B A B 3 : Hantu

614 27 2
                                    

Sambungan***** (still Yoona Pov)

"Aku nampak. Diorang...diorang" Irene teragak-agak untuk memberitahu.

"Diorang, diorang. Diorang apa?" Naik angin aku. cakap tu biar sampai habis.

"Diorang....키스(kiss)." Irene membuat gaya cium dengan tangannya.

Aku membulatkan mataku. Seriuslah. Gila ke apa? Tak malu betul. Dekat sekolah pun nak buat. Kalau nak buat juga, buatlah dekat rumah.

"Serius?" Seulgi seakan-akan tidak percaya dengan cerita Irene.

"Ye. Aku nampak dengan mata aku sendiri. Tapi aku tak tengok lamalah. Habis mata aku nanti." Irene menutup matanya.

"Macam mana kalau Chanyeol sunbaenim tahu?" Seulgi memuncungkan mulutnya.

Chanyeol oppa sebenarnya bercinta dengan perempuan tu.

"Entahlah. Aku pun tak tahu." Aku mengangkat bahuku.

Aku sebenarnya kesian juga dengan oppa. Bercinta dengan yeoja macam tu. Macam tak ada yeoja lain je. Oppa pula macam tak tahu je perangai dia tu.

"Kalau aku, dah patah hati dah." Irene memegang dadanya seperti memahami hati oppa bila dapat tahu benda ni.

"Aku baru je nak tackle si V tu. Tapi lepas aku nampak benda tu, aku terus benci dia." Tambah Irene lagi.

"Kau nak tackle dia? Beranganlah kau." Seulgi tersenyum sinis.

"Wae?" Irene memandangnya.

"Playboy macam tu kau nak tackle? Baik tak payahlah. Menyesal kau nanti." Terang Seulgi.

"Yes, betul tu. Kalau kau dapat pun, mesti dia ada yeoja lain juga." Aku setuju dengan kenyataan Seulgi.

"Sebab tulah aku benci dia." Balas Irene

"Tapi ahli lain aku tak tahu lagi. Jadi, bolahlah kan?" Irene menaikkan keningnya. Tak sedar lagi budak ni.

"Aku pun nak ikut kau lah." Seulgi tersenyum-senyum seperti Irene.

"Kau tak nak ikut?" Tanya Irene kepadaku.

"Tak nak. Aku tunggu bila dah besar nanti." Aku menepuk bahu Irene kerana memerlinya. Irene mencebikkan bibirnya.

"Korang tahukan diorang semua tu byuntae. Entah berapa yeoja dah yang 'kena'." Tambahku.

"Biarlah." Balas Irene.

"Kalau kau kena macam mana? Meraung kau nanti." Seulgi mengangguk setuju. Irene mengeluh.

Suasana sepi seketika sehingga Seulgi memecahkan kesepian itu.

"Kau tak ada suka siapa-siapa ke dalam EXO?" Seulgi memandangku. Tiba-tiba dia tanya soalan tu pula.

"Entahlah. Aku tengok diorang semua okay tapi bukan citarasa aku." Aku menggelengkan kepalaku. Memang tak ada seorang pun yang dapat menarik hatiku.

"Takkan tak ada?" Irene menaikkan keningnya.

"Hmm..." aku berfikir sekejap.

"Cakaplah." Desak Irene.

"Hmm..Baekhyun rasanya. Tapi tak sampai 5% lah." Jawabku.

"Sekurang-kurangnya ada." Seulgi menolak lenganku.

"Yelah unni." Aku menolak lengan Seulgi kembali tetapi sedikit kuat. Dia tertolak ke tepi. Nasib tak jatuh. Aku dan Irene tergelak.

"Melebih pulak kau ni." Seulgi membetulkan jalannya.

[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]Where stories live. Discover now