Pak Ngah aku ada kat wad seminggu lebih. Aku pergi situ dalam 3 kali. Pasal masa tu kebetulan cuti sekolah.
Hari kedua tu, masa tu, kami sekeluarga lawat Pak Ngah waktu melawat petang. Masa tu aku memang dah tahan sangat nak ke toilet. Toilet dalam bilik Pak Ngah ni sedang dibersihkan pulak. Time2 macam ni ler dia nak wat cleaning.
Aku pergi ke toilet luar. On the way nak ke situ, aku ada lalu. Eh. Silap. Aku TERPAKSA lalu bilik Bedah Siasat / Postmortem. Pintu bilik tu tertutup sebenarnya. Pintu jenis ada lubang cermin, boleh nampak dalam tu.
Aku jalan dengan laju, takut nak jeling kiri-kanan, walaupun ramai orang disekeliling. Ye lah, pasal time melawat kn?
Lepas jer aku selesaikan misi, aku bergegas balik ke wad Pak Ngah aku. Dan.... nak jadikan pengajaran aku waktu tu, orang dah cakap dah, jangan jeling... DEGIL !
Aku terpandang ada 'seseorang' tengah tunduk2 kat bawah salah satu stretcher kat bilik Postmortem tu. Aku boleh berhenti, dan menjnguk ke dalam.
Ya Allah ! Aku nampak benda tu sedang jilat2 darah kat mayat tu. Betul2 kat tempurung kepala yang baru lepas bedah. Aku rasa macam nak muntah pun ada. Setan betul lah !!
So.. Korang tau moral dia ? Jangan gatai-gatai nak mengintai bilik yang korang tak tau apa ada kat dalam... menyesal seumur hidup kang... huhuhu
YOU ARE READING
Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!
ParanormalPengalaman sebenar penulis. Terpulang mahu percaya atau tidak... 'Rezeki' datang dalam pelbagai bentuk. Wang ringgit... anak.. rakan.. nasihat.. dan macam-macam lagi.. 'Rezeki' bahagian masing-masing. 'Rezeki' yang penulis nak ceritakan ni... Ad...