B A B 56 : Merajuk

215 6 0
                                    

Yoona pov

Aku berjalan keluar dari rumah dengan tongkat yang sentiasa denganku. Selipar yang berwarna ungu aku sarungkan pada kaki.

Perlahan-lahan aku berjalan ke tepi rumah. Pondok kayu yang berdiri teguh di situ, aku tuju. Tiba di situ, aku melabuhkan punggungku di atas pondok.

Tongkat diletakkan di tepiku. Kemudian, suasana di tepi rumah, aku perhati. Boleh tahan cantik juga rumah aku ni. Pokok bunga yang pelbagai warna dan jenis menghiasi tempat itu.

Kolam ikan yang berada di tepi pondok dipandang. Air yang keluar daripada batu itu seperti air terjun kecil yang sentiasa memenuhi air di kolam itu.

Aku menjejakkan kakiku di atas tanah. Perlahan-lahan aku berdiri kemudian aku berjalan tanpa menggunakan tongkat ke arah kolam itu.

Terjungkit-jungkit aku berjalan. Walaupun terasa sedikit sakit tetapi aku gagahkan diri untuk berjalan. Bawah lengan aku dah sakit sebab asyik berjalan pakai tongkat tu.

Aku menaiki dua anak tangga yang kecil dan berdiri di atas sebuah jambatan kecil yang berada betul-betul di tengah-tengah kolam ikan itu.

Ikan-ikan yang berenang di dalam kolam, aku perhati. Sungguh cantik dengan badannya yang berwarna putih dan bertompok oren.

Aku mengambil sebiji botol yang berada di atas jambatan. Penutupnya aku buka dan mengeluarkan makanan ikan itu di atas tapak tanganku.

Aku mencampakkannya di kolam. Kemudian, banyak ikan mengerumuni makanan itu. Beberapa kali aku mengulangi perbuatan tersebut.

Tiba-tiba aku rasakan sesuatu sedang memelukku dari belakang. Sepasang tangan sedang memeluk erat pinggangku.

Aku tersenyum nipis. "Awal oppa balik."

"Awal ke? Sekarang dah pukul 3 petanglah." balas oppa.

"Ouh, dah pukul 3 eh?" sengihku.

Pada hari sabtu, semua murid pulang pada pukul 2.30 petang kerana aktiviti berkaitan kokurikulum sahaja.

Bahu kiriku terasa berat kerana oppa meletakkan dagunya di situ.

"Kenapa berdiri dekat sini tak pakai tongkat?" tanya oppa. "Tak naklah. Tangan ni dah sakit sebab pakai tongkat tu." balasku dengan gelengan.

"Kesian dia." oppa mencubit pipi kananku. "Aaaa..sakitlah." aku memegang tangannya supaya melepaskan pipiku. Kedengaran dia sedang tergelak kecil.

"Sumbat dalam mulut kang." aku menunjukkan botol makanan ikan padanya. "Janganlah marah." dia terus melepaskan pipiku.

"Macam mana tak marah. Oppa cubit kuat sangat." aku memandangnya dengan ekor mataku.

"Pipi Yoona tembam sangat." balasan oppa membuatkan aku membuat mulut. "Heishh..."

Oppa tersenyum melihatku. Kemudian, kami berdua senyap buat seketika. Aku menutup semula botol itu selepas selesai memberikan makanan pada ikan-ikan.

Botol itu aku letak di atas penghadang jambatan itu.

Kemudian kami berdua kekal pada posisi itu. Pelukannya yang longgar sedikit dieratkan lagi.

Hembusan nafasnya pada leherku membuatkan bulu romaku meremang.

"Oppa" panggilku.

"Ye?"

Aku mengambil sedikit masa untuk mengajukan soalanku. Nafas ditarik dan dihembus.

"Macam mana dengan Eunji?" pertanyaanku membuatkan oppa mengeluh.

Oppa mengangkat kepalanya membuatkan bahuku terasa lega. Dia terdiam sebentar.

[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]Where stories live. Discover now