Still Yoona pov
Skip
⏩⏩⏩Hotel Royal Garden, Gangnam
Kami sekeluarga tiba di hotel tersebut. Aku lihat ada orang ramai keluar masuk di pintu masuk hotel. Mungkin mereka semua tetamu.
Aku keluar daripada perut kereta appa. Aku membetulkan rambutku yang jatuh dibahu kiriku ke belakang. Beg sangkut bahu berwarna putih berkilau-kilau, aku sangkut pada bahuku.
"Jom omma." Ajakku membuatkan omma yang sedang menyimpan telefonnya di dalam beg memandangku.
"Jom." balas omma dan menyilangkan tangannya dengan appa. Mereke berdua jalan terlebih dahulu sebelum aku dan Chanyeol.
Tiba-tiba Chanyeol memberikan lengannya kepadaku. Aku memandangnya pelik. "Kenapa ni?" tanyaku.
"Buatlah macam omma tu."
"Perlu ke?" soalku.
"Kau kan 'yeojachingu' aku." Muka Chanyeol tiba-tiba serius. Aku takut juga dengan pandangan tu. Tanpa berkata apa-apa, aku menyilangkan lengan kananku dengan lengan kirinya.
Kami berdua pun berjalan masuk ke dalam hotel itu.
Aku melihat, ada sebuah pintu yang besar di mana ada beberapa orang sedang masuk. Omma juga menuju ke situ. Mungkin acaranya dilakukan di dalam sana.
Sebaik sahaja aku masuk, bau makanan yang sedap menyapaku. Aku menikmati bau itu.
"Waah, sedapnya bau." aku tersengih-sengih sendiri.
"Jaga kelakuan kau tu. Buruk tahu tak." Chanyeol oppa memesan kepadaku. Senyuman di bibirku mengendur. Aku mencebik.
Omma dan appa bergerak ke sebuah meja bulat yang berada di hadapan dewan. Mungkin untuk VIP. Mereka berdua pun duduk di situ. Aku dan Chanyeol mengikut.
Meja itu sudah siap disusun seperti peranggu meja. Pinggan makan, sudu dan garfu, gelas, cawan dan piring dan sebagainya.
"Laparlah, nak makan dulu." Aku berbisik kepada Chanyeol sambil memegang perutku yang sedang berbunyi. Dahlah dari pagi tadi aku tak makan. Boleh gastrik tahu tak.
"Kau ni, makan je tahu." Dia memandang aku dengan muka tegasnya. Aku menunduk dan memuncungkan mulut.
"Nanti kita makan, tak yah lah sedih." Chanyeol menolak lenganku dengan sikunya.
"AHJUMMA." Suara seorang yeoja yang sedang memanggil seseorang membuatkan aku menaikkan mukaku. Aku menoleh ke tepi.
Jiyeon unni. Dia sedang berjalan menuju ke arah omma. Omma pun berdiri dari tempatnya.
"Ahjumma." kata unni dengan senyumannya dan mereka berdua pun berpelukan.
"Lama ahjumma tak jumpa Jiyeon." kata omma selepas mereka melepaskan pelukan masing-masing.
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]
Hayran Kurgu" 너는 내 모든 것 " - you're my everything - • P.cy, K.mg & K.th • Hiatus ( ) Slow update ( ) On-going ( ) Complete ( ✔ ) Start : 26 Julai 2016 Complete : 15 Oktober 2016