Eunji pov
Aku berjalan memasuki hospital bersendirian. Rambut yang terjatuh ke tepi aku selitkan di telinga. Skarf yang menutupi leherku diperbetulkan.
Kaunter pertanyaan aku pergi. "Boleh saya tahu wad pesakit Jung Eunwook di mana?" tanyaku pada pekerja lelaki di situ.
"Sebentar ye." pekerja itu menyemak rekod di dalam komputernya.
"Pesakit bernama Jung Eunwook telah dipindahkan ke wad 10 bilik 4." balas pekerja itu.
"Kamsahmnida." ucapku padanya dan terus ke wad yang diberitahu olehnya tadi.
Tiba di situ, aku merenung pintu bilik itu. Perasaan gementar, takut, sedih, gembira mula bercampur baur.
Aku menghembus nafasku dan memusing tombol pintu itu. Perlahan-lahan aku masuk.
Pesakit itu sedang baring di atas katil sambil baring mengiring membelakangiku. Aku menapak ke arahnya.
Bahunya aku sentuh. Pesakit itu memusingkan badannya menghadapku.
"Hyerim-ah." pesakit itu menyebut nama sebenarnya.
"Appa." aku tersenyum nipis memandang orang yang paling aku sayang itu. Punggung dilabuhkan di tepi katilnya.
"Hyerim-ah." dia memegang pipiku dan mengusapnya.
"Appa sihat?" tanyaku padanya. Walaupun aku tahu tentang keadaannya.
"Sihat." angguknya. "Dah makan?" soalku lagi. Dia mengangguk.
"Ubat dah makan kan?"
"Hmm..."
Aku menggenggam tangan appa. "Doktor ada periksa apa-apa tadi?"
"Belum lagi." geleng appa.
"Nanti dia datanglah." aku menepuk lembut tangan appa.
Tiba-tiba pintu bilik terbuka. Aku menoleh ke belakang. Kelihatan doktor dan seorang jururawat masuk.
"Ouh, Cik Hyerim." sapa doktor padaku. Aku bangun dan menundukkan badanku sekali.
Mereka berdua pun menjalankan tugas masing-masing. Aku sekadar memerhati dari tepi.
"Cik Hyerim, boleh kita bercakap di luar sebentar." doktor memandangku selepas habis memeriksa appa.
Aku memandang appa di sebelah dan mengangguk. "Boleh." izinku.
"Mari." doktor berjalan ke luar bilik. Aku mengikut doktor dari belakang.
"Macam mana keadaan ayah saya doktor?" tanyaku pada doktor lelaki itu. Tanda namanya aku lihat sekilas, Doktor Minjung.
"Keadaan ayah cik masih tiada perubahan." doktor jawab dengan gelengan. Aku menundukkan muka.
"Saya rasa cik perlu mempercepatkan pembedahan jantung ayah cik secepat mungkin. Kerana setiap hari, kesihatan jantungnya semakin teruk. Saya takut, masa dia tidak banyak lagi." tambah Doktor.
"Tapi, saya tak dapat nak bayar kos pembedahan tu. Duit saya masih tidak cukup."
"Saya harap cik boleh membayar dengan cepat kalau cik mahu dia terus hidup." kata-kata doktor membuatkan aku terdiam sekejap.
"S..saya janji akan bayar secepat mungkin."
"Baguslah kalau macam tu. Saya pergi dulu." doktor pun berlalu pergi.
Aku mengeluh dan masuk semula ke dalam bilik appa. Aku melemparkan senyuman kepadanya yang sedang memandangku dalam keadaan bersandar.
"Doktor cakap apa?" tanya appa.
"Doktor kata appa akan sihat tak lama lagi." tipuku untuk menyedapkan hati appa.
"Tak perlu tipu appa lagi Hyerim,appa dah tahu."
"Eo?"
"Kamu tak perlulah nak kuatkan semangat appa lagi. Appa tahu yang masa appa untuk hidup tak banyak dah."
"Apa appa cakap ni." aku menggenggam tangan appa.
"Tak perlulah kamu bazirkan duit yang banyak tu cuma untuk appa. Lebih baik kamu guna untuk kegunaan kamu." balas appa membuatkan aku menggeleng.
"Tak, Hyerim tetap nak guna duit tu untuk pembedahan appa." air mataku mula bertakung.
"Tak apa Hyerim. Appa tak perlukan jantung baru tu." geleng oppa dengan senyuman nipis.
"Tak. Hyerim tetap nak bayar kos pembedahan untuk appa." aku berkeras.
Appa membuka lilitan skarf yang aku pakai. Dipegangnya kesan lebam di leherku. Air matanya menitis setitik demi setitik.
"Appa lebih rela mati daripada tengok Hyerim jual maruah diri Hyerim."
Aku menangis apabila mendengar ayat appa.
"Appa tak sanggup tengok anak appa sanggup buat macam tu semata-mata untuk appa. Appa tak boleh terima."
"Tapi, Hyerim tak ada pilihan lain. Hyerim nak appa sentiasa dengan Hyerim. Hyerim tak nak appa mati." aku memeluk tubuh appa. Air mataku mengalir deras.
"Appa akan sentiasa di sisi Hyerim. Appa takkan pernah tinggalkan Hyerim." appa mengusap rambutku.
"Appa janji?"
"Ye. Appa janji."
To be continued
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]
Fanfic" 너는 내 모든 것 " - you're my everything - • P.cy, K.mg & K.th • Hiatus ( ) Slow update ( ) On-going ( ) Complete ( ✔ ) Start : 26 Julai 2016 Complete : 15 Oktober 2016