Mingyu pov
Yoona menarik tangan aku menuju ke satu tempat. Dia membuka pintu bilik tersebut. Aku perasan, dia bawa aku ke Bilik Teater.
Lampu bilik dia buka dan cahaya menerangi sudut itu. Dia memusing dan memandangku.
"Waeyo?" tanyaku apabila dia pandang tepat pada bola mataku.
"Kenapa awak buat macam tu tadi?" tanya Yoona membuatkan aku terdiam.
Ini mesti pasal aku kiss dia dekat pentas tadi.
"Saya..Mianhae" ucapku sambil menundukkan muka.
"Perkataan yang awak cakap tu untuk persembahan atau..." katanya tergantung di situ. Tapi aku tahu apa yang dia nak cakap.
Apa yang aku perlu cakap? Cakap yang aku saja-saja kiss dia.
Tapi aku buat macam tu sebab aku betul-betul sukakan dia. Setiap ayat yang aku cakap masa persembahan tadi memang aku maksudkan.Aku suka dia masa kali pertama aku pandang dia. Jantung aku sentiasa berdegup laju bila dia dekat dengan aku.
Aku langsung tak tipu dia tentang apa yang aku rasa. Aku betul-betul sayangkan dia lebih dari diri aku sendiri.
Aku nak jadi orang yang boleh lindung dia. Jadi peneman dia masa dia perlukan seseorang. Jadi tempat dia luahkan segala perasaan dia.
Aku sanggup buat macam tu sebab aku cintakan dia. Dia ialah yeoja pertama yang aku cinta selama aku hidup ni. Yoona ialah first love aku dan aku takkan lepaskan dia.
Aku perlu katakan apa yang aku rasa sekarang.
"Saya memang maksudkannya."
"M..mwo?" dia memandang aku dengan terkejut.
"Saya betul-betul sayangkan awak. Semua yang saya cakap tadi memang saya maksudkannya." kataku dengan pandangan redup.
"Saya sukakan awak sejak kali pertama saya ternampak awak. Hari pertama kita masuk ke sekolah, saya nampak awak tengah jalan dengan kawan awak. Masa tu saya rasa jantung saya berdegup laju bila saya pandang awak.
Awak buat hari saya lengkap dengan senyuman awak. Awak buat saya rasa bersemangat nak pergi sekolah setiap hari. Setiap masa saya teringatkan awak. Saya rasa saya tak boleh kalau nak berjauhan dengan awak.
Awak rasa kenapa saya ajak awak berlatih setiap hari dekat rooftop?"
"Se..sebab aw-" tak sempat Yoona habiskan ayat, aku menyampuk.
"Sebab saya nak jumpa awak. Saya tak boleh kalau tak jumpa awak. Hari saya rasa kekurangan kalau awak tak ada. Saya harap awak boleh terima cinta saya."
"Mingyu, saya...hargai cinta awak dekat saya. Saya pun sukakan awak." kata-kata Yoona membuat aku tersenyum.
"Tapi..saya tak rasa nak bercinta buat masa sekarang." senyumanku mengendur.
"Selama ni, saya cuma anggap awak sebagai kawan. Tapi, sejak akhir-akhir ni, saya rasa lain bila awak selalu dekat dengan saya.
Saya rasa macam perasaan saya dekat awak dah berubah. Saya memang sukakan awak dengan cara awak layan saya. Tapi saya minta maaf sangat. Saya tak boleh nak terima cinta awak." kata-kata Yoona membuatkan mata aku sudah berair. Dia juga, aku lihat sedang menahan air mata daripada mengalir.
"Wae? Saya tak cukup sempurna lagi ke untuk awak?" tanyaku dengan air mata yang mengalir.
"Tak. Bukan tu maksud saya. Awak memang baik dengan saya tapi saya tak rasa saya boleh terima awak lebih dari kawan." balasnya dengan gelengan.
"Sebab awak sukakan seseorang kan?" pertanyaanku membuatkan dia memandang aku.
"Saya..tak"
"Jadi, sebab apa awak tak boleh terima saya Yoona?"
"Saya tak boleh, Mingyu. Saya tak boleh." geleng Yoona sambil menundukkan mukanya. Aku memegang dagunya dan mengangkat kepalanya supaya memandangku.
"Wae?"
"Saya perlukan masa untuk fikirkan benda ni. Tolong bagi saya masa. Saya tak boleh nak jawab sekarang. Jebal." balas Yoona dengan tangisan.
Aku tak sanggup tengok dia menangis sebab aku.
Aku terus mengucup bibirnya buat kali yang kedua. Aku harap dia boleh faham perasaan aku sekarang ni. Aku perlukan dia.
Aku tak sangka yang dia akan balas ciumanku. Apa yang cuba dia sampaikan sebenarnya?
Adakah dia cintakan aku atau tak? Aku keliru.
Tanpaku sedar, aku menolaknya ke dinding dan tanganku terus menutup suis lampu. Kemudian, tanganku tadi melilit pinggangnya manakala Yoona memeluk leherku.
Apa yang korang buat ni?
Seumur hidup aku, aku tak pernah cium seseorang dengan lama.
Jujur aku cakap, Yoona ialah yeoja pertama kali aku kiss. First kiss aku diambil oleh First love aku. Bukan dia yang ambil tapi aku yang bagi.
Selama 2 minit, aku dan dia berciuman di dalam bilik yang gelap.
Kami pun ke belakangkan muka masing-masing. Aku tercungap-cungap mencari oksigen.
Bunyi orang bernafas aku dapat dengar.
"Sa..saya pergi dulu. Anyeong." katanya dan aku terdengar pintu bilik dibuka. Mungkin dia sudah keluar.
Aku tak nampak dia keluar sebab gelap.
~Tunggu bab yang seterusnya.~
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]
Fanfiction" 너는 내 모든 것 " - you're my everything - • P.cy, K.mg & K.th • Hiatus ( ) Slow update ( ) On-going ( ) Complete ( ✔ ) Start : 26 Julai 2016 Complete : 15 Oktober 2016