Chanyeol pov
Selesai sahaja mandi pagi, aku turun ke dapur untuk bersarapan bersama keluarga. Kelihatan kelibat Yoona tiada di ruang makan.
Aku menarik kerusi ke belakang dan duduk.
"Mana Yoona?" soalku sambil mengambil sekeping roti di tengah-tengah meja makan.
"Kamu pergilah panggil dia. Takkan nak suruh omma pula." balas omma.
"Kalau Chan panggil, dia tak nak keluar." aku menyapu jem strawberi di atas roti.
"Sejak kebelakangan ni, appa tengok Yoona jarang sangat makan. Dia kenapa tu?" appa berkata-kata selepas sekian senyap.
"Entah." aku mengangkat bahu.
"Kamu pergi panggil dia makan sarapan sekali. Semalam dahlah dia tak makan. Nanti gastrik pula. Pergi." arah appa padaku. Aku mengeluh berat.
Arahan appa langsung aku tak boleh nak lawan. Berani aku lawan, memang kena lah.
Tiba di hadapan bilik Yoona, aku mengetuk pintu biliknya berkali-kali. "Yoona." panggilku sambil mengetuk pintu.
"Bluekk..." kedengaran bunyi seseorang sedang muntah dan aku pasti itu Yoona.
"Yoona. Buka pintu ni." aku mengetuk sedikit kuat.
"Yoona." aku mengetuk lagi.
Selang beberapa saat, pintu biliknya terbuka. Muka Yoona kelihatan pucat. Bibirnya merekah dan putih.
"Tolong Yoona" kata Yoona dan dia terus rebah.
Aku cepat-cepat menyambutnya daripada terjatuh. "Yoona." aku memukul lembut pipinya. Dia tidak sedarkan diri.
"Yoona bangun." aku cuba kejutkannya.
"OMMA APPA!!" Aku memanggil dengan suara kuat.
Kedengaran bunyi orang sedang menaiki tangga. "Kenapa ni?" soal omma apabila melihat Yoona pengsan. Mukanya kelihatan risau.
"Yoona pengsan." balasku.
"Jom bawa dia pergi hospital. Sekarang." arah appa. Aku angguk dan mendukung Yoona.
●●●●●
Aku, omma dan appa duduk di ruang menunggu dengan perasaan risau. Yoona pula sedang dirawat di dalam wad kecemasan.
Omma menundukkan mukanya kerana tidak mahu menunjukkan perasaan risaunya. Appa pula sedang bersandar dengan muka coolnya. Tapi aku tahu, dia sangat risaukan keadaan Yoona.
Aku mengeluh berat apabila terkenangkan muka pucat Yoona.
'Tolong Yoona'Kata-kata Yoona membuatkan aku berfikir. Apa maksud dia?
Bunyi pintu bilik wad itu membuatkan kami bertiga berdiri. Seorang lelaki memakai kot putih keluar dari bilik itu.
Aku melihat tanda nama di kotnya. 'Seo Kangjun'
"Ini keluarga kepada Park Yoona ke?" soal doktor Kangjun.
"Nae. Macam mana dengan keadaan anak saya?" soal omma. Nadanya kedengaran risau.
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]
Fanfiction" 너는 내 모든 것 " - you're my everything - • P.cy, K.mg & K.th • Hiatus ( ) Slow update ( ) On-going ( ) Complete ( ✔ ) Start : 26 Julai 2016 Complete : 15 Oktober 2016