B A B 14 : Lapar

365 18 0
                                    

Yoona pov

4 jam kemudian
🕛🕛🕛🕛

Sudah 6 jam kami duduk di dalam bilik ini tanpa berbuat apa-apa. Jam menunjukkan pukul 12 pagi. Sepanjang 4 jam itu, kami hanya berbual-bual kosong tentang gosip-gosip artis di Korea. Gosip tentang penyanyi luar negara juga. Dan yang paling penting, gosip pelajar-pelajar dan guru-guru di sekolah ini.

Tak sangka aku yang dia ni, banyak juga tahu pasal gosip-gosip semua ni. Mengalahkan perempuan.

Waktu rehat pula sudah tamat 1 jam yang lepas. Kami berdua masih tidak makan lagi. Aku sudah berasa lapar kerana tak makan lagi. Kadar gula dalam badan pun dah rendah. Boleh pening bila-bila masa je.


Grukk
😞😞😞

Perut aku dan dia berbunyi serentak. Kami memandang antara satu sama lain.

"Lapar." Kata kami serentak. Aku sudah memegang perutku yang berkeroncong ini. Dia pula sudah memuncungkan mulut.

"Takkan nak tunggu sampai pukul 4 petang?" Dia bertanya dengan muka yang tidak bermaya.

"Tulah. Jahat betul Saem Sungjae sampai tak bagi keluar rehat. Dahlah perut aku tak boleh makan lambat. Nanti gastrik."

"Laparnyaa...." dia meletakkan dagunya di atas meja.

"Samalah." Aku mengikut perbuatannya. Letakkan dagu atas meja.

"HA!!!" Dia mengangkat kepalanya dan tersenyum memandangku.

"Wae?"

"Kau laparkan?"

"Yelah."

"Aku ada idea."

"Apa?"

"Sini." Dia menyuruh aku mendekatkan mukaku kepadanya. Aku mengikut sahaja.

"Kita keluar dari bilik ni senyap-senyap." Dia berkata dengan perlahan supaya Saem Seolmin tidak dengar. Macamlah dia boleh dengar sebab dia tengah tidur sekarang.

"Macam mana nak keluar? Pintu tu berkunci. Kunci pulak dekat dia." Aku tunjukkan jariku ke arah saem yang sedang elok tidur dekat depan tu.

"Kau ambil senyap-senyaplah."

"Tapi aku tak tahu dekat mana kunci tu."

"Tadi aku nampak, saem simpan dalam laci meja dia."

"Kenapa tak kau je yang ambil."

"Kaulah ambil, kau kecil. Senang nak ambil." Dia memberi alasan.

"Heh.. yelah."

"Lepas kau ambil kunci tu, kita teruslah keluar. Pergi makan."

"Tapi, kantin buka ke lepas rehat? Setahu aku, dia buka balik waktu pukul 5 nanti."

"Haahlah." Dia memegang dagunya. Memikirkan sesuatu.

"Nanti kau ikut aku je. Aku tahu nak pergi mana." Tambah dia selepas berfikir.

[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]Where stories live. Discover now