Epilouge

356 11 0
                                    

Author pov

Seorang kanak-kanak lelaki sedang bermain bola di sebuah padang yang luas. Dia menendang bola itu dengan kuat.

"Yeah..." dia tersenyum gembira. "Jauhnya Chanmi tendang." seorang perempuan berjalan ke arahnya.

"Appa, cepatlah." arah Chanmi.Dia sudah petah berkata-kata walaupun umurnya baru sahaja 3 tahun.

Seorang lelaki berlari mengambil bola yang ditendangnya tadi. Dia berjalan ke arah anaknya sambil membawa bola.

"Nah." dia meletakkan bola itu di hadapan Chanmi.

"Main elok-elok nae?" Chanyeol mengusap kepala anaknya.

"Chanmi tak nak main bola. Chanmi nak main dekat taman tu." jari telunjuk kecilnya menunjukkan sebuah taman yang berada tidak jauh dari tempat mereka.

"Pergilah. Tapi jangan pergi tempat lain. Nanti hilang. Ara?" pesan si bapa pada anaknya.

"Nae." angguknya dan terus berlari ke arah taman permainan tadi.

Yoona tergelak kecil melihat ragam anaknya itu.

"Dah besar dah dia." senyum Yoona sambil memerhatikan anaknya yang sedang bermain.

Chanyeol memeluk Yoona dari belakang. Dia meletakkan dagunya di atas bahu si isteri. Yoona tersenyum apabila diperlakukan sebegitu.

"Awak pun dah besar jugak. Kejap je dah 20 tahun." kata Chanyeol dengan senyuman.

"Awak pula dah tua." ejek Yoona padanya.

"Tua tua pun suami awak juga." balas Chanyeol. "Saya tahu lah. Siapa je yang nak terima awak selain saya." Yoona mengangkat keningnya.

"Ada. Dekat pejabat saya tu. Seksi lagi."

"Mwo? Siapa perempuan tu? Biar saya belasah dia cukup-cukup. Berani dia nak sukakan suami saya." Yoona membuat penumbuknya. Dia menggigit bibir bawahnya.

"Saya gurau je lah." Chanyeol tergelak kecil. "Nasib baik tak ada." lega Yoona.

"Awak cemburu eh?" Chanyeol memandang Yoona dari tepi. "Siapa yang tak cemburu kalau ada orang suka suami dia." balas Yoona dengan muka tak puas hati.

"Saya nak tanya lah." soal Chanyeol selepas mereka terdiam seketika.

"Hmm?" Yoona mengangkat keningnya.

"Awak ingatkan hari pertama kita kahwin dulu?" soal Chanyeol. "Ingat." angguknya.

"Waktu kita dekat Hangang. Kita kan ada buat hajat. Awak tak bagitahu lagi apa hajat awak." balas Chanyeol.

"Ouh. Hajat tu." ingat Yoona. "Apa hajat awak sebenarnya?" soal Chanyeol sambil memandang isterinya dari belakangnya.

"Saya hajat yang saya harap saya dapat keluarga dan keluarga kita sentiasa bahagia. Dan saya rasa hajat saya dah tercapai. Saya dah dapat awak, saya dah dapat Chanmi dan kita semua bahagia. Awak bahagia kan?" pandang Yoona pada Chanyeol.

"Saya rasa dah cukup bahagia bila awak sentiasa dengan saya." balas Chanyeol. Mereka berdua tersenyum.

Chanyeol cuba mendekatkan bibirnya dengan bibir Yoona. Yoona menaikkan kepalanya.

"Ehem ehem. Agak-agaklah. Anak aku tengok ni." kedengaran suara seseorang membuatkan mereka memandang orang itu.

Seorang lelaki dan seorang perempuan yang sedang mengandung sedang berdiri berdekatan mereka.

"Alah. Anak kau bukannya nampak pun. Dalam perut lagi." balas Chanyeol dengan perasaan tak puas hatinya.

"Walaupun dalam perut, dia masih boleh nampak tau. Ni, omma dialah matanya."

[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]Where stories live. Discover now