Yoona pov
Aku berjalan keluar dari bilik teater dengan cepat dan terus berlari ke kelas. Sambil berlari, aku memegang pipiku yang merah. Macam nak meletup je pipi ni.
Tiba di kelas, aku terus menutup pintu dengan kuat. Nasib baik tak tercabut. Aku duduk di hujung kelas.
Muka, aku letakkan pada lutut. Betapa malunya aku sekarang ni.
"AAAAA" aku menjerit sekuat-kuatnya. Entah kenapa tekak aku macam nak menjerit je.Yaah Yoona. Kenapa kau cium dia balik tadi? Tak malu ke?
'Aku tak tahu kenapa aku balas.'
Macam mana kau nak buat dia lupakan kau?
'Tapi aku sayang dia.'
Kau tak boleh sayang dia Yoona. Kau kena ingat tentang keselamatan kau sendiri. Kalau tak habis kau nanti.
'Aku memang nak lupakan dia tapi dia buat aku makin sayang dia. Aku tak boleh nak bohong.'
Kau kena jugak Yoona. Kau nak keselamatan kau terjejas? Tunggu kau sakit teruk, parah, masuk hospital baru nak fikir.
'Argh..aku tak boleh. Aku tak boleh. Aku sayang dia.'
Tapi kau dah cakap yang kau tak terima cinta dia kan?
'Aku cakap aku perlukan masa. Aku akan fikir waktu tu.'
Kau memang degillah Yoona.
"SENYAPLAH." Aku mengusutkan rambutku. Sungguh, rambut aku dah macam kak limah balik kampung sebelah.
Aku rasa tertekan sekarang ni. Stress, marah, sedih, semua ada. Aku tak tahu apa aku perlu buat sekarang ni.
Kalau bukan disebabkan perempuan galah tu, tak ada aku tolak cinta Mingyu tadi.
Sememangnya aku dah sukakan Mingyu sejak dia dekat dengan aku. Dia care pasal aku. Dia selalu buat aku gelak, senyum, gembira. Dia tak pernah buat aku sedih.
Tapi disebabkan ugutan Si Taeyoung tu, aku tak boleh nak balas cinta Mingyu.
Flashback
⏪⏪⏪
Aku keluar dari tandas selepas membuang hajat yang terkumpul tadi. -_-/// Aku berjalan ke kantin sekolah untuk berehat.
Sewaktu berjalan, tiba-tiba ada seseorang menutup mulut aku.
"Mmmmm.." aku meronta-ronta dilepaskan. Tapi orang itu membawa aku ke belakang bangunan sekolah.
Aku lihat ada seorang yeoja membelakangiku. Susuk tubuhnya aku rasa seperti familiar.
Orang itu membawa aku ke yeoja tersebut.
"Young." panggil orang itu. Kedengaran suaranya seperti namja.
Yeoja yang dipanggil Young itu memusing ke belakang. Aku terkejut melihat yeoja itu. Dia tersenyum senget memandangku.
Namja yang membawaku tadi melepaskan mulutku.
"Tae..taeyoung?" kataku tergagap-gagap. Dia ialah rakan sekelasku.
"Park Yoo Na. Wae? Terkejut?"
"K..kau nak apa?" tanyaku membuatkan dia memandangku dengan pandangan tajam. Daripada senyum terus jadi marah.
"Kau boleh tanya lagi apa aku nak." Taeyoung menaikkan suaranya.
"Apa kau nak? Aku tak faham maksud kau." balasku membuatkan Taeyoung menggigit bibir bawahnya.
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]
Fanfiction" 너는 내 모든 것 " - you're my everything - • P.cy, K.mg & K.th • Hiatus ( ) Slow update ( ) On-going ( ) Complete ( ✔ ) Start : 26 Julai 2016 Complete : 15 Oktober 2016