80. Ilmu Pengasih 3 - Tepuk Bantal

8.2K 355 53
                                    

"BISMILAHIRAHMANIRRAHIM... 

KU TEPUK BANTAL PANGGIL SEMANGAT DATANG DALAM MIMPI... 

AKU TAK MENEPUK BANTAL AKU  MENEPUK..... bla..bla..bla..bla... 

GONCANGKAN JASAD DAN ROH  ....bla..bla..bla..bla... 

BERKAT DOA LAILAHA  ILLALLAHMUHAMMAD RASULLULLAH..." 


Pernah dengar tak??   

Doa kat atas... opss.. bukan 'doa'... ni sebenarnya 'jampi'...   

Jampi yang dibaca kat atas tu, adalah satu ilmu yang digelar "Ilmu Tepuk Bantal".  Aku lebih suka gelar ilmu ni.. Sejenis "Ilmu Jahat Jarak Jauh" .. Jampi ni panjang lagi ayat dia.. saja aku pendekkan... takut korang main-main dengan jampi ni. Maklumlah... ramai orang-orang kita ni suka wat "Eksperimen"....  

Oppss... Jap...  

Sebelum korang sibuk nak Google dan gatal-gatal nak cuba.. baca apa yang aku nak citer ni...   

Ilmu Tepuk Bantal ni berasal dari Indonesia. Ia digunakan untuk menyeru target yang kita suka. Lepas tu, dibaca pada malam hari sebelum tidur. Dengan gunakan bantal peluk atau bantal biasa, kena bayangkan target tu. Kemudian, mereka akan mengalami mimpi yang bukan2. Mimpi berasmara-dana. Orang2 dewasa kata "Mimpi Basah".. Bila dah sama2 di alam mimpi, di alam nyata pun akan sama2 teringatkan benda yang sama.

Nampak seronok kan? mesti dalam kepala korang sekarang ni...

"Pergh! kalau lah aku dapat buat ni.. mesti si crush aku tu mimpi kat aku malam ni.. hihihi"

"best ni, kalau dapat kena kan si budak hot kat sekolah / ofis tu, mesti dia akan syok kat aku... huhuhu"

"Ini kalau aku dapat guna ilmu ni, aku nak kenakan si budak sombong tu.... padan muka dia !   Hahahaha "

Nampak ?? Nampak tak ilmu ni akan jadi macam maner nanti ?  Seronok dapat, dosa pun dapat. Package tuu...  

Jap..jap... mesti ada gak dalam hati korang akan cakap.. 

"Alaaa... aku muda lagi..  cuba dulu .. nanti boleh insaf.. "  

Betul tu.. kemudian boleh insaf.. TAPI.. kena ingat satu benda. Mati tak kira berapa umur kita. Sedangkan bayi dalam rahim pun boleh mati, apa lagi kita ni. Ajal maut tu memang takkan bagi kiter "Notification" dulu tau.. 

Lagi satu, kalau korang nak tahu. Ilmu ni  sebenarnya juga melibatkan makhluk2 jin.

Meh Pakcik citer sikit...  

Salah seorang rakan seperguruan aku dulu, pernah amalkan ilmu ni setiap malam. Dia puja nama awek yang dia suka. Bila jumpa kat tempat kerja, diorang sama2 akan saling tersenyum,  malu2... ye la.. pasal dua2 'mengalami' benda yang sama, hampir setiap malam..

Member aku ni punya lah seronok. Tapi, dalam masa yang sama, mereka sebenarnya .. dah ber-projek ngan Jin yang berlainan jantina. Mereka rasa dalam mimpi, tapi sebenarnya di alam 'luar sedar'. Yang mereka nampak manusia, tapi jin nakal yang sangat buruk dan busuk. (Buruk dan busuk tu menurut kata Ustaz la. Pasal dier yang nampak semua tu... ) 

Ustaz yang mula-mula dapat kesan member aku ni. Ada satu kali kami berjumpa dia, kat salah satu kedai mamak, dia dalam keadaan tak bermaya. Pucat lesi jer kitaorang tengok. 

Pada mula nya, mati2 dia tak nak mengaku apa yang dia dah buat. Kitaorang cuba pujuk supaya dia dapat ceritakan semua yang terjadi. Tapi di cuba mengelak.

Kemudian, secara jujur aku cakap kat dia, yang aku nampak dengan jelas, ada kesan 'gigitan' kat hampir seluruh badan dia. Mesti jin yang mendamping tu punyer keja... Dia tak sedar semua tu. Tapi last2 dia mengaku jugak, yang dia amalkan ilmu tepuk bantal tu. 

Ustaz marah giler masa tu, tapi apa boleh buat? Nasi pun dah jadi bubur basi. Nak menyesal pun tak guna. Apa yang boleh kiter buat, dia harus jalani proses pemulihan. 

Si perempuan tu pun sama tau. Sebelum kawan aku tu berubat, kami diajak jumpa perempuan tu, dan kami nampak dia dalam keadaan yang tak bermaya juga. Setelah berbincang dan selepas terjadi nyer adegan "maki-memaki" dari si perempuan kepada si lelaki, mereka berdua pun setuju untuk sama-sama berubat ngan ustaz. Yang kelakarnya, si perempuan siap cakap kat kawan aku tu, 

"Kau mesti bayar kos perubatan aku ni! Kalau tak.. aku report kat mak kau! "  

hahaha...  apa daa....

Buat pengetahuan korang, proses berubat tu tak lama. Cuma ada sedikit "kesan sampingan" la...  Kesan yang terpancak kat dalam hati perempuan tu. Perempuan tu sampai ke sudah benci gila pada kawan aku tu. Jeling pun dia tak nak....!   Dengar kata, perempuan tu terus berhenti kerja, semata2 tak nak terserempak dengan si lelaki. 

Kawan aku tu satu. Tak pikir semua tu... Tu baru kesan antara manusia. Belum lagi kesan rasa kesal kita lepas dah buat dosa pada Allah.

Lagi satu...  

Setiap ayat jampi seperti ini, sebenarnya jangan percaya 100%. Ayat yang kadang2 menyeru jin/khadam untuk membantu dalam apa jer urusan/permintaan. Ayat/jampi yang dicampur2 ngan pelbagai bahasa.. kadang2 bahasa melayu, bahasa jawa,bugis atau sebagainya,... lepas tu, suka-suka diselit kalimah Bismillah pada awalan, dan last ada "Berkat doa... Laillahaillah..bla..bla..bla"

*** TAPI... mohon jangan salah faham antara "Doa" yang kiter baca dalam bahasa melayu, mohon aper2 lepas solat tu... ngan jampi2 ni tau....! Jauh beza tu..

Memang betul... kadang2 ayat2 seumpama ni, asal dari turun-temurun.. orang dulu-dulu dah amalkan... menjadi jer.. tak de apa-apa masalah pun... Tapi tu yang kita nampak... Yang kita tak nampak??? macam kes member aku tadi.... ? Tak hempeh, tiap-tiap hari menggomol makhluk tu??

Kalau aku sendiri, kalau korang tanya... memang mati-mati aku tak nak percaya....!! Apalagi nak mengamal ayat2 seumpama ni... BAHAYA beb ....!

Banyak lagi Surah2 yang boleh diamal. Kalau suka kat seseorang tu, apa salah Solat Hajat, agar termakbul Si Crush tu jadi milik kita... Jangan dipertikai "The Power of Solat Hajat" !


Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!Where stories live. Discover now