Yoona pov
Setelah beberapa hari kami semua berlatih, ianya berjalan dengan lancar. Semua persiapan pentas telah dibuat. Persiapan dewan juga tidak lupa dilakukan.
Aku dan Mingyu juga sudah berlatih dengan gigihnya untuk membuat persembahan itu menjadi menarik. Setiap hari, aku dan dia berlatih. Tapi cuma babak yang ada aku dan dia sahajalah.Pada pukul 2, baru aku berlatih dengan semua orang. Aku buat latihan lebih dengan Mingyu pun sebab dia yang ajak. Dia kata, nak berlatih banyak sikit. Aku pun ikut jelah.
Waktu self-study aku dan Mingyu pergi ke rooftop untuk berlatih. Kalau nak guna dewan, mereka tengah uruskan persiapan pentas jadi, buat jelah dekat rooftop. Lagipun boleh rasa angin petang dekat situ.
Hari yang dinantikan telah tiba. Semua ibu bapa, pelajar dan guru-guru sedikit demi sedikit memenuhi ruang dewan yang besar itu.
Pada pukul 9 pagi, seluruh dewan telah penuh. Dan pengerusi majlis pun memulakan bicaranya.
Sebelum persembahan kami, ada beberapa pelajar juga membuat persembahan tetapi dalam kelab yang lain.
Kelab muzik, menghantar dua wakil untuk menyanyi di atas pentas. Mereka berdua ialah, Soyou dan Shownu sunbaenim. Mereka menyanyikan lagu My Ear's Candy.
Sekarang ini, persembahan daripada Jungkook. Ahli BTS, wakil kepada kelab muzik juga. Dia mempersembahkan lagu daripada Troye Sivan - Fool.
Sambil Jungkook menyanyi, kami semua bersiap sedia di belakang pentas kerana selepas ini, giliran kami pula.
Semua orang menjadi kecoh. Cari bajulah, pakai make up lah. Barang prop hilanglah. Pergi tandaslah. Apa-apalah.
Aku cuma duduk di sebuah kerusi kecil, tenangkan diri yang tengah berdebar-debar. Sungguh jantung aku berdegup laju sekarang ni. Mungkin aku nervous.
Aku menghirup udara dan melepaskannya. Beberapa kali aku buat.
"Okay, berikan tepukan untuk Jeon Jungkook yang telah menyampaikan persembahannya tadi. Sedap sungguh suaranya." kata-kata Haneul sebagai pengerusi majlis, membuatkan aku berdebar-debar semula.
"Sekarang ini, persembahan yang ketiga, daripada Kelab...Teater." tambah Haneul dan penonton semua memberi tepukan pada kami.
Aku segera bangun dari tempatku dan ke arah mereka berlapan yang sedang berkumpul di tepi.
"Kamu semua, buat betul-betul ye nanti. Jangan malukan kelab teater. Arasso?" kata saem. Jihyo kepada kami semua.
"Nae." balas kami.
"Fighting." ucap ahli kelab teater yang lain selepas mempersiapkan pentas.
Kami semua pun berjalan ke pentas dengan gugupnya. Aku punya jantung sekarang ni, dup dap dup dap dup dap. Macam nak tercabut.
Kami berdiri di atas pentas dengan satu barisan. Mula-mula Dino, Kai, J-hope, V, Mingyu, aku, Seulgi, Krystal dan Irene. Aku dan Mingyu berada di tengah-tengah barisan. Yelah sebab aku dan dia watak utama.
"Anyeonghaseyo. Kami daripada kelab teater akan menyampaikan persembahan yang bertajuk 'Hurt'. Saya, Kim Mingyu sebagai watak utama dalam persembahan ini." Mingyu memulakan dengan memperkenalkan dirinya. Dia memberi aku mic.
"Anyeonghaseyo, Park Yoona imnida. Saya melakonkan watak sebagai heroin dalam persembahan ini." ucapku sambil bow 90°.
Kemudian, aku berikan mic kepada Seulgi. Dia turut memperkenalkan dirinya serta yang lain. Mic kembali kepada Mingyu.
"Saya harap anda semua akan terhibur dengan persembahan kami." kata Mingyu dan kami semua menunduk hormat.
Kami berjalan ke belakang pentas semula dalam barisan.
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]
Fanfiction" 너는 내 모든 것 " - you're my everything - • P.cy, K.mg & K.th • Hiatus ( ) Slow update ( ) On-going ( ) Complete ( ✔ ) Start : 26 Julai 2016 Complete : 15 Oktober 2016