B A B 11 : Denda

388 18 2
                                    

(Dalam masa yang sama)

Yoona pov

Aku berlari-lari anak menuju ke kelas. Bukan apa, takut cikgu dah datang. Nanti tak pasal-pasal kena berdiri dekat luar kelas. Memalukan sungguh.

'Queenka Junior didenda berdiri di luar kelas kerana datang lambat.'

Berita tergempar pada bulan ini. Majalah sekolah edisi bulan 3 terpampang gambar Yoona sedang berdiri di luar kelas sebagai muka hadapan majalah.

Betapa malunya kalau benda tu berlaku. Jatuh saham nanti. Peminat semua lari. Apa pun boleh jadi.

Selepas 10 minit, aku tiba di kelas dengan keadaan termengah-mengah. Sudahlah bangunan kelasku dengan taman bunga boleh kurang jauh juga.

Kalau selalu macam ni, boleh kurus ni. Dah elok-elok kurus, jadi lagi kurus. Boleh nampak tulang nanti.

Aku berhenti berlari dan menarik nafas di hadapan pintu kelas. Tercungap-cungap aku mencari oksigen. Selepas beberapa saat, aku kembali 'normal'. Nafasku menjadi teratur.

Aku memegang dadaku dengan tangan kanan manakala tangan kiri menolak pintu kelas. Pintu kelas tergelongsor ke tepi.

Tiada guru di hadapan kelas. Aku mengeluh lega sambil tersenyum sikit.

Aku berjalan masuk ke dalam kelas. Sebaik sahaja kaki kananku melangkah masuk ke dalam kelas. Aku berasa pandanganku menjadi gelap tidak seterang tadi. Ketika itu, aku sedang menundukkan kepalaku.

Kepala dinaikkan. Wajah seseorang sedang memandangku dengan muka tegasnya. Aku menelan air liur. Bulu roma aku tegak.

Ekor mataku perasan yang semua pelajar kelasku sedang memandang tepat padaku. Malunya.

"Ehem..." Saem Sungjae berdehem. Aku menelan air liur sekali lagi.

"Kenapa datang lambat?" Kedua-dua tangannya diletakkan dibelakang. Terserlah ketegasannya.

"S..s..sa..say..saya..." belum sempat aku menghabiskan ayat, dia sudah memotong percakapanku.

"Alasan semua tu."

'Hek eleh. Tadi kau yang tanya kenapa datang lambat. Tapi tak nak dengar pula apa aku nak cakap. 'Alasan semua tu'. Sedap je cakap. Bukan kau yang kena lalui semua tu tadi.'

"Chuisonghamnida saem." Muka bersalahku ditunjukkan. Sebenarnya dibuat sahaja.

"Saya nak kamu berdiri di luar kelas." Arahnya dengan suara dingin. Aku masih berdiri di situ. Lambat memberikan respon.

"SEKARANG." Suaranya dinaikkan. Aku terkejut dengan tindakannya. Begitu juga dengan seluruh kelas. Ada pelajar yang tercampak buku kerana suaranya yang kuat itu.

Aku yang tersentak terus menutup pintu kelas selepas berdiri di luar.

Aku bersandar pada tepi dinding kelasku. Keluhan berat dilepaskan. Banyak kali juga aku mengeluh.

"Kenapa dia masuk kelas aku hari ni? Bukan sekarang waktu Saem Jongkook ke?" Aku meletakkan kaki kanan ke dinding manakala kaki kiri berada di bawah untuk menampung badanku. Tangan disilangkan sambil muka ditundukkan.

"Buat malu je kena marah tadi. Mesti ada yang gelakkan aku tadi. Macam aku tak tahu je." Aku ada ternampak tadi, dua orang pelajar yeoja tergelak perlahan apabila melihat aku tadi. Mestilah diorang dengki dekat aku.

"Malunya kalau benda ni orang lain tahu." Aku menekup mukaku dengan tangan.

'Tulah Yoona. Masin sangat mulutnya. Cakap pasal berdiri luar kelaslah. Datang lambatlah. Majalahlah. Kan dah jadi betul.'

[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]Where stories live. Discover now