oppa tahu? Yoona nak rahsiakan benda ni?"
"Yoona cuma takut. Yoona...takut nak bagitahu" balas Yoona dengan suara perlahan.
"Kalau oppa, omma, appa tak tahu, Yoona nak gugurkan...anak kita?"
Yoona mengangkat mukanya.
"Anak..kita?" pandang Yoona pelik
"Oppa tak nak Yoona gugurkan anak kita. Oppa sayangkan anak kita. Oppa tahu Yoona tak sanggup nak jaga tapi kita jaga sama-sama. Eo?"
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]
Fanfiction" 너는 내 모든 것 " - you're my everything - • P.cy, K.mg & K.th • Hiatus ( ) Slow update ( ) On-going ( ) Complete ( ✔ ) Start : 26 Julai 2016 Complete : 15 Oktober 2016