B A B 1 : EXO or BTS?

1.1K 38 2
                                    

Authour Pov

(Bilik Yoona)
"Yooonaaaaaaaaaa!!!!!" jerit ommanya yang membuatkan seluruh rumah mereka yang besar itu kedengaran suara ommanya. Sudah seperti puntianak.

"Mmmm..omma ni, janganlah jerit kuat-kuat. Boleh berdarah telinga Yoona yang cantik ni." Yoona sempat bergurau dengan ommanya. Dia menggeliat dan duduk di atas katil empuknya itu.

"Kamu ingat lawak sangat ke?" Suara Puan Sehyeon sedikit tinggi.

"Yoona tak suruh pun omma gelak." Percakapan Yoona itu menyebabkan Puan Sehyeon menjadi semakin marah.

Dia memulas telinga Yoona tetapi tidak terlalu kuat kerana tidak mahu cederakannya.

"Bangun cepat, jangan nak berlawak lagi. Oppa kamu dah pergi sekolah dah. Bangun sekarang, tengok jam tu, dah pukul 7.15 pagi." bebel Puan Sehyeon.

Badan Yoona ke atas sedikit kerana tangan ommanya bergerak ke atas.

Yoona mempunyai seorang oppa. Walaupun oppa angkat, Yoona tetap menyayanginya seperti oppa kandungnya.

"Aaaaaarghhhh ommaaaaa, appooooo." Yoona mengerang kesakitan. Puan Sehyeon pun melepaskan telinga Yoona.

"Cepat mandi. Tengok jam dah pukul berapa." Puan Sehyeon menunjukkan jam dinding di bilik Yoona.

Yoona terkejut. "Omma ni, kenapa tak kejut Yoona awal-awal. Habis Yoona kena marah dengan Cikgu Yook nanti." Yoona segera turun dari katilnya.

"Eh, omma pula yang kamu salahkan?"

Encik Yook Sungjae ialah guru disiplin yang paling garang di Sekolah Menengah Tinggi Kyunggi (Kyunggi High School). Mukanya sangat kacak dan ramai juga cikgu-cikgu wanita meminatinya.

Bagi murid yang datang lambat ke sekolah, dia akan menyuruh mereka semua supaya berlari seluruh padang selama 10 pusingan tanpa henti, baik pelajar lelaki mahupun perempuan. Bayangkanlah yang padang di sekolah itu seluas stadium bola sepak.

Kalau Yoona lambat hari ini, tak pasal-pasal dia jadi pelari wakil sekolah dalam pertandingan larian 10,000 meter.

Yoona segera mengambil tualanya dan masuk ke dalam bilik air. Tidak sampai 5 minit, Yoona sudah siap mandi.

"Kejapnya Yoona mandi." Puan Sehyeon terkejut.

"Yoona nak cepatlah omma. Tak ada masa nak mandi lama macam selalu." Yoona menjawab

Kebiasaannya Yoona mandi selama 20 ke 30 minit. Tetapi hari ini, dia terpaksa cepat kerana pagar sekolah akan ditutup pada pukul 7.30 pagi.

(Gambar di atas ialah gambar baju sekolah Yoona)

(Sekolah)

Yoona tiba di sekolah tepat pada 7.30 pagi. Sedikit sahaja lagi pagar sekolah akan ditutup. Yoona dengan cepat memasuki pagar sekolah dan tunduk hormat kepada Cikgu Yook di tepi pagar. "Selamat pagi, saem."

"Awal kamu datang hari ni." Cikgu Yook memerli Yoona. Dia membalas dengan senyuman yang dibuat-buat.

'Perli aku pulak. Ni pun nasib baik sempat sampai, kalau tak...heih patahlah kaki kau yang cantik ni Yoona.' Gumam Yoona dalam hati.

Yoona berlari-lari anak untuk ke kelasnya,10-B. Semasa sedang berjalan menaik anak tangga, dia terdengar suara rakan-rakannya sedang bising. Dah macam pasar malam.

[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]Where stories live. Discover now