Author mengambil masa seminggu utk berfikir benda ni... Dan author rasa better author update smpi habis cite ni sebb thn dpn author periksa
Author nak tamatkan cite ni sebelum thn depan...mian sebab buat readers menyampah..
Thank to Baby__Yoona sebab comment dkt chap sebelum ni...author akan kenang jasamu..hehehe
Yoona pov
Rumah Park
🏠🏠🏠◁ 3.12 ㏘ ▷
🕒🕒🕒Bilik Yoona
🏰🏰🏰
Aku menghempas badanku pada katil selepas penat pulang dari sekolah. Hari ini, murid-murid boleh balik awal kerana ada program. Kalau tak ada, sah-sah aku tengah hadap saem dekat sekolah tu.
Chanyeol oppa pula tak balik lagi sebab dia kata nak lepak dengan kawan dia. Sejak tadi, aku lihat dia tak nak bertembung dengan aku. Bila aku cakap dengan dia, dia tak pandang mata aku. Ditanya sepatah, sepatahlah dia jawab.
Malaslah nak fikir. Lantaklah. Buat pening jek.
Kedua-dua tangan, aku tekap pada mataku. Sungguh mataku rasa berat. Ini mesti sebab aku menangis tadi. Aku cuba menahan rasa ingin menangisku. Air mata yang berair tadi kering semula.
"Panasnya." aku mengibas-ngibas mukaku dengan tangan. Kipas yang berpusing tak dapat menyejukkan aku. Cepat aku bangun dan melangkah ke sebuah pintu di dalam bilikku.
Pintu itu aku buka dan angin yang bertiup aku rasa. Sungguh nyaman dan sejuk. Tenang.
Aku berjalan ke anjung bilikku. Tangan didepakan seluas-luasnya. "Waah..." senyumku.
Rasa macam dekat bukit yang aku selalu pergi masa dekat rumah halmeoni. Dulu, aku selalu pergi situ dengan halmeoni sebab nak ambil angin petang. Tempat tu nyaman gila. Dari atas bukit, boleh nampak bandar Daegu dekat bawah.
Aku dah lama tak tengok Daegu dari atas bukit. Itupun sebab omma dengan appa dah lama tak bawa. Aku rasa dah setahun aku tak jenguk diorang. Rindu pulak dekat halmeoni.
Aku melabuhkan punggungku pada kerusi yang berada di tepi penghadang besi anjungku. Kaki disilangkan dan badan disandarkan. Aku lihat pakaian sekolah yang masih tidak bertukar dari tadi.
"Ah, malaslah nak tukar." aku melayan semula angin tadi. Rambut di selak ke belakang. Getah rambut pada pergelangan tangan, aku gunakannya untuk mengikat rambut berbentuk siput.
Otakku tidak sengaja mengingat semula tentang kejadian dalam bilik teater tadi. Bibirku yang tersenyum terus mengendurkannya.
"Apa yang perlu aku buat?"
Antara sayang atau keselamatan. Mana satu aku perlu pilih? Tapi aku lebih rela pilih makanan. Apa aku merepek ni?
Grukk~~
Perutku berbunyi tiba-tiba. Rupanya perut aku dah lapar sekarang ni. Aku mengambil keputusan untuk turun ke dapur. Mana tahu ahjumma dah buatkan makanan. Melantak je terus tak payah masak lagi.
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]
Fanfiction" 너는 내 모든 것 " - you're my everything - • P.cy, K.mg & K.th • Hiatus ( ) Slow update ( ) On-going ( ) Complete ( ✔ ) Start : 26 Julai 2016 Complete : 15 Oktober 2016