Suga Pov
Aku dan mama tiba di rumah pada pukul 11 malam. Kami pulang lambat kerana mama boleh pulang selepas mall itu ditutup.
"Noona tak balik lagi ke?" Tanyaku apabila tidak nampak kelibat Jiyeon noona di rumah.
"Nanti dia baliklah tu." mama duduk di atas sofa dan mengeluh penat. Aku duduk di sebelah omma.
"Penatnya." Keluhku dan menutup mataku kerana terlalu penat.
"Kesian Yoon sebab tolong mama kemas butik tadi." mama menepuk pehaku.
"Gwaenchana. Yoon tak kisahlah ma." Senyumku.
Kami berdua senyap selama beberapa minit. Aku sedikit sahaja lagi hendak tertidur tetapi mama bersuara.
"Mama masuk bilik dulu, nae? Nak tidur." Mama berdiri. Aku mengangguk tanpa bersuara.
"Jangan tidur dekat situ. Kalau nak tidur masuk dalam bilik." Pesan omma apabila melihat aku sudah terbaring di atas sofa.
"Okay ma." Balasku.
Mama pun berjalan ke dalam biliknya di tingkat 3. Rumah papa dan mama mempunyai 3 tingkat. Bilikku berada di tingkat 2 sama dengan bilik Jiyeon noona.
Mataku terbuka sedikit. Aku termenung melihat sofa yang berada di hadapanku. Aku teringat tentang yeoja tadi.
'Park Yoona. Yoona. Apa yang ada dekat dia sampai aku nak tahu pasal dia? Mata dia sama macam orang yang aku sayang. Nama dia pun sama cuma muka dia lain. Siapa dia sebenarnya.'
Aku mengeluh seketika. Mata semakin berat minta ditutup. Mulutku menguap lama. Aku bangun dan menuju ke bilik untuk tidur.
"Erghhh. Malasnya nak sekolah esok." Aku berjalan menaiki anak tangga sambil kepalaku dilentokkan pada tangan kananku yang sedang memegang penghadang.
Tiba di bilik, aku mencampakkan badanku di atas katil. Mataku terus tertutup dan aku sudah masuk ke dalam alam mimpi.
-----------------------------------------
"Oppa~~~" suara seseorang menyapaku. Aku membuka mata yang tertutup. Terpampang wajah seorang yeoja yang sangat aku kenali. Aku perlahan-lahan bangun dari pembaringanku dan duduk berhadapan dengannya yang sedang melutut.Aku melihat kawasan di sekelilingku. Tempat itu kelihatan putih dan berasap. Aku memandangnya semula. Terserlah senyuman manis dibibirnya.
"Oppa." Dia memelukku dengan erat. Aku membalas pelukannya. Sudah lama aku tidak memeluk dia. Kolam mataku pula sudah dipenuhi air mata.
"Oppa rindu Yoona." Air mataku sudah menitis setitik demi setitik.
"Yoona pun." Jawab Yoona.
Aku melepaskan pelukan dan memandang Yoona dengan mata yang menitikkan air mata.
"Oppa, uljima." Yoona mengelap air mataku dengan tangannya.
"Oppa sedih. Sampai hati Yoona tinggalkan oppa sorang-sorang dekat dunia ni. Omma dengan appa pun sama." Aku berkata sambil menangis teresak-esak.
"Oppa janganlah sedih. Yoona datang sini bukannya nak tengok oppa sedih macam ni."
"Macam mana oppa tak sedih? Orang yang paling oppa sayang dah tak hidup lagi."
"Oppa janganlah cakap macam tu....Yoona nak oppa tahu yang Yoona, omma dengan appa sentiasa dalam ni." Yoona meletakkan tangan kanannya di dada kiriku. "Hati oppa." Yoona tersenyum memandangku.
"Tapi hati oppa sakit. Sakit Yoona. Oppa tak boleh terima semua ni. 4 tahun Yoona, 4 tahun oppa menangis. Setiap malam sebab teringatkan keluarga kita." Aku menangis semula kerana hatiku terasa sebak.
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]
Hayran Kurgu" 너는 내 모든 것 " - you're my everything - • P.cy, K.mg & K.th • Hiatus ( ) Slow update ( ) On-going ( ) Complete ( ✔ ) Start : 26 Julai 2016 Complete : 15 Oktober 2016