Chanyeol pov
"Macam mana dengan cabaran kitorang tu?" Xiumin hyung menaikkan sebelah keningnya.
"Haahlah. Dah lama tak dengar khabar benda tu. Macam mana?" Suho hyung menyampuk.
"Cepatlah cerita. Aku nak tahu." desak Baekhyun.
"Aku dah selesai dah." balasku.
"Selesai? Maksud?" tanya Lay hyung kerana tidak faham.
"Aku dah selesai 4 peringkat tu." balasku dengan nada malas.
"Wow..jinjja?" terkejut Baekhyun.
"Biar betul. Tak sangka hyung boleh buat." Sehun menunjukkan muka tak percaya plus teruja."Macam mana kau boleh umpan dia?" tanya Chen. Mukanya memandangku dengan muka ingin tahu.
"Kau bawa dia pergi hotel ke apa?" soal Suho hyung.
"Macam ni je lah aku cerita. Yoona tu sebenarnya adik angkat aku." kata-kataku membuatkan kawan-kawanku terkejut beruk.
"Yoona adik angkat kau?" Baekhyun membuat muka tak percaya nya.
"Kau biar betul." tambah Kai.
"Ye." anggukku.
"Baru sekarang aku faham kenapa kau pilih dia. Kau pilih dia sebab senang kau nak buat kerja kau kan?" Chen memetik jarinya.
"Patutlah kitorang suruh kau buat dengan orang lain kau tak nak. Rupanya saeng angkat sendiri." Lay hyung mengangguk kepalanya.
"Sejak bila dia jadi adik angkat kau?" tanya Suho hyung.
"4 tahun lepas." jawabku.
"Eik..kitorang kawan dengan kau dah 5 tahun. Dia baru jadi adik kau 4 tahun. Sepatutnya kitorang dah tahu." Sehun memegang dagunya.
"Aku tak nak bagitahu orang lain. Dalam sekolah ni, koranglah yang pertama sekali tahu. Keluarga terdekat aku pun tak tahu kecuali halmeoni aku." terangku.
"Orang lain tak tahu?" soal Xiumin hyung untuk kepastian.
"Ye." anggukku.
"Habistu, bila kau selesaikan 4 peringkat tu?" soal Suho hyung.
"Waktu dia tak datang sekolah 1 bulan tu." balasku.
"Ouh, dekat rumahlah ni." Sehun menaikkan keningnya.
"Yelah."
"Sejak bila kau buat peringkat keempat tu?" tanya Baekhyun.
"Sebenarnya benda tu tak sengaja pun. Aku tak tahu macam mana aku boleh _ dia." terangku dengan tangan.
"Ye aku faham." Baekhyun menolak tanganku.
Aku pun menceritakan apa yang berlaku sewaktu aku dengan Yoona sebelum kami mabuk.
"Baru aku tahu yang air tu arak appa aku." kataku selepas bercerita.
"Kau tak ingatlah apa yang jadi dekat kau waktu kau mabuk?" suho hyung memandangku.
"Tak langsung." gelengku.
"Rugilah tak ingat. Kalau tak boleh cerita apa yang hyung buat." Sehun membuat muka kecewanya.
"Kau ni. Gatal sangat kenapa?" Kai memukul bahu Sehun.
"Orang saja je." sehun memuncungkan mulutnya.
"Sampai sekarang dia tak maafkan kau lah ni?" Xiumin hyung menyoal selepas lama terdiam.
"Haah." balasku sambil menundukkan muka.
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]
Fanfiction" 너는 내 모든 것 " - you're my everything - • P.cy, K.mg & K.th • Hiatus ( ) Slow update ( ) On-going ( ) Complete ( ✔ ) Start : 26 Julai 2016 Complete : 15 Oktober 2016