Authour pov
(Di dalam kelas 11-B)
📖📖📖📖📖
"Hish mana V ni?" Seorang namja sedang bermain pensel di dalam kelas. Tangan kirinya ditongkat pada pipi sambil merenung ke luar tingkap.
"Takkanlah dia ponteng? Tak ajak aku pulak tu." Dia memuncungkan mulutnya. Selang-seli dia memandang tempat duduk di sebelahnya.
"HISH." Dia menghentakkan kakinya dengan kuat. Seluruh pelajar di dalam kelas memandangnya termasuk Saem.
"PARK JIMIN. TOLONG TUMPUKAN PERHATIAN SEMASA SAYA SEDANG MENGAJAR." Suara saem yang kuat menyebabkan dia tersedar. Tangannya berhenti bermain pensel.
"N..nae." balasnya tergagap. Mungkin kerana terkejut mendengar suara kuat saemnya.
"Ok kelas. Kita mulakan semula pembelajaran." kata-kata saem membuatkan seluruh kelas memandang ke hadapan semula.
Namja tadi yang dikenali sebagai Jimin, turut menumpukan perhatian selepas dimarahi oleh saem sebentar tadi.
(Di dalam kabin)
🏠🏠🏠🏠
"Kau tahu masak ke?" Tanya Yoona sambil meletakkan kedua-dua tangannya di belakang kerusi. Dagunya pula diletakkan di atas tangannya. Yoona bertanya begitu kerana melihat dari belakang namja itu, dia seperti tidak tahu memasak.
"Of course lah. Kau ingat aku ni apa?" Dia menaikkan keningnya sambil menoleh ke belakang memandang Yoona.
"Tak adalah. Aku tengok, kau ni macam tak tahu nak buat apa je."
"Jangan pandang rendah pada akulah. Aku ni raja memasaklah. Dalam kumpulan aku, akulah yang paling pandai bab-bab memasak ni." Dia memuji dirinya sendiri. Masuk bakul angkat sendiri.
"Eh, tadi kau cakap apa? Aku tak dengar lah." Yoona meletakkan tangan pada telinga kirinya. Buat-buat tidak dengar.
"Cakap yang aku ni hebatlah..." Namja itu tersenyum senget. Bangga.
"Bangga diri. Riak tahu tak." Yoona mengherot mulutnya.
"Kisah ke?" Namja itu menjelur lidah sambil mengacau telur mentah yang telah dipecahkannya tadi menggunakan chopstick.
"Aku cabut jugak lidah tu."
Namja itu masih menjelirkan lidahnya tetapi Yoona tidak peduli. Malas hendak layan perangai kebudak-budakan dia.
Dia memandang Yoona selepas membuka api bagi memanaskan kuali leper di atas dapur gas.
"Kenapa?" Yoona bertanya apabila tidak selesa Namja itu dari tadi memandangnya sambil bersandarkan pinggangnya pada kabinet. Tangannya pula disilangkan.
"Tak ada apa-apa. Saja je." Dia tersenyum nipis dan sambung memasak telur.
Dia memasukkan telur yang telah digaul dengan garam itu ke dalam kuali.
"Kenapa kau tak letak semua telur tu sekali?" Yoona bertanya apabila melihat namja itu meletakkan separuh sahaja telur tetapi bukannya semua. Dia pun meletakkan mangkuk di tepi.
"Aku nak buat asing. Satu untuk kau. Satu untuk aku." Namja itu menunjukkan chopstick yang dipegangnya apabila berkata 'kau' kepada Yoona dan beralih kepadanya apabila berkata 'aku'.
"Eh, eh. Kata nak buatkan untuk aku je. Mana boleh macam tu." Yoona memuncungkan mulutnya tanda protes.
"Bila masa aku kata nak masak untuk kau seorang je. Kau ingat aku tak nak jugak ke? Mana boleh kau makan seorang je." Cebik namja itu.
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]
Fanfiction" 너는 내 모든 것 " - you're my everything - • P.cy, K.mg & K.th • Hiatus ( ) Slow update ( ) On-going ( ) Complete ( ✔ ) Start : 26 Julai 2016 Complete : 15 Oktober 2016