Mingyu pov
Sekolah Menengah Atas Kyunggi
🏫🏫🏫Kelas 10-A
◁9.03 ㏂▷
Aku bermain-main dengan pen menggunakan tangan kiriku. Mata masih memandang Saem Doyoon mengajar tetapi otak tengah fikir lain.
'Kenapa dia tak datang sekolah? Dia dah pindah sekolah ke apa?'
Aku mengeluh berat apabila terfikir tentang Yoona. Apa yang dia buat? Dia marah aku ke? Atau dia benci? Kenapa dia jauhkan diri dari aku?
Begitu banyak persoalan di dalam fikiranku.
Tiba-tiba aku terasa tangan kananku sakit. Aku mengerang kesakitan dan menoleh ke kanan.
"Kenapa?" aku tunjukkan muka tidak puas hati pada Wooshin."Saem dari tadi pandang kau lah." kata-kata Wooshin aku tidak hiraukan. Aku memandang ke hadapan semula.
'Waktu rehat nanti, aku nak jumpa dia.'
Kini aku menumpukan semula perhatian pada pelajaran Matematik di hadapan.
Waktu rehat
◁ 10.50 ㏂ ▷
Sebaik sahaja bunyi loceng kedengaran, aku terus mengemas bukuku. Dengan tergesa-gesa aku simpan.
Wooshin di sebelahku memandangku hairan. Aku pun terus berjalan ke pintu kelas untuk keluar.
"Kau nak pergi mana?" soal Wooshin padaku.
"Sebelah." balasku dan terus ke kelas sebelah iaitu kelas 10-B. Kelas Yoona.
Aku menyorong pintu kelas Yoona dengan cepat. Murid-murid di kelas itu, semuanya memandangku. Tapi aku buat tidak tahu.
Meja Yoona aku tuju tetapi tiada orang. Aku memandang kawan baiknya yang berada di belakang.
"Yoona mana?" tanyaku pada Irene dan Seulgi. Mereka berdua saling berpandangan.
Belum sempat mereka menjawab, seseorang menegurku. "Gyu." aku menoleh ke belakang.
"Kau buat apa dekat sini?" tanya Si Diva Boo.
"Yoona mana?" aku mengulang balik soalan yang aku tujukan pada mereka berdua tadi.
"Ouh. Dia tak datang hari ni." balas Seungkwan. Aku berasa sedikit kecewa. Keluhan dilepaskan.
"Kau tahu kenapa dia tak datang?" tanyaku lagi. Seungkwan mengangkat bahunya.
●●●●●●
Yoona pov
Semasa aku turun untuk meletak dulang, aku asyik terbatuk. Tak tahu kenapa.
Selepas meletak dulang di tepi sinki, aku naik semula ke tingkat atas. Bilik oppa of cos.
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]
Fanfiction" 너는 내 모든 것 " - you're my everything - • P.cy, K.mg & K.th • Hiatus ( ) Slow update ( ) On-going ( ) Complete ( ✔ ) Start : 26 Julai 2016 Complete : 15 Oktober 2016