Mingyu pov
Aku membuat kerja sekolah di perpustakaan sewaktu self-study waktu pagi. Aku tak sempat siapkan kerja sekolah semalam.
Aku menyumbatkan fon telinga ke dalam telinga kiri kerana terjatuh. Lagu Q&A, aku dengar.
"Hmm hmm hmm~~~" aku humming lagu itu. Kalau aku nyanyi, sah-sah kena marah dengan pengawas perpustakaan.
Sewaktu Mingyu sedang leka membuat kerja, dia tidak perasan yang kawan-kawan dia yang lain datang. Dia masih membuat kerja sekolahnya.
Aku rasa ada seseorang sedang duduk di sebelahku. Setahu aku, aku seorang je dekat meja ni. Aku menoleh ke tepi.
Dua belas orang manusia sedang memandangku. Dahi dikerutkan. "Kenapa pandang aku macam tu?" Fon telinga sebelah kanan aku tanggalkan supaya dapat mendengar balasan mereka.
"Kau...okay ke tak ni?" tanya Woozi hyung.
"Okay je. Kenapa?" balasku dengan ekspresi muka pelik. Dia menggeleng perlahan. Mereka semua memandang sesama sendiri.
"Ada apa-apa yang perlu aku tahu ke?" tanyaku dan mereka semua terus menggeleng. Aku mengerutkan dahi lagi.
"Kalau dah tak ada benda nak cakap, kenapa pandang aku macam tu. Macam nak telan je." aku membuat muka takut.
"Tak ada apa-apa lah." balas seungcheol hyung. Aku menaikkan sedikit bahu kerana pelik dengan mereka. Kerja sekolah yang tergendala sebentar tadi aku sambung buat.
"Kau buat kerja apa tu?" tanya Myungho di sebelahku. Dia menjenguk kerja yang aku buat.
"Matematik." balasku tanpa memandangnya.
"Uish, susahnya soalan." Terkejut Myungho selepas melihat soalan di buku latihanku.
"Yeke? Aku tak rasa susah pun." aku memandangnya dengan muka tidak percaya. "Eleh, berlagak, berlagak. Tahulah pandai." pandangnya dengan muka tidak puas hati.
"Bukan kelas kau atas aku ke?" tanyaku dengan mata kecil. Dia tidak menjawab soalanku dan memandang ke tempat lain. Aku terus menyambung membuat kerja matematikku.
"Korang tak ada kerja sekolah ke?" tanyaku sambil fokus membuat kerja.
"Ada"
"Tak ada."
Mereka semua jawab serentak dan berlainan jawapan. Aku sedikit pening dengan balasan mereka. Ada kata tak ada, ada yang kata ada.
"Yang ada kerja tu tak reti nak buat kerja ke?" perliku.
"Eleh, aku tahulah." jeling Dokyeom padaku. Aku memutarkan bola mata tanda menyampah.
"Aku punya kelas esok. Jadi, aku buat lambatlah." balas Vernon dengan rileksnya.
"Baguslah tu. Menangguh kerja." tegur 'omma Jeonghan'. Vernon menundukkan mukanya.
"Kerja apa ha?" tanya Myungho pada Vernon. Memandangkan mereka berdua sama kelas, Myungho yang pelupa ni tanya.
"La, takkan kau tak ingat." pertanyaan Vernon membuatkan Myungho menggeleng kepalanya.
"Semalam saem apa entah yang muka dia macam pondan tu. Suruh buat latihan dalam buku teks." balas Vernon. Myungho memandang satu tempat dengan muka kosong. "Kerja dalam buku teks?" katanya sambil berfikir."Ouh ouh ouh ouh ouh...kerja tu. Yang kena lukis pasal ulat-ulat bagai tu. Aku ingat." Myungho memetik jarinya pada akhir ayatnya.
"Bukan ulatlah tapi sel-sel manusia." balas Vernon. "Alah, sama je lah tu." Myungho tidak ambil peduli.
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]
Fanfiction" 너는 내 모든 것 " - you're my everything - • P.cy, K.mg & K.th • Hiatus ( ) Slow update ( ) On-going ( ) Complete ( ✔ ) Start : 26 Julai 2016 Complete : 15 Oktober 2016