B A B 34 : Undian

220 11 0
                                    

Author pov











Skip
⏩⏩⏩

6 petang
🕔🕔🕔🕔












Sedikit demi sedikit pelajar ahli kelab teater memasuki ke dalam bilik teater. Pelajar yang akan membuat persembahan juga turut datang.

"Jisoo, tolong semak kehadiran pelajar." arah Saem Jihyo kepada Jisoo, Setiausaha kelab teater sekolah itu.

"Nae." balas Jisoo dengan bersemangat dan menolong saem menyemak kehadiran pelajar.

"Saem, semua datang." kata Jisoo selepas selesai menyemak.

"Nae, kamsahamnida." balas saem sambil tersenyum. Jisoo pun duduk di tempatnya semula.
"Selamat petang, semua." ucap Saem sebagai permulaan kata.

"Kamu semua tahukan yang minggu depan, kelab kita akan mempersembahkan satu persembahan." kata saem dan semua pelajar mengangguk.

"Mereka akan membuat lakonan dan ceritanya saya sudah pilih. Jadi, sekarang ni hanya watak sahaja yang akan dipilih. Saya minta kamu semua untuk membantu saya memilih watak utama untuk persembahan ini. Boleh?" terang saem dan diakhiri dengan soalan. "Nae, saem." jawab semua pelajar serentak.

"Tajuk persembahan ini ialah 'Hurt'. Cerita ini mengenai..." saem Jihyo pun menceritakan tentang cerita yang dipilihnya itu.

"Jadi, watak utamanya ada dua iaitu seorang pelajar yeoja dan namja. Saya mahu kamu semua undi, pelajar mana yang sesuai untuk menjadi watak utama. Pelajar yang 9 orang tu, sila ke hadapan." arab saem kepada mereka bersembilan yang akan membuat persembahan itu.

Mereka semua bangun dari tempat masing-masing dan berjalan ke hadapan. Kemudian berbaris sepanjang satu barisan.

"Kamu semua dah kenal kan dengan mereka?" tanya saem kepada pelajar yang lain. "Nae." jawab semua pelajar.

"Siapa nak cadangkan Hero dalam cerita ni?" tanya saem lagi. Pelajar-pelajar namja yang berdiri di hadapan berharap akan ada seseorang menyebut nama mereka.

Siapa yang tak nak jadi watak utama?

"Saem, saya cadangkan Mingyu." Joshua, sunbae dan juga rakan kepada Mingyu mencadang namanya.

"Okay, Mingyu." kata Jisoo sebagai pembantu saem Jihyo menulis nama Mingyu pada papan putih.

"Lagi?" tanya Jisoo selepas itu.

"Taehyung sunbaenim." seorang pelajar namja mencadangkan nama V sambil berdiri. Hubae mencadangkan sunbaenya.

Jisoo pun menulis nama Taehyung.

"Ada lagi?" tanya Jisoo sekali lagi. Pelajar yang lain semua senyap.

"Okay, kalau tak ada. Kita tutup cadangan ini." kata Saem Jihyo.

"Kepada pelajar namja yang tidak dipilih sila duduk di tempat anda semula. Kamu semua akan jadi rakan kepada salah seorang daripada mereka berdua." kata saem kepada 3 orang pelajar namja yang tidak terpilih. Muka mereka semua kelihatan hampa kerana tidak dipilih.

"Okay, sekarang ni. Untuk watak utama bagi yeoja. Berikan cadangan kamu." kata saem sambil menunjukkan pelajar yeoja yang berada di hadapan.

"Yoona, yoona, yoona." sorak semua pelajar namja nama Yoona.

"Okay, okay. Yoona." Jisoo yang sudah rasa hendak pekak terus menulis nama Yoona.

"Ada lagi?"

Semua orang jadi krik krik. Tiada sesiapa hendak memberikan cadangan lagi.

"Tiada sesiapa memberi cadangan lagi. Maknanya secara automatik Yoona menjadi watak utama. Tahniah." kata saem kepada Yoona yang berada ditepinya. Yoona membalas dengan senyuman.

"Watak yang ketiga, bekas teman wanita untuk namja itu."

"Krystal." cadang seorang pelajar yeoja.

"Krys..tal..." sebut Jisoo sambil menulis nama Krystal.

"Seulgi." cadang seorang pelajar yeoja yang lain pula.

"Ouh, seulgi." senyum Jisoo kepada Seulgi dan menulis nama pada papan.

"Lagi?" tanya saem.

"Okay, tak ada. Kita tutup cadangan ini." kata saem selepas tiada sesiapa hendak mencadangkan nama lagi.

"Sekarang ni, kita kembali kepada watak utama untuk hero. Antara Mingyu dan Taehyung." kata saem dengan semangat.

"Kamu berdua, pusing ke belakang." arah Jisoo kepada Mingyu dan Taehyung.

"Okay, siapa yang mengundi untuk Mingyu. Sila angkat tangan." Kata saem Jihyo membuatkan beberapa pelajar angkat tangan.

"2, 4, 6, 10, 15, 20, 23." kira Jisoo bilangan murid yang mengangkat tangan.

"Untuk Mingyu, sebanyak 23 undian. Sekarang, calon kedua.Taehyung." kata saem kepada pelajar manakala Jisoo sedang menulis bilangan undian di sebelah nama Mingyu pada papan.

Pelajar pun angkat tangan.

"1, 2, 4, 6, 8, 12, 14, 18, 20." kira saem bilangan tangan pelajar.

"Okay, majoritinya memilih Mingyu sebagai hero. Tahniah kepada Mingyu. Taehyung, kamu boleh jadi sebagai rakan kepada Mingyu." sambung saem sambil memandang Taehyung.

"Nae, saem." balas Taehyung dengan muka sedikit kecewa.

Mingyu dan Taehyung pun duduk semula di tempat mereka.

"Untuk watak sebagai bekas yeojachingu kepada Mingyu pula. Antara Seulgi dan Krystal." tambah saem sambil memusingkan badan mereka berdua ke belakang.

"Siapa yang mengundi untuk Krystal, angkat tangan."

Seramai 17 orang pelajar mengangkat tangan mereka.

"Untuk Seulgi. Sila angkat tangan."

Pelajar yang selebihnya pun mengangkat tangan. Iaitu seramai 26 orang.

"Okay, majoritinya memilih Seulgi sebagai ex yeochin Mingyu."

"Terima kasih saya ucapkan pada kamu semua kerana menolong untuk memilih watak-watak bagi persembahan kita nanti." ucap Jisoo sambil menuduk hormat kepada semua pelajar.

"Ah, for now, kita tak perlu buat persiapan apa-apa lagi. Sebab...ah, Seungkwan." saem memanggil Seungkwan tanpa menghabiskan ayatnya.

"Nae, saem." balas Seungkwan sambil berdiri. "Saya mahu kamu untuk menulis skrip untuk persembahan nanti." balas Saem kepada Seungkwan.

"Skrip?" Seungkwan membulatkan matanya. "Yelah. Saya mahu kamu yang tulis sebab kamu yang dapat markah paling tinggi kan dalam peperiksaan penulisan yang lepas."

"N..nae saem." jawab Seungkwan tergagap. Mungkin dia tidak suka dengan tugas yang diberikan oleh Saem Jihyo.

"Sekarang dah pukul 7 petang. Kamu bolehlah keluar. Berehat ke nak belajar ke. Kita akan mulakan latihan dan persiapan pentas selepas skrip disiapkan. Seungkwan, saya mahu kamu siapkan skrip itu esok." arah Saem kepada semua pelajar dan mereka semua mengangguk.

Seungkwan membuat riak kecewa. Bertimbun-timbunlah kerja dia lepas ni.














~Tunggu bab yang seterusnya.~

[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]Where stories live. Discover now