B A B 72 : Bahagia

337 8 0
                                    

Yoona pov

Kami berdua turun dari teksi apabila tiba di destinasinya. "Oppa bawa Yoona pergi mana ni?" soalku apabila dia menarik tanganku dan pergi ke sesuatu tempat.

Oppa melepaskan tanganku apabila tiba di tepi sebuah tasik. "Ingat lagi tak tempat ni?" soal oppa padaku.

Aku memandang kawasan sekeliling. Aku cukup ingat tempat ni. Tempat yang istimewa bagiku. Di sinilah tempat kami berdua mencipta memori pertama.

"Yoona ingat lagi." anggukku.

"Ha!! Tempat tu." tunjukku pada sebuah bangku. Aku berlari anak ke situ. Oppa berjalan selepasku.

"Tempat ni oppa luahkan perasaan oppa dekat Yoona." aku duduk di tempat itu.

Aku ingat bangku ini kerana di sebelahnya betul-betul ada sebuah pokok. Oppa duduk di sebelahku.

"Sinilah tempat memori pertama kita." oppa tersenyum nipis.

"Setiap perkataan yang oppa kata, Yoona masih ingat lagi. Cara percakapan oppa, pandangan oppa. Yoona sentiasa ingat." pandangku pada suamiku di sebelah.

Dia meletakkan tangannya pada pinggangku, memelukku dari tepi. Aku pula bersandar pada bahunya.

" 'Oppa sebenarnya sayangkan Yoona lebih dari nyawa oppa sendiri. Yoona ialah orang yang penting buat oppa. Oppa tak sanggup lepaskan Yoona dengan orang lain.' " oppa mengulang sebahagian kata-katanya sewaktu meluahkan perasaan padaku.

" 'Oppa sukakan Yoona sejak kali pertama oppa ternampak Yoona. Masa tu oppa rasa jantung oppa berdegup laju bila oppa pandang Yoona.

Yoona buat hari oppa lengkap dengan senyuman Yoona. Yoona buat oppa rasa bersemangat nak mulakan hari yang seterusnya.

Setiap masa oppa teringatkan Yoona. Oppa rasa oppa tak boleh kalau berjauhan dengan Yoona.
Hari oppa rasa kekurangan kalau Yoona tak ada.' " kata-kata oppa membuatkan aku mengingati segala yang terjadi pada waktu itu.

" 'Oppa harap Yoona boleh terima cinta oppa.' " aku dan oppa berkata serentak. Aku memandang oppa. Oppa memandangku.

"Gomawo sebab terima cinta oppa." oppa menggenggam tanganku dengan tangan kanannya. Aku membalas dengan senyuman.

"Oppa janji, oppa akan sayang Yoona sehingga akhir hayat oppa." janji oppa padaku.

"Yoona pegang janji oppa." aku bersandar pada bahunya semula.

"Tak ada sesiapa boleh pisahkan kita." tambah oppa.

"Walaupun maut memisahkan kita, tapi hati Yoona tetap untuk oppa."


●●●●●●



Kami berdua baring di atas rumput di tepi sungai itu. Walaupun orang memandang pelik pada kami, kami tidak kisah.

Aku menyilangkan lengan kiriku dengan lengan kanan oppa. Tangannya aku genggam erat.

"Cantiklah bintang tu." aku menunjukkan tangan ke atas. Sekarang sudah waktu malam.

"Tapi ada satu bintang yang paling menyerlah dan lagi cantik dari semua bintang tu." kata-kata oppa membuatkanku tercari-cari bintang yang dimaksudkannya.

"Tu." tunjukku pada sebuah bintang yang kelihatan cerah.

"Bukan." geleng oppa.

[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]Where stories live. Discover now