B A B 44 : Balik

215 8 0
                                    

Yoona pov

Seminggu sudah berlalu. Hari-hari aku jauhkan diri daripada Mingyu. Setiap waktu rehat, aku berseorangan. Aku tidak rehat dengan Seventeen lagi.

Tentang Seulgi dan Irene, aku masih tidak berbaik dengan mereka lagi. Hati ni, terdetik juga nak minta maaf tapi aku tak buat sebab malu. Nampak tak kesengalannya tuh.

Oppa aku pula, dia masih tidak bercakap dengan aku. Balik sekolah, terus masuk bilik sampai esok pagi. Waktu pergi sekolah, dia pergi dulu. Awal-awal pagi dia gerak.

Aku pun hairan dengan dia, kenapa dia macam tu? Dia macam nak jauhkan diri dari aku. Aku tak tahu kenapa.

Kadang-kadang, dia tidur dekat asrama dengan kawan dia. Aku tahu pun sebab pemandu appa beritahu. Dia mungkin bagitahu Encik Kim dulu sebelum pergi asrama.

Dekat rumah, aku keseorangan. Walaupun ada ahjumma Sayeon, aku tetap rasa berseorangan.

Kawan tak ada, abang ada tapi macam tak ada. Omma dengan appa pergi luar negara. Aku rasa macam aku ni membesar seorang diri.

Tak ada orang nak diajak berbual-bual. Agak-agaklah nak ajak ahjumma Sayeon borak dengan aku. Dia mana tahu apa yang aku hadapi sekarang ni.

Dekat sekolah pun aku senyap je. Cuma tumpukan perhatian masa saem ajar. Mungkin aku boleh dapat cemerlang masa peperiksaan akan datang.

"Ahjussi, oppa duduk asrama ke hari ni?" tanyaku kepada Encik Kim sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.

"Tak. Sebab tadi dia tak cakap apa-apa pun. Mungkin dia balik rumah." jawab Encik Kim.

"Dia balik naik apa?" tanyaku lagi. "Saya tak tahu lah pulak." balasan Encik Kim membuat aku mengeluh.

Telefon bimbit, aku keluarkan.


●●●●●●●●●●●●●●●●



♥ Oppa ♥

Oppa balik naik apa?

Kenapa?

Ahjussi tak tahu. Oppa balik asrama ke tak?

Aku balik rumahlah

Balik naik apa?

Jalan kaki

Betul-betul la

Betullah 😒😒


Yoona balik dulu eh?


Baliklah


●●●●●●●●●●●●●●●●



"Ahjussi, kita balik dulu. Oppa kata dia balik jalan kaki." kataku sambil memegang kerusi yang diduduki oleh Encik Kim di hadapan.

"Nae." balasnya dan terus memandu pulang ke rumah.


Rumah
🏠🏠🏠🏠

Selesai sahaja mandi, aku pergi ke bilik oppa dengan memakai baju t-shirt putih berlengan pendek dan short.

Tombol pintunya terus aku pulas tanpa mengetuk pintu dahulu. Aku lihat ke dalam biliknya. Tiada orang.

'Mungkin dia tak balik lagi.'

Jam di dinding aku lihat. 10.30 ㏘

Aku masuk semula ke dalam bilikku.

Buku di dalam beg sekolah, aku keluarkan dan letak di atas meja. Kerusi ditarik ke belakang dan aku duduk di situ.

Dah tak ada apa nak buat, buat kerja sekolah je lah. Lagipun bertimbun kerjanya.

Sepanjang aku membuat kerja,aku ditemani dengan lagu Russian Roullete oleh Red Velvet. Lagu tu baru sahaja keluar dan best. Jadi, aku ulang lagu tu sahaja.


DUUUMMMM!!!



Bunyi kilat berdentum terperanjatkan aku. Aku menoleh ke pintu anjung bilikku. Kedengaran bunyi hujan membasahi bumi.

"Hujan dah." keluhku kemudian menyambung semula membuat kerja sekolah.

Selepas selesai membuat kerja sekolah, aku menyusun buku mengikut jadual esok hari. Di luar pula masih hujan. Bunyinya kedengaran seperti hujan lebat.

Tiba-tiba aku teringat satu benda. Kerja yang dilakukan terberhenti.

"Oppa"

Aku terus berjalan ke bilik sebelah dengan cepat. Pintu biliknya aku ketuk berkali-kali.

Tetapi tiada sahutan.

Aku memulas tombol pintu. Tidak berkunci. Dengan itu, (eceh) aku pun masuk ke dalam biliknya.

Kelibat tuan punya bilik tiada di situ. Bilik air juga aku cari, tetapi tiada sesiapa.

Aku menggigit bibir bawahku."Mana dia ni?"

Aku terus berjalan ke tingkat bawah. Sebelum itu, tidak lupa juga untuk menutup pintu biliknya.

Ruang di bawah semuanya gelap. Suis di dinding, aku tekan ke bawah. Lampu pun menerangi ruang yang gelap itu.

Mungkin ahjumma Sayeon dah tidur. Yelah, dah pukul 11.20 ㏘. Masa untuk tidur.

Seluruh ruang di tingkat bawah, aku mencari dia. Ruang tamu, ruang makan, dapur, bilik air, pejabat appa dan stor. Tapi, semua tempat tu tiada dia.

"Takkan tak balik lagi." aku memandang ke pintu utama rumah.

Perlahan-lahan aku berjalan ke pintu tersebut. Takut juga hati ni nak buka. Dah lah malam-malam, kalau ada benda terjah macam mana? Tak pengsan aku?

Aku memejamkan mata. Pintu pun dibuka sedikit dengan mata yang masih tertutup. Sebelah mata aku buka perlahan-lahan.

Tak ada apa-apa.

Barulah aku membuka sebelah lagi mata. Angin sejuk terasa di badanku. Angin malam tambah hujan, memang sejuk.

Aku memeluk tubuhku dan menggosok-gosok lengan bagi kurangkan sejuk.

"Takkanlah dia terperangkap dalam hujan?"

Rasa kesian mula terbit dalam hatiku. Macam mana dia nak balik rumah dengan cuaca macam ni?

Payung yang terletak di tepi rak kasut, aku tenung lama.

'Apa kata kalau aku cari dia?'

Seminit aku berfikir dan payung tersebut terus aku ambil dan membukanya. Pintu utama ditutup.

Aku pun pergi mencari oppa dalam keadaan hujan ini.














~Tunggu bab yang seterusnya.~

[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]Where stories live. Discover now