Still Yoona pov
Aku dan dia tiba di satu tempat. Aku memandang ke hadapan. Kabin. Aku memerhati sekelilingku. Aku dekat taman bunga rupanya. Patutlah macam pernah nampak je kabin ni.
"Hoi. Jom masuk." Ajak dia yang sedang berdiri di pintu kabin untuk masuk ke dalam.
"Aku ada namalah. Hoi hoi." Aku mencebik sambil berjalan menuju ke arahnya.
Dia pun masuk ke dalam kabin itu. Aku membuntuti dia. Sebaik sahaja aku melangkah masuk,
"Eee, kotornya." Aku membuat muka Eee-geli-lah.
Kabin itu kelihatan bersepah. Meja dengan kerusi belajar berlonggok sana sini. Lantai pulak berhabuk. Banyak kertas berterabur. Daun kering pun ada. Dah macam tongkang pecah aku tengok. Semua tunggang terbalik.
"Eee, kenapa kau bawak aku pergi sini?" Tanyaku sambil berjengket mengikutnya di belakang. Geli aku nak pijak lantai kotor tu.
"Ikut je lah. Menggedik pula kau." Jawabnya tanpa menoleh memandangku di belakang.
"Ceh..." aku memutarkan bola mata. Menyampah betul aku.
Aku berhenti berjengket apabila dia berhenti tiba-tiba. Nasib baik aku sempat brek. Kalau tak, berlanggarlah.
Aku perasan dia berhenti di bahagian paling belakang kabin. Di hadapannya hanya dinding sahaja. Mungkin itu sebab dia berhenti?
"Kenapa ni?" Tanyaku sambil berjalan ke tepinya. Dia tidak menjawab soalanku. Aku sekadar memerhati dia dari tepi.
Tangannya bergerak memegang sesuatu. Aku ternampak dia sedang memegang sebuah tombol di situ. Mungkin tombol pintu?
Dia memusingkan tombol dan menolaknya ke dalam. Rupanya, di situ terdapat pintu yang kelihatan sama seperti dinding kabin itu. Patutlah aku tak perasan.
"Silakan masuk." Dia menjemputku masuk dengan senyuman. Aku tersenyum nipis dan berjalan mengikut arahannya. Tak sanggup aku duduk dekat situ lama-lama. Dahlah berhabuk.
Sebaik sahaja aku masuk, mulut aku ternganga. Terkejut melihat tempat itu.
Berbeza sangat dengan keadaan dekat luar sana tu. Dalam ni, semua bersih je. Teratur, tak ada habuk. Di sebelah kananku terdapat sebuah sofa panjang yang tiada calar atau koyak pun. Nampak seperti baru. Di hadapan sofa itu ada meja kopi kecil dengan satu pasu bunga kecil di tengahnya. Lantainya pula dialaskan dengan karpet berwarna hijau muda berbelang putih. Di siling pula terdapat sebuah kipas berwarna putih berpusing laju di situ.
Di sebelah kiri pula, terdapat sebuah katil bujang di tepi dinding. Di bawahnya juga tersedia karpet berwarna biru muda, sesuai dengan cadar katil, biru tua. Sudut yang satu lagi pula, terdapat sebuah meja belajar bersaiz segi empat tepat dan kerusi belajar berwarna merah. Di meja itu terdapat buku-buku berkulit tebal tersusun cantik di situ.
Terdapat satu dinding yang menghalang sepanjang 8 kaki, untuk membezakan antara ruang tamu dengan ruang di dalam yang belum aku teroka lagi. Mungkin ruang makan.
Aku berjalan ke bahagian dalam. Di situ, terdapat meja makan untuk 6 orang di tengah-tengah ruang itu. Di tepinya, terdapat sebuah dapur gas bersebelahan dengan singki. Di sudut sebelah kanan pula, berdiri sebuah peti ais berwarna kelabu yang setinggi ketinggianku. Kira-kira 165 cm. Jenamanya pula aku tak tahu kerana tidak tertulis pada pintu peti ais itu. Sebelah kiri peti ais itu pula terdapat kabinet yang menyimpan pinggan, mangkuk, sudu, garfu, cawan dan macam-macam peralatan dapur yang lain. Ada juga makanan-makanan berbungkus dekat situ.
Pada sudut paling hujung sekali, di sebelah kiri, terdapat sebuah tandas. Pintunya berwarna kuning seperti warna bunga matahari.
Aku tidak dapat berkata apa-apa kerana tempat ni, cantik sangat. Nampak macam dekat rumah. Aku masih berjalan-jalan mengelilingi 'rumah' itu.
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]
Fanfiction" 너는 내 모든 것 " - you're my everything - • P.cy, K.mg & K.th • Hiatus ( ) Slow update ( ) On-going ( ) Complete ( ✔ ) Start : 26 Julai 2016 Complete : 15 Oktober 2016