B A B 45 : Hujan

198 11 0
                                    

Chanyeol pov

Aku cepat-cepat berlari-lari ke arah sebuah bus stop. Disebabkan hujan yang lebat, aku terpaksa berhenti di situ.

Nasib baik aku terjumpa bus stop ni, kalau tak lagi basah badan aku.

Blazer sekolah di badanku, terus aku buka kerana basah. Baju kemeja sekolah aku tak basah sangat. Jadi kalau aku tetap pakai blazer tu, memang basahlah kemeja aku. Lagi sejuk adalah.

'Baik aku tunggu sampai hujan reda.'

Aku pun menyandarkan kepalaku pada sebuah tiang di tepiku. Jalan raya di situ, aku perhati.

Banyak juga kereta yang lalu lalang dekat sini walaupun dah malam.

Mata aku makin lama makin berat. Kepala pula terasa pening. Dan selepas itu, aku tak tahu apa yang berlaku.

●●●●●●


Yoona pov

Aku mencari abangku di merata tempat. Tapi jalan untuk ke sekolahlah. Yelah, dia kan balik dari sekolah. Jadi jalan ke sekolah lah aku guna untuk cari dia.

Aku berhenti di tepi jalan. Telefon yang berada di poket seluarku, aku keluarkan. Nasib baik masa aku keluar bilik, bawa telefon.

Nombor oppa aku dail berkali-kali tetapi tidak angkat. "Hish, kenapa tak angkat." dengusku dan berjalan mencari dia semula.
"Sejuknya." aku menggosok lengan kananku yang sedang memegang payung.

Aku terlupa pakai jaket masa keluar cari dia. Dah nak cepat, mana nak ingat. Kan?

Nasib kaulah Yoona. Demamlah kau esok.

Tiba-tiba mataku ternampak seseorang yang aku kenal di sebuah bus stop. Aku pun berjalan ke situ.

Payung yang terbuka aku tutup. Kemudian, aku dekati namja tersebut. Mukanya aku teliti.

"Oppa."

Aku terus mengejutkannya. Bahunya aku goyangkan supaya dia bangun.

"Oppa bangun. Jom balik." kataku yang masih cuba mengejutnya. "Boleh pulak dia tidur dekat sini." keluhku dan duduk di sebelahnya.

Blazer sekolahnya aku ambil dan letak di atas pehaku. Lengan dia aku goyangkan. "Bangunlah." kejutku lagi.

Dan aku terasa lengan dia panas. "Panas je lengan dia ni. Demam ke?" aku pun mengangkat kepalanya yang disandarkan pada tiang. Bawah dagunya aku pegang.

Tapak tanganku diletakkan pada dahinya. 'Panas. Mesti dia demam.'

"Oppa, bangunlah. Jom balik rumah." aku menggoyangkan bahunya sekali lagi.

Dan kepala dia pun terjatuh pada bahuku. Aku mengeluh. Panas je bahu aku kena dahi dia ni. Bukan panas marah tapi sebab dahi dia yang panas.

"Pengsan ke dia ni?"

Aku pun menolak dia ke belakang. Dia ke belakang dan kepalanya berada di tiang di belakangnya tadi.

Aku berdiri dan menariknya untuk bangun. "Beratnya."

Akhirnya, dia pun bangun. Sekali lagi dahi dia jatuh dekat bahu aku. Aku mengeluh. Payung di tepi bangku, aku ambil dan bukanya.

Blazer dia juga aku ambil dengan beban yang ada di bahuku. 'Aduh, sakitnya.'

Kami berdua pun berjalan di bawah satu payung. Aku memegang pinggangnya dengan tangan kiri yang ada blazer. Tangan kanan pula pegang payung.

"Susahnya bawa dia ni. Macam bawa orang mabuk je." keluhku sambil memandangnya yang elok me'landing'kan kepalanya pada bahu aku.





Skip
⏩⏩⏩

Bilik Chanyeol
⛺⛺⛺





Aku membasahkan kain dengan air di dalam mangkuk yang aku bawa dari dapur. Kain diperah dan aku mengelap seluruh mukanya dengan kain tersebut.

"Nasib baiklah aku cari kau. Kalau tak sampai esoklah kau dekat situ." kataku sambil membasahkan kain itu sekali lagi.

Kain itu, aku letakkan pada dahinya. Mukanya aku tenung sekejap. Keluhan dilepaskan.

Aku pusing ke belakang untuk turun dari katilnya dan ku terasa ada sesuatu memegang pergelangan tanganku.

Aku menoleh ke belakang. Dia membukakan sedikit matanya. "Kajima. (Jangan pergi)" kata oppa perlahan tapi aku tetap boleh dengar.

"Teman aku." tambahnya dan aku berfikir.

Aku pun membuat keputusan untuk temannya. Aku duduk semula di tepinya.

"Panas lagi ke?" tanyaku pada oppa tapi dia tidak jawab. Aku mengalihkan kain pada dahinya dan tapak tanganku melekap di situ.

"Panas lagi." kataku dan tanganku bergerak ke pipinya. Oppa menutup kedua-dua matanya. Pipi dia juga terasa panas.

Semasa aku hendak mengalihkan tanganku, dia memegang tanganku supaya berada di situ. (Ayat keling π_π)

"Eo?"

Dia memandang tepat ke dalam anak mataku. "Kajima."

"Busunsuriya?(Apa maksud awak?)" tanyaku dengan muka pelik.

"Kajimaseyo. Jebal." kata oppa lagi. Aku semakin pelik dengan dia. Apa benda si Yoda ni melalut?

"에. (Ye) " balasku dan dia pun menurunkan tangannya. Dia menutup semula matanya. Mungkin nak tidur.

Aku terpaksa tunggu di situ sehingga dia tidur. Tangan diletakkan pada dagu. Mata aku pula dah rasa berat. "Huaaah.." aku menguap sambil menutup mulut dengan tangan kiri.

"Mengantuknya."

Mataku makin lama makin kecil. Dan beberapa saat selepas itu, aku pun tertidur.













~Tunggu bab yang seterusnya.~

[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]Where stories live. Discover now