B A B 26 : Ego

285 10 0
                                    

Seulgi pov

Aku meletakkan bekas makanan yang berisi nasi, sayur, ayam dan kimbap. Kerusi ditarik sedikit ke belakang dan aku duduk di situ.

Irene pun tiba lalu duduk di hadapan aku. Dia baru sahaja pergi mengambil air di tepi kantin.

"Nah. Air kau." Irene mendekatkan secawan air di tepi bekasku. Aku mengangguk tanda terima kasih.

"Lepas rehat nanti, aku nak duduk sebelah kau." Kata-kata Irene membuatkan aku memandangnya.

"Kenapa?" Soalku.

"Tak nak aku duduk sebelah 'dia'. Hati aku sakit tengok dia dengan orang lain." Irene berkata dengan suara mendatar. Kedengaran kecewa dengan Yoona.

"Duduklah. Lagipun, sebelah aku tak ada orang sebab Yeri kan dah pindah masa bulan 1 haritu."

"Okay." Irene mengangguk dan menyambung makan.

Kami berdua makan dengan senyap selepas itu. Aku asyik melihat sekeliling semasa makan. Aku rasa macam aku tengah cari seseorang. Mataku melilau mencari orang itu.

Aku tak tahu siapa yang aku cari. Tetapi otak aku menyuruh aku mencari orang itu. Aku rasa risau bila dia tiada.

"Kau cari apa?" Tanya Irene dengan muka peliknya. Dia juga melihat sekeliling, melihat apa yang aku cari.

"Cari siapa?" Tanya Irene sekali lagi.

"Tak adalah." Gelengku dan menundukkan sedikit muka dan menyuapkan ayam ke dalam mulut menggunakan chopstick.

Irene pun tidak tanya lagi dan aku mencari semula orang itu.

"Eo?" Aku terjumpa orang yang aku risau itu. Sedang duduk dengan sekumpulan lelaki di tengah-tengah kantin.

Dia sedang seronok dengan mereka semua. Itu membuatkan aku cemburu. Tetapi aku sudah tidak risau kerana dia dapat bergaul dengan orang lain. Aku risau jikalau dia keseorangan.

Walaupun aku tidak mahu bercakap dan berjumpa dengan dia, tapi aku tetap sayangkan dia sebab dia ialah kawan yang paling baik yang pernah aku ada.

Aku jauhkan diri aku dari dia sebab aku rasa dia tak perlukan aku dan Irene lagi. Dia perlukan kawan dan kenalan baru. Mesti dia terasa rimas dengan kami.

Sebab itulah dia tak beritahu apa-apa semalam. Aku mesej dia pun dia jawab kasar-kasar. Aku sedih dia buat macam tu. Tapi aku faham.

Aku tersenyum senget melihat dia senyum dan gelak dengan diorang semua. Jikalau dulu, dia langsung tidak senyum kalau dia dengan orang lain selain kitorang. Sekarang, dia dah berubah.

"Ehem." Bunyi Irene berdehem membuatkan aku berhenti tersenyum. Cepat aku mengalihkan pandanganku. Aku berpura-pura hendak meminum air.

"Aku tahu kau pandang dia." Irene memandang tepat anak mataku membuatkan aku tidak boleh hendak menipu masa itu.

"Kau nak cakap dengan dia ke?" Tanya Irene. Aku menundukkan mukaku. Kalau boleh, aku memang nak cakap dengan dia. Tapi aku tak nak malu bila dia tak nak cakap dengan aku nanti.

"Tak nak." Aku menggelengkan kepala.

"Aku rasa sebab ego, kita jadi macam ni." Irene meletakkan chopsticknya di atas meja.

"Apa maksud kau?"

"Kau akan tahu nanti." Irene terus menghirup sedikit airnya. Aku masih blur dengan apa yang dia kata.

Aku malas hendak bertanya lagi. Aku terus menghabiskan makananku.





















~Tunggu bab yang seterusnya.~

Bacalab ff saya yang kedua. Yang bertajuk CHANGE. Baru sahaja dipublish tadi.

Cast: Jaesook (actress), Yuju, Mingyu, Seulgi, Sinb, Eunha, Seventeen, Gfriend

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Cast: Jaesook (actress), Yuju, Mingyu, Seulgi, Sinb, Eunha, Seventeen, Gfriend

Genre: sad, family, friendship

Author: me

Quote: Aku dah berubah sekarang

Sinopsis

Aku seorang budak yang berbadan besar. Semua orang menghina dan mengutuk aku. Tetapi aku buat tidak tahu kerana aku bersyukur yang aku dikurniakan badan daripada tuhan. Lebih baik ada badan yang besar daripada tiada badan.

Aku mempunyai dua orang kawan baik yang sangat bagus dalam sukan iaitu sepupu aku, Choi Seulgi dan jiranku, Kim Mingyu. Mereka tidak berapa cemerlang dalam akademik tetapi cemerlang dalam sukan. Aku pula sebaliknya.

Aku mempunyai seorang crush. Dia seorang Kingka di sekolahku. Sama umur dengan aku dan juga satu kelas dengan aku. Ini membuatkan aku boleh mengusha dia setiap hari.

Sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Dia sudah mengetahui yang aku menyukai dia. Pada hari berikutnya, aku dibuli dengan teruk sekali. Mereka bertujuh sering mengacau aku supaya aku tidak menyukai lagi ketua mereka lagi.

Pertandingan nyanyian dianjurkan oleh pihak sekolah untuk mencungkil bakat murid-murid di sekolah aku. Aku menyahut cabaran crush aku supaya memenangi pertandingan tersebut.

Dengan segala usaha, aku telah memenangi pertandingan itu. Aku gembira sangat ketika mengetahui keputusan itu. Tetapi kegembiraan aku tidak lama.

Aku menangis setiap hari kerana kehilangan orang yang paling aku sayang. Aku berazam pada hari itu untuk berubah deminya.

7 tahun berlalu dan aku telah berubah.

"Cantiknya dia."

"Lawa siot."

"Jealousnya aku dengan muka dia."

"AKU DAH BERUBAH SEKARANG."

Baca tau..nae? Nae?

[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]Where stories live. Discover now