6 bulan kemudian
Chanyeol pov
"Ala. Awak kena pergi juga ke?" isteriku berdiri di sebelahku sambil memuncungkan mulutnya.
"Ye. Saya kena pergi. Hari ni kan ada hari graduasi. Mana boleh tak pergi." aku memakai tali leherku.
Aku sudah siap memakai baju sekolah yang lengkap.
"Kalau saya nak tengok awak tak boleh ke?" rayu Yoona. Mukanya kelihatan meminta belas kasihan.
"Takkan awak nak datang. Kalau orang nampak perut tu macam mana?" aku memandang perut Yoona yang sudah membesar. Dia sudah mengandung 8 bulan.
"Bukannya nampak sangat pun. Boleh eh?"
"Tak nampak awak kata. Nampak macam awak bawa sebiji bola dekat perut awak tu." aku menyembur sedikit minyak wangi pada bajuku.
"Ala.." dia memuncungkan mulutnya lagi.
Aku menyangkut beg sandang pada bahu kananku. Kami berdua keluar dari bilik dan turun ke tingkat bawah.
"Ala, bolehlah. Nak ikut." rayu Yoona sehingga tiba di pintu utama.
"Saya cakap tak boleh tu tak bolehlah. Nanti orang nampak." balasku dengan lembut. Aku tak mahu melukakan perasaan Yoona lagi-lagi dia tengah mengandung sekarang memang banyaklah ragamnya.
"Dengarlah cakap Chan tu Yoona." kata omma yang sedang duduk di ruang tamu.
"Tapi, Yoona nak tengok oppa."
"Tak apalah Yoona. Nanti kamu nak orang tahu ke?" soalan omma membuatkan Yoona terdiam.
"Okaylah." Yoona memuncungkan lagi mulutnya.
"Oklah saya pergi dulu." aku mencium bibir Yoona sekilas.
"Bye, anak appa." Aku memegang perut Yoona. Yoona tersenyum melihatku.
Aku pun memakai kasut dan terus ke arah kereta. Pagi ini, appa yang akan menghantarku kerana appa akan ikut sekali ke sana.
"Anyeong." lambai Yoona padaku. Aku membalas lambaiannya dengan senyuman.
Aku dan appa pun menuju ke sekolah.
●●●●●●
Selepas mendaftar, aku mencari kelibat kawan-kawanku. Aku melihat mereka sedang berkumpul di luar dewan. Aku menapak ke arah mereka.
"Hello friends." sapaku.
"Woah woah. Bakal appa ni dah datanglah." Chen sengaja mengenakan aku.
"Eh, Seulgi pun ada?" aku terkejut melihat Seulgi yang sedang berdiri di sebelah Kai. Dia tersenyum memandangku.
Selepas 6 bulan berlalu, banyak benda yang berlaku. Seulgi dan Kai telah bersama. Itupun disebabkan oleh bantuan Suho hyung. Lagi.
Eunji pula, sudah ditangkap oleh pihak polis di sebuah tempat pelacuran. Waktu itu tempat itu diserbu polis dan dia telah ditangkap. Ayahnya, meninggal setelah mengetahui tentangnya.
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]
Fanfiction" 너는 내 모든 것 " - you're my everything - • P.cy, K.mg & K.th • Hiatus ( ) Slow update ( ) On-going ( ) Complete ( ✔ ) Start : 26 Julai 2016 Complete : 15 Oktober 2016