76. Bersilat dengan Pak Belang

3.6K 371 40
                                    

Aku dah janji kan... nak cerita berkenaan jin yang  betul2 bahaya, yang pernah aku jumpa....

Sebelum tu... Buat pengetahuan korang, murid yang belajar ilmu perubatan dari Ustaz ni, kebanyakannya ustaz sendiri yang offer/tawarkan. Tak semua yang boleh suka2 mintak berguru ngan ustaz. Sampai sekarang, aku masih tertanya-tanya, kenapa ustaz memilih.

Kitaorang ni datang dari pelbagai bidang. Ada guru agama sekolah, peniaga kat pasar, driver lori, doktor, engineer, pelajar u, ada juga yang tak bekerja (penganggur), dan macam2 lagi lah. Kebanyakan kita2 ni, buat part time jer berguru ngan ustaz. Dan ramai gak yang berguru kerana mahu protect diri sendiri dan keluarga sahaja.

Dalam seisi pengenalan murid baru, biasa nya ustaz akan panggil murid2 lama, jika berkesempatan, untuk buat majlis doa selamat secara ringkas. Majlis macam ni, biasa nya aku  memang tak dapat hadir, pasal tugas.

Tapi, ada satu kali aku dapat hadir, pasal kebetulan aku sedang bercuti untuk habiskan cuti tahunan aku. 

Majlis tu, meraikan 2 orang murid baru, yang merupakan sedara kepada ustaz. Seorang perempuan (surirumah) dan suaminya, Aman(bukan nama betul), bekerja sebagai Mekanik. Majlis kali ni, ustaz terpaksa buat di rumahnya, kerana ofis kami sedang di ubah-suai. 

Dipendekkan cerita, masa ustaz sedang berucap kat depan tu, tiba2 aku terpandang satu kelibat, seakan2 asap hitam masuk dari celah2 tingkap. Pada mulanya aku fikir asap benda terbakar. Aku perhatikan betul2, dan memang betul ianya asap ghaib yang rasanya aku saja yang nampak.

Mata aku ni asyik ler perhatikan asap tersebut.. asap tu terapung kat siling. Hidung aku mula bau hanyir. Seperti bau kulit haiwan yang kat dalam zoo. Uh! asap ni ker yang bau hanyir?

Ustaz berhenti dari berucap. Semua nampak pelik. Mata ustaz pandang pada Aman, murid baru yang duduk di ruangan depan. Aman tercungap2, seperti orang yang kena semput. Ustaz bagi arahan supaya kita semua jauh kan diri dari Aman.

Aku nampak asap hitam tu mula meresap dalam badan Aman. Aku bangun, hampiri ustaz, inform pada ustaz apa yang aku nampak. Ustaz dah sedar benda tu. Menurut ustaz, itu saka yang menjaga Aman selama ni, Saka Pak Belang (Harimau)... yang tak mahu Aman belajar ilmu dari ustaz.

Aman mula bersilat. Tangan membuat gaya cengkaman harimau. (Ala yang macam kungfu harimau tuu... ) Lepas tu dia dah mula merangkak sambil mencakar lantai rumah ustaz.

Masa ni, 3 orang pembantu ustaz mengelilingi Aman. Tanpa disuruh, mereka membuat pagar sekeliling Aman. Mereka membaca ayat2 Al-Quran. Aku pulak mengarahkan semua yang datang tadi keluar dari ruang tamu. Ustaz membaca sesuatu, dan seakan2 bersilat untuk mengeluarkan jurus2 untuk mengawal keadaan. menurut ustaz, saka harimau ni, bila dah menunjukkan diri, susah nak kawal. Memang nak kena paksa dia keluar.

Aku perhatikan Si Aman, sambil membaca apa saja yang aku tau, untuk berlindung dan membantu ustaz. Dalam kecoh2 tu, aku terpandang sesuatu merangkak di atas badan Aman. Aku tajamkan mata, dan kompom.. ianya jin seakan2 Pak Belang menguasai Aman.

Tangan Pak Belang tu bergerak2 ke kiri-ke kanan, seakan2 membuat cuba musnahkan pagar ghaib yang kami bina. Dan yang aku naik seram, fizikal Pak belang tu tiba2 menjadi semakin besar mengembang. Aku nampak dengan jelas, seakan2 dia memeluk dan menutupi badan Aman.

Tangan pak belang tu melibas2 ke arah ustaz.. tapi tak kena... dilindungi pagar yang melindungi ustaz. Dia alihkan libasan kepada pembantu2 ustaz. 2-3 kali mereka terkena pukulan tu, dan sekali-sekala terpelanting ke tepi. Aku yang duk kat tepi ni pun terkena sekali. Rasa macam kena pukul dengan kayu besar beb! Sakit ya amat...!

Aku hilang arah jap... Aku cuba melawan. Aku gabungkan silat bathin yang aku pernah aku belajar dulu, dengan ayat2 suci Al-quran yang aku belajar dari ustaz. Dapat jugak la tepis sikit.

Sedang rancak bersilat tu, tanpa aku sedar, 2-3 orang murid lama yang kat luar, masuk dalam dan mula azan sekuat2 nyer.  Aman menjerit kesakitan, dan secara tiba2, dia melompat ke dapur, capai pisau dan cara dia memegang pisau tu seakan2 keris. Dia menjerit2 sambil menghunus pisau tu arah kami.

Masa ni, semua dah gelabah dah. Yang tukang azan, yang pembantu, semua lari keluar. Masa ni kelakar. Aku paling last keluar pasal sibuk nak betulkan pasu antik ustaz yang diorg terlanggar tadi. Dan ada lak satu hamba Allah yang tutup pintu grill pasal takut Aman mengamuk kat luar. Aku ? kat dalam lagi... 

Masa tu aku tak boleh nak pikir aper... Nak terkencing pun ada... oppssss.. bukan aku takut... cuma tak berani jer. Giler ker haper??! Kang dia tikam aku... siapa nak kasi anak bini aku makan???

Dan kalau aku citer kat korang, mesti korang tak nak percaya... Masa Aman cuba nak tikam2 Ustaz tu, aku terkam Aman dari belakang, lepas tu rampas pisau dari tangan dier. Aku campak jauh2. Parut luka pisau ada lagi kat tapak tangan aku ni, kalau korang nak tengok.... huhuhu

Aku jatuh kan Aman, Ustaz cuba nak pulihkan dier. Seksa jugak nak halau jin pak belang tu. Dier meronta kuat sangat. Aku Jerit kat budak2 kat luar tu, suruh diorg masuk dan tolong pegang. Boleh pulak bersorak kat luar tu. Hampeh !

Ustaz mula bertanya pada jin tu, kenapa dia mengamuk? Dia jawab (ada pekat jawa sikit), dia sayangkan tuan dia (Aman), dan tak nak berpisah. Ustaz tanya, kenapa nak membunuh? Dia jawab dengan bahasa yang tak sedap didengar dan tak tergamak aku nak tulis kat sini... Bahasa2 maki...

Last sekali ustaz tanya apa agama Jin tu... mula2 dier tak nak jawab, tapi mula marah2, dan kata yang dia bukan Muslim, dia siap maki2 lagi Agama Islam dan Nabi Muhammad.... dan jin tu masih meronta2. 

So.. ustaz tak der pilihan lain, dia guna tangan (mcm karate), dia buat seolah2 menyembelih dileher Aman. Aman terkulai layu...huhuhu

Pertama kali aku nampak, seolah2 debu hitam halus2, jatuh berderai ke lantai dan hilang macam tu jer... Owh.. macam tu rupanya bila jin mati.. (agaknyer la.. huhuhu)

Tapi secara jujur, aku tak pasti tindakan ustaz tu betul atau tidak... pasal setahu aku, kita sebagai manusia, tak ada hak nk membunuh kaum jin... mungkin juga ada pengecualian (exception) kalau jin tu sangat bahaya, dan cuba membunuh kaum adam.  

Wallahualam..  

#donetunaijanji

Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!Where stories live. Discover now