14. Kerja

9.1K 763 38
                                    

Aku ngaku, aku ni bukan yang pandai belajar. Aku sekolah setakat SPM jer. Aku memang tak boley nak score sangat masa tu..  Mungkin pasal kepala aku ni obses sangat benda2 yang tak sepatutnya...  (so... dah ada pengajaran dah kat sini.. hehe )

Lepas je sekolah, aku try bermacam-macam kerja... dari kerja kilang, kelindan lori, waiter, tukang cat, dan macam-macam lagi lah. 

Antara pengalaman kerja, pasal tak berhijab ni, masa aku jadi kelindan lori. Kerja tu pun tak lama. Bukan pasal benda2 ni, tapi pasal aku ni jenis lembik (oppss)...  Tak lasak. Tu la, kerja paling sesuai buat aku, ni hah.. kerani cabuk jer, sampai la ni...

Ok.. salah satu pengalaman masa jadi kelindan tu..  Lori yang aku ikut tu, ambil barang elektronik, dari pelabuhan Singapore, terus ke Kuantan, Pahang. Masa tu, mungkin pasal remaja hingusan lagi, so..aku tak ingat jalan mana yang Abg Man, driver lori tu bawak.

Jam lebih kurang 8 lebih kot... Sampai satu kawasan jalan berbelok2, kiri kanan hutan, dan aku pasti yang sekarang ni Jalan Endau-Rompin, aku ada ternampak satu susuk tubuh tinggi, berbulu panjang, tangan dia terjuntai hingga ke tanah. Lagi satu, korang tau pen yang biasa kita guna, Highlight pen/fluorescent pen, yang bercahaya tu ? Macam tu ler makhluk tu. Dalam gelap, kalau dah bercahaya macam tu, memang ler aku ley nampak. Dia lari beriringan dengan lori ni.

Seperti biasa, aku kalau nampak benda2 pelik tu, aku cuba pandang lain. Aku pandang ke luar tingkap sebelah aku. Tapi, tak sangka pulak, dia boleh menjenguk kat luar tingkap tu, sambil segayut memegang lori yang aku naik.

Masa tu, dengan tak sengaja aku jerit terperanjat. Abg Man pun terkejut gak, dan hampir2 ter-brek. Dia tengking aku. Marah giler Abg Man pada aku. Aku tak pedulikan apa Abg Man nak cakap masa tu..  aku membaca jer apa yang terlintas kat kepala. Ayatul Kursi dan 3 Kul, memang tak tinggal. Tapi dalam kelam kabut tu, aku mcm terdengar benda tu ikut sama apa yang aku baca.

Sampai jer Kuantan, Kitaorang park kat dalam kawasan Kilang. Pasal dah lewat, kita terpaksa tidur dalam lori jer. Aku tidur, berselubung guna jacket. So.. agak2 korang, kenapa aku berselubung? Bukan pasal sejuk. Pasal Makhluk tadi masih bertenggek ke cermin depan lori. Yang Abg Man ni pulak, membebel marahkan aku. Pagi esok baru dia ok...  Kalau lah dia boleh nampak apa yang aku nampak... errmmmmm....

So.. Kesimpulan nye... ada seseparuh jenis Jin atau apa saja yang korang nak panggil ni, tak takut pun dengan ayat2 Al Quran. Ada juga yang jenis siap boleh ikut apa yang kita baca. Dan sekarang ni, yang aku belajar/kaji, satu2 surah tu, kalau berdepan dengan mereka yg jenis tak takut ni, korang baca 3 kali ayat terakhir tu.

Contoh kalau Ayatul Kursi, baca dari awal, dan last tu...  wa laa ya'uuduhuu hifzhuhumaa wa huwal-'aliyyul-'azhuin. (3x) 

Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!Where stories live. Discover now