B A B 62 : Tahu

262 9 0
                                    

Mingyu pov

Air mataku mengalir deras seperti air terjun. "Huuu~~~"

Aku meletakkan kepala di atas lututku. Kedua-dua tanganku menutup sebahagian mukaku dari hidung sehingga bawah dagu.

Tok tok tok

"Gyu.." suara omma memanggilku. Aku tidak membalas malah semakin galak menangis.

"Gyu, bukalah pintu ni. Janganlah berkurung je." pujuk omma.

Dari tadi omma tak habis-habis mengetuk pintu bilikku.

"Kim Min Gyu. Kenapa dengan kamu ni? Keluarlah." suara appa pula kedengaran.

"Sirheo." balasku dengan suara yang kuat.

"Gyu, kamu kenapa ni? Kalau kamu ada masalah, marilah kita bincang sekali. Jangan buat omma dengan appa risau. Keluar ye?" rayu omma. Suara omma seperti sedih.

"Tak. Omma dengan appa tak boleh selesaikan masalah gyu." kataku dengan suara perlahan. Aku tahu omma dengan appa takkan dengar.

"Janganlah macam ni gyu. Kamu dari tadi petang tadi tak makan. Nanti sakit macam mana?" kata-kata membuatkan aku terdiam. Memang dari tadi aku lapar tapi disebabkan dia aku tak ada selera makan.

"Bukalah gyu. Bukak ye sayang?" omma mengetuk pintu bilikku sekali lagi.

Tiba-tiba suara omma dengan appa sudah tidak kedengaran. Aku lega mereka susah pergi. Aku mahu waktu bersendirian.

"Oppa!!" suara saengku, Mina memanggilku.

"Nak apa?" tanyaku dengan nada marah.

"Keluarlah oppa, kesianlah dekat omma dengan appa. Diorang risaukan oppalah. Keluarlah."

"Tak nak." balasku.

"Kalau oppa ada masalah, bagilah tahu Mina. Mina dengar."
Aku tidak membalas kata-katanya.

"Ni sebab eonni tu ke?" sekali lagi soalan Mina aku tidak jawab. Tahu-tahu je dia.

"Ceritalah dekat Mina. Mungkin Mina boleh tolong." rayu Mina.

Aku bangun dari belakang pintu. Kepalaku mula berpusing apabila aku bangun. Terasa seperti sedang terapung.

Aku membuka tombol pintu bilikku. Aku mahu cerita semua kesedihanku padanya. Selama ni, Minalah tempat aku bercerita.

Kelihatan muka Mina sedang tersenyum apabila aku membuka pintu. Kemudian, kepala aku terasa berat dan aku terjatuh di bahu Mina.

"Oppa." terkejut Mina. Mataku makin lama makin kabur dan semuanya menjadi gelap.

"OMMA APPA. GYU OPPA PENGSAN." kedengaran suara saengku sedang memanggil ibu bapaku.

●●●●●


Irene pov

Aku mengeringkan rambutku dengan pengering rambut. Tangan kanan memegang sikat supaya kekeringan rambutku sekata. Aku baru sahaja lepas mandi. Mandi malam.

[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]Where stories live. Discover now