B A B 21 : Makan Malam

328 14 0
                                    

Chanyeol Pov

Kami sekeluarga tiba di rumah kawan omma. Encik Kim memberhentikan keretanya di luar pagar.

"Fuyyo, besarnya rumah." Puji Yoona sambil memandang ke luar tingkap. Aku juga memandang ke luar tingkap sepertinya.

Rumah itu memang kelihatan besar. Seperti istana. Pagar rumah pun besar. Lagi besar dari rumah aku. Kiri kanan, ada dinding yang memisahkan antara kawasan rumahnya dan kawasan luar.

"Waaah. Pagar tu terbukalah. Magik." Yoona menunjukkan jari telunjuknya ke arah pagar rumah yang sedang terbuka dengan sendirinya.

Macam budak kecil. Aku sekadar memandang keindahan rumah itu. Malas hendak melayan.

Kereta appa pun meluncur masuk ke dalam perkarangan rumah yang kelihatan seperti villa itu. Di sebelah kiri, kelihatan ada sebuah kolam air pancut di tengah-tengah tempat itu. Pokok-pokok bunga menghiasi sekeliling kawasan itu.

Di sebelah kanan, aku tidak nampak sangat kerana Yoona menghalang. Maklumlah dia yang duduk di sebelah kanan. Dia kelihatan teruja dengan pemandangan itu.

Encik Kim pun memberhentikan keretanya buat kali yang kedua. Aku menyandarkan diri pada tempat duduk.

"Tuan, Puan. Kita sudah sampai."
katanya sambil memandang ke arah appa dan omma.

"Terima kasih, Encik Kim. Nanti, bila kami hendak pulang. Saya telefon." Balasan appa membuatkan Encik Kim menganggukkan kepalanya.

Omma dan appa pun keluar dari perut kereta. Aku dan Yoona mengikut kemudiannya. Aku berjalan dengan machonya. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

Kami sekeluarga berjalan menuju ke pintu utama yang serupa pintu gerbang itu. Encik Kim sudah lama meninggalkan perkarangan rumah.

Aku perlu menaiki beberapa anak tangga untuk ke pintu itu. Macam dekat istana. Selepas itu, aku berdiri di belakang omma.

Omma mengetuk pintu sekali. Pintu itu pun terbuka. Kelihatan dua orang pembantu rumah perempuan yang membuka pintu itu.

"Selamat datang. Jemput masuk." Mereka berdua mengalu-aluka kedatangan kami. Omma membalas dengan senyuman.

Kami berjalan menuju ke ruang tamu sambil dibawa oleh seorang pembantu rumah lelaki. Jalan itu seperti lorong yang panjangnya 20 meter. Seperti rumah inggeris.

Yoona pula aku perhatikan sedang memandang sekeliling dengan mulut ternganga. Teruja. Yelah, pertama kali tengok. Siapa yang tak macam tu kan?

Selepas beberapa minit berjalan, kami tiba di ruang tamu. Lampu chandelier yang besar menerangi ruang itu. Sungguh besar. Kemewahannya terserlah.

"Ouh, Sehyeon-ah." Berdiri Puan Sooha dan berjalan ke arah omma. Mereka berpelukan dan berlaga-laga pipi. Yoona, appa dan aku sekadar menunduk hormat kepadanya.

"Jemputlah duduk." Ajak Puan Sooha. Kami tersenyum dan duduk di atas sofa. Aku duduk di sebelah Yoona manakala appa duduk di sebelah omma di sofa yang lain.

"Datang juga kau ye. Ingatkan tak datang." Tawa Puan Sooha.

"Mestilah aku datang. Dah janji. Kenalah tepati." Balas omma dengan tawa juga.

"Suami kau mana?" Tanya omma.

"Ouh, dia pergi outstation. Ada hal kerja. Esok baru dia balik." Balas Puan Sooha.

Omma mengangguk faham.
"Yelah, anak kau nak kahwin hujung minggu ni. Kan?"

"Haah. Kalau tak, sampai minggu depanlah dia dekat sana. Dia balik awal ni pun sebab aku paksa." Tambah Puan Sooha lagi.

[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]Where stories live. Discover now