Yoona pov
"Eh kau." Panggilku dengan tidak sopannya.
Dia memandangku dengan dahi berkerut. "Wae?"
"Tadi aku tengok 'hyung-hyung' kau tu, aku macam kenal la." Balasku membuatkan dia memandangku sekali lagi.
"Satu sekolah pun kenallah. Lagi-lagi aku." Dia tersenyum sendiri sambil membuatkan huruf V dan diletakkan pada dagunya.
'Satu sekolah kenal dia? Kenapa aku tak kenal dia ha?'
"Kau siapa ha? Aku tak kenal kaulah." Pertanyaanku membuatkan matanya membulat.
"A..aku...aku...aku kau tak kenal?" Namja itu membuat muka sedihnya. Sedih, aku tak kenal dia. Sememangnya aku tak kenal dia. Muka dia macam pernah jumpa tapi aku tak ingat.
Dia menggenggam tangannya. "Kenapa dia boleh tak kenal aku. Aku popular kot. Muka kacak macam ni dia tak kenal." Dia berkata perlahan. Kedengaran sedih suaranya.
"Tak. Tapi, aku rasa pernah jumpa kau sebelum ni. Cuma tak ingat jumpa dekat mana." Aku memegang dagu. Mengingati tentang memori yang lepas.
"Hyung-hyung aku? Tak kenal?" Soalnya.
"Entah. Tak ingat. Tapi seorang ni, aku ingat." Balasanku membuatkan dia memandangku dengan muka yang tertanya-tanya.
"Nama dia J-hope. Dan setahu aku, dia tu ahli BTS. Aku ingat dia pun sebab kawan aku suka sangat dekat dia."
"J-hope hyung je yang kau boleh ingat? Yang lain?" Tanya namja itu lagi.
"Kau ingat aku ni senang ke nak ingat muka orang. Kalau dah selalu jumpa, aku ingatlah. Aku ingat J-hope tu pun sebab kawan aku asyik bawa aku usha dia." Aku menaikkan suarku sedikit. Menyampah dengannya. Asyik tanya je.
"Siapa nama kawan kau tu?" Soal dia...lagi.
"Kang Seulgi. Kau kenal ke?" Aku menaikkan sebelah keningku.
"Ouh..Seulgi. Mestilah aku kenal." Dia tersenyum senget sambil menoleh ke arahku.
"Macam mana kau boleh kenal dia?" Aku menunjukkan jariku ke mukanya.
"Kau nak tahu? Nak tahu?" Dia pula menunjukkan jarinya padaku. Aku mengangguk.
"Betul ni nak tahu?" Soalannya membuatkan aku geram.
"Cakap je lah. Sepak kang."
"Okay, okay. Janganlah marah. Nanti cepat tua." Tawa namja itu. Aku yang menyampah, memutarkan bola mata.
"Cepatlah cakap."
"Aku kenal Seulgi sebab sebab macam kaulah." Katanya membuatkan aku pening. Sebab banyak sangat. Sebab sebab sebab.
"Sebab sebab macam aku?" Otak aku sedang memproses setiap perkataan yang dikatanya.
"Ye...sebab yang sama."
"Sebab yang sama?" Aku memegang daguku.
Sebab aku kenal J-hope sebab Seulgi selalu usha dia dan selalu dia tunjuk J-hope dekat aku.
Kalau sebab dia ni, sebab macam aku? Hmmm. Ouh...mungkin sebab J-hope selalu usha Seulgi jugak?
"Jamsiman. Kau kenal dia sebab J-hope, selalu usha dia ke apa?" Kataku membuatkan dia mengangguk.
"Jadi, J-hope pun suka dialah. Kan? Kan? Kan?" Dia mengangguk kepalanya lagi.
"Ouh..." aku juga mengangguk tanda faham. Tak sangka aku yang J-hope pun suka dia jugak. Jadi, Seulgi tak bertepuk sebelah tanganlah. Kena beritahu ni.
Tapi...Kai? Dia pun suka Seulgi. Macam mana dengan dia nanti? Bila Seulgi dah tahu J-hope suka dia, mesti dia tak kisahkan Kai lagi.
Tak boleh. Aku tak nak tengok Seulgi dengan J-hope. Aku lagi suka tengok dia dengan Kai. Jadi, aku tak boleh bagitahu dia. Aku mesti simpan benda ni.
"Ye." Kataku sambil menggenggam tanganku.
"Kau kenapa ni? Gila ke?" Pertanyaan namja itu aku jawab dengan sengihan.
Kami berdua pun berjalan dengan keadaan yang sepi selepas itu. Rasa kekok dan janggal bagiku. Tapi, otak fikirkan benda lain.
Tadi, masa dekat kabin. Aku ternampak J-hope. Setahu aku, J-hope cuma berkawan dengan ahli BTS je. Dia mana ada kawan lain.
Namja ni pula cakap, J-hope ialah hyung dia. Mesti dia ni, salah seorang dari ahli BTS. Seriuslah. Dahlah aku benci diorang. Lepastu, aku kawan dengan salah seorang ahli BTS. Kawan ke? Rasa tak.
"Eh, kau berhenti kejap." Kataku selepas aku berhenti berjalan.
Dia menoleh ke belakang dan berjalan ke hadapanku. "Wae?"
"Aku nak tanya." Balasanku membuatkan dia bertanya dengan isyarat mukanya.
"Kau ahli BTS ke?" Tanyaku sambil memandangnya. Mata dia aku tenung.
"Haah." Angguk dia.
Jadi, betullah tekaan aku. Macam manalah aku boleh selesa bercakap dengan dia. Patutlah dia berani je nak buat 'love bite' dekat leher aku. Kingka rupanya. Yeoja-yeoja dekat sekolah ni pun dia pernah lah buat sebelum ni. Tak guna.
"Apa nama kau?" Tanyaku dengan perasaan geram telah membuak-buak dalam hati aku.
"Kim Taehyung." Jawab dia.
Siapa pula Kim Taehyung?
"Ani. Nama samaran kau."
"V. Waeyo?"
"V?" Aku terkejut.
V? V? V? Orang yang cium yeojachingu oppa aku. Otak paling byuntae sekali.
Tak sangka. Aku boleh selesa bila dengan dia. Pasal dia buat kesan macam ni. Mesti rancangan dia sebenarnya. Jahat betul. Aku pun satu. Pergi ikut dia.
"Kenapa kau terkejut?" Tanya V.
"A..aku tak nak kau hantar aku balik. Terima kasih sebab tumpangkan aku dekat kabin kau. Aku boleh balik sendiri." Aku menunduk hormat tanda terima kasih dan terus berjalan meninggalkan dia di belakang.
~Tunggu bab yang seterusnya.~
Typo abaikan. Ayat yang pelik dan tak sesuai tu pun abaikan.
Mian sebab chapt sebelum ni, asyik cerita pasal Yoona dengan V je.
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]
Fanfic" 너는 내 모든 것 " - you're my everything - • P.cy, K.mg & K.th • Hiatus ( ) Slow update ( ) On-going ( ) Complete ( ✔ ) Start : 26 Julai 2016 Complete : 15 Oktober 2016