(Pasaraya)
Aku dan omma tiba di pasaraya.
Aku pun menolak troli manakala omma mencari barang dapur.Banyak juga barang yang diambil oleh omma. Ada minyak, telur, sayur, biskut, tepung, gula, garam, mentega dan macam-macam lagi.
Sudah 1 jam aku dan omma mencari barang. Hampir penuh satu troli.
"Omma nak cari apa?" Aku mengikut omma dari belakang yang dari tadi masih mencari sesuatu.
"Omma cari strawberi. Tak jumpa lagi." Omma memandangku. Aku menepuk dahiku.
"Memanglah tak jumpa. Kita pergi dekat tempat kering(?). Strawberi dekat tempat basah(?), yang dengan ikan, sayur, buah." Aku tergelak.
"Ye ke?" Omma juga tergelak.
"Takpelah. Yoona pergi ambilkan." Aku menawarkan diri.
"Ok. Omma pergi cari barang yang lain dulu. Yoona bagi omma troli ni." Omma melangkah ke arahku untuk mengambil troli yang aku bawa. Aku berjalan menuju ke tempat yang sepatutnya.
"Mana kau strawberi?" Aku mencari-cari 'kelibat' buah itu.
Aku terjumpa sesuatu. Strawberi. Tapi tinggal satu bekas je. Aku cepat-cepat berlari untuk mendapatkan strawberi yang terakhir itu.
Tiba-tiba aku ternampak ada seseorang sudah mengambilnya. Aku berhenti berlari. Selepas orng itu berlalu pergi, aku berjalan menuju ke tempat itu.
"Ala. Dah habis." Aku mengeluh.
Tak apalah kalau tak ada rezeki.Aku pun mencari omma semula. Aku pergi ke tempat tadi.
"Mana omma?" Omma tiada di tempat tadi.
Aku pun mencari omma di tempat lain. Banyak tempat aku ulang-alik tetapi tak nampak lagi omma. Aku mula risau. Panik aku kalau tak jumpa omma. Dahlah besar tempat ni.
"Omma." Aku memanggil omma tetapi perlahan.
Bukk!!
Aku terlanggar seseorang semasa aku jalan mengundur tadi. Aku cepat-cepat meminta maaf kepada orang itu berkali-kali. Takutlah kalau kena marah sebab aku langgar dia.
"Kau tengok apa kau dah buat." Yeoja yang kelihatan berusia 20-an itu menunjukkan buahnya yang sudah berterabur di lantai.
Buah strawberi."최송합니다 (chuisonghamnida)" aku meminta maaf banyak kali.
"Kau tahu tak. Buah ni dah habis masa aku ambil tadi." Yeoja itu menengkingku. Aku perasan ada beberapa orang sedang memerhati kami.
"Chuisonghamnida." Minta maaf ku lagi.
"Minta maaf. Minta maaf." Marah yeoja itu lagi.
"Kenapa ni cik?" Tanya seseorang dari tepi. Aku dan yeoja itu memandangnya. Seorang namja.
"Kau siapa?" Tanya yeoja itu kepada namja tadi.
"Saya chingu dia." Jawab namja itu. Aku terkejut sekejap.
"Kalau kau nak tahu. Chingu kau ni dah jatuhkan buah strawberi aku. Dahlah buah strawberi ni yang terakhir masa aku ambil tadi." Yeoja itu bercerita kepada namja itu.
"Sekarang ni. Aku nak chingu kau ganti balik strawberi aku." Yeoja itu menjelingku. Aku menundukkan muka.
"Saya gantikan." Namja itu memberikan satu bekas strawberi kepada yeoja itu. Yeoja itu mengambil bekas itu dengan cepat dan berlalu pergi.
"Saya minta maaf." Suaraku perlahan. Aku dah menyusahkan banyak orang.
"Gwaenchana. Dari tadi saya perhati je awak. Ada masalah ke?" Tanya namja itu.
"Saya tak jumpa omma." Jawabku.
"Dah cuba telefon?"
Aku meraba poket seluarku. Sebelah kiri. Tiada. Sebelah kanan. Tiada juga. Aku baru teringat yang aku tertinggal telefon di atas meja makan masa sarapan tadi.
"Telefon saya tertinggal."
"Ingat nombor omma?" Namja itu mengeluarkan telefonnya. Aku mengangguk. Aku pun memberitahu nombor telefon omma. Namja itu cuba menelefon omma. Aku memandang namja itu.
'Macam pernah nampak je dia ni. Tak ingat pula bila. Aku rasa aku memang pernah jumpa dia. Tapi bila.'
Aku cuba mengingati namja itu. Dia kelihatan sedang bercakap di telefon. Mungkin omma menjawab panggilannya.
"Saya dengan anak ahjumma sekarang ni."
"Ouh, yeke. Saya sebenarnya baru jumpa dia."
"Dekat mana?"
"Okay, saya pergi sana."
"Cheonmaneyo."
"Nae...Anyeong."
Namja itu menyimpan semula telefonnya di dalam kocek seluarnya.
"Omma awak cakap yang dia dah keluar dari pasaraya ni. Dia dah mesej awak. Mungkin dia ingat awak bawa telefon. Dia suruh saya bawa awak dekat kafe." Kata namja itu.
"Hmm..." Aku mengangguk. Namja itu pun berjalan. Aku hanya mengikutnya dari belakang. Dia kelihatan sedang mengambil beberapa barang. Aku berdiri di tepi trolinya dengan senyap.
"Awak pelajar sekolah ke?" Tanya namja itu sambil meletakkan barang ke dalam troli. Aku mengangguk.
"Sekolah mana?" tanya namja itu sambil menolak troli itu. Aku berjalan bersebelahannya.
"Sekolah Menengah Tinggi Kyunggi." Jawabku.
"Ouh." Dia mengangguk.
'Suara dia pun macam pernah dengar. Siapa dia ni? Adoi.'
Tiba-tiba ada mentol lampu menyala di atas kepalaku. Aku dah ingat. Ya, dialah orang tu.
Pendek pula chapter ni. Mian.
~Tunggu bab yang seterusnya.
Mian kepada army dan exo-l yang lain kalau ada yang menyakitkan hati.~Please vote ya...
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]
Fiksi Penggemar" 너는 내 모든 것 " - you're my everything - • P.cy, K.mg & K.th • Hiatus ( ) Slow update ( ) On-going ( ) Complete ( ✔ ) Start : 26 Julai 2016 Complete : 15 Oktober 2016