B A B 63 : Tidur

284 8 0
                                    

Author pov

Pembantu rumah wanita itu menghidangkan semangkuk nasi goreng di atas meja makan. Teko yang berisi air teh perisa strawberi diletakkan di sebelah mangkuk tadi.

Tangannya yang basah dilapkan pada apron. Apronnya dibuka dan disangkutkan di tepi peti ais.
Dia menapak ke ruang tamu. Jam dinding diperhatinya. "Lamanya budak-budak ni bangun. Dah tengahari dah ni."

Dia membuat keputusan untuk mengemas ruang tamu sementara menunggu anak majikannya itu turun.

Selepas 1 jam, dia sudah membersihkan dan mengemas seluruh ruang tamu itu sehingga berkilat.

Jam dinding dilihatnya sekali lagi. "Pukul 1 petang dah." terkejut wanita tua itu.

"Lambatnya anak-anak Tuan Jaehyun ni bangun. Selalu pukul 10 pagi dah terpacak dekat dapur tu. Hari ni lambat pulak." gelengnya.

Beberapa minit kemudian, pembantu rumah itu pelik. "Tidur mati ke apa?"

Dia pun dengan hati-hatinya naik ke tingkat atas. Pintu bilik Yoona diketuknya beberapa kali tetapi tidak terjawab. "Yoona.." panggilnya.

"Perlu ke aku masuk?" tanyanya pada diri sendiri. Perlahan-lahan dia memulas tombol pintu itu.

"Yoona" panggilnya dengan lembut. Katil Yoona kelihatan kemas, tiada sesiapa di situ.

"Mana pergi budak tu? Hari tu aku tengok pun tak ada." pelik wanita itu

"Dekat dalam bilik mak dengan ayah dia kot." tekanya dan membuka pintu bilik Tuan Jaehyun dan Puan Sehyeon.

"Eik..tak ada juga." katanya apabila melihat katil di bilik itu tiada orang.

"Dia keluar rasanya."

Wanita itu pun berjalan ke bilik Chanyeol untuk mengejutkannya. Pintu biliknya diketuk. "Chanyeol." panggil pembantu rumah itu.

"Pengsan ke apa?"

Pada mulanya dia tidak berani mahu membuka pintu bilik Chanyeol kerana takut dimarahi. Tetapi apabila dia mengetuk banyak kali, tidak terjawab, dia membuka pintu bilik itu.

Difikirnya mungkin Yoona dan Chanyeol sudah keluar sebab dia tidak nampak Yoona. Dia ketuk pintu bilik Yoona tadi pun tak terjawab sama macam dia ketuk bilik Chanyeol. Jadi, dia rasa Chanyeol tak ada juga.

"Chan-" kata-kata pembantu rumah itu terhenti sebaik sahaja membuka pintu bilik itu

Dari lantai dia melihat, ada sebuah balang kaca besar yang digunakan untuk menapai arak. Dua gelas kaca berada di sebelah balang itu.

Bukan itu sahaja, ada baju tidur berwarna pink yang dipakai Yoona semalam. Baju t-shirt dan seluar bersepah-sepah di atas lantai. Paling mengejutkankannya apabila ada baju dalam wanita di situ.

Pembantu rumah wanita itu menutup mulutnya apabila memandang ke arah katil. Sebab itu lah yang membuatkan kata-katanya terhenti.

Matanya memandang ada dua orang lelaki dan perempuan sedang tidur di bawah satu selimut yang sama. Kedua-duanya tidak memakai baju. Pastinya perempuan itu ialah Yoona manakala lelaki itu Chanyeol.

"Yoona..chanyeol.." kata-katanya mati.

Kelihatan Yoona menggosok-gosok matanya kerana cahaya matahari yang menembusi langsir menyakitkan matanya. Dia terduduk dengan selimut masih menutup dadanya.

"Ahjumma?" Yoona memandang wanita itu dalam keadaan mamai.

"Yoona...kamu" gagapnya kerana masih lagi terkejut dengan apa yang dilihatnya.

[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]Where stories live. Discover now