Ilmu pengasih ni tak semestinya dari manusia untuk manusia jer tau. Korang pernah tak dengar atau terbaca, Jin 'kena' kan manusia yang dia suka?
Kisah ni aku tau dari pakcik aku yang kat Singapore tu. Dia yang mengubat sendiri kawan baik dier, yang terkena 'ilmu' tu.
Sebelum tu... Citer ni, tak der kena mengena dengan mata aku ni. Tapi mata pakcik aku. Oleh kerana ia berkaitan dengan Ilmu Pengasih ni, aku nak citer jugak! Aku tak kira.... huhuhu
Kawan pakcik aku tu.. Pak Ali (bukan nama betul), dah bertahun 'bercinta' ngan 'kekasih' dia tu. Sebelum tu, Pak Ali ni menduda berhias (duda tak der anak).. Pakcik aku tu ler tempat dier mengadu nasib.
Mulanya, pakcik aku tak perasan pun yang Pak Ali ni dah lama berkawan dengan kekasih lain alam. Dan nasib baik pakcik aku cepat bertindak. Kalau tak, terjadilah pernikahan yang 'luar hakiki'. Pernikahan yang tak sepatutnya terjadi pada setiap manusia kat bumi ni.
Pernah gak aku dengar sebelum ni, manusia bernikah dengan Jin. Tapi selalunya, si manusia yang akan menanggung 'sensara'. Manusia tu selalunya akan nampak 'indah' jer kat mata dia.. tapi hakikatnya, manusia lain yang nampak dia tu, akan perasan yang manusia menikahi jin tadi tu, jadi serba tak kena, tak terurus, tampak hodoh dan kadang2 bau busuk yang melampau... benda2 ni semua dia takkan perasan, kecuali orang lain yang berada disekeliling...
ok.. setakat ni paham tak? Sowie.. ayat berbelit2.... Kalau tak paham tu, buat2 paham dah ler... huhuhu
Pak cik aku bercerita, Jin Betina yang kenakan Pak Ali tu sebenarnya Jin Muslim. Tah macammana tah dia boleh berkenan ngan Pak Ali tu, sedangkan Pakcik aku ni lagi hensem dari Pak Ali. Pak Cik aku yang cakap ler...
Mula2 sekali, Pak Ali hampir tak sedar semua tu. Dia tak tau, masa bila dia boleh jatuh cinta ngan kekasih alam lain dia ni.. Dia beranggapan, mungkin dia terkena masa dia sedang syok memancing bersama kawan2 dia, kat Changi, Singapura. Masa tu, dia dah rasa badan dia seram sejuk dah. Tapi diteruskan juga memancing. Balik ke rumah, dia terus demam.
Oleh kerana dia duk sorang2 dalam rumah tu, dan kerja Pak Ali ni sebagai pemandu teksi jer... so.. tak siapa pun yang sedar yang Pak Ali demam lebih 2 minggu.
Awal2 demam tu, Pak Ali citer pada Pakcik aku, dia rasa setiap malam, umpama mimpi, dia diurut oleh seseorang. Seluruh badan diraba oleh 'orang' itu, dan mungkin pasal sedap dan sedikit melegakan sakit2 badan, dia biarkan saja.. Hari2 berikutnya, Pak Ali mula bau haruman bunga yang segar dan harum sangat, ketika badan dia sedang kena urut tu. Dia mula rasa suka pulak pada haruman tu. Hari2 badan dia diurut seperti tu.
Ianya berlanjutan hingga Pak Ali pulih dengan sendiri, tanpa dia makan ubat atau jumpa doktor. Ini membuat dia jadi lagi suka dan terhutang budi pada 'orang' yang urut dier tu.
Pada satu hari, Pak Ali tergerak untuk seru 'orang' tersebut. Dia seru dan seru dan seru. Dia nak sangat jumpa pengurut tersebut. Dia tak kisah lah siapa orang tu.. Dia nak berterima kasih. Tiba2 orang tu muncul depan mata Pak Ali. Dia datang dari arah dapur, terus berdiri depan Pak Ali yang duduk di ruang tamu. Pak Ali terpaku, pasal menurutnya orang yang berdiri di hadapan dia adalah perempuan yang terlalu cantik.
Aku ada gak tanya, pada pakcik aku tu.. Cantik sangat ker pada mata Pak Ali? Pakcik aku cakap, menurut Pak Ali, muka seperti kacukan Cina-Arab. Rambut rebonding panjang sampai pinggang. Wajah tersenyum manis jer. Yang membuatkan Pak Ali melopong, perempuan tu datang berkemban. Kain batik berwarna merah bunga2. Perghhh.... Giler la.. kalau aku pun cair.. Tapi, kalau dah nama Jin.. memang boleh buat semua benda tu.
Malam Pak Ali nampak tu, perempuan tu terus tarik tangan Pak Ali, masuk terus ke bilik. Lepas tu bermula lah "ber-huhu" hebat dalam tu.... Diorang ... OPSS !! Censored oi! Censored! (Sorry)
Berlanjutan ler perkara ni selama bertahun lamanya. Mereka hidup seperti suami-isteri, tetapi tidak bernikah. Hingga hari Pak Cik aku jumpa Pak Ali, merayau kat tengah2 bandar Geylang, sambil tersengih2 persis orang gila. Bila ditanya dia cakap semua Ok... OK haper macam tu???
Pakcik aku bawa balik ke rumah, dan cuba mengubat Pak Ali ni, step-by-step... hingga dia pulih sedia-kala. Berminggu jugalah proses tu. Pak Ali memang tak sedar aper terjadi selepas peristiwa 'berdrama' pertama kali tu. Apa yang dia buat hampir semua tanpa sedar. Sedikit dalam ingatan dia yang perempuan tu layan dia terlalu baik. Memang serba-serbi rasa seronok.
Menurut kata pakcik aku lagi, dia sempat juga berjumpa Jin berupa perempuan cantik tu. Rupa Jin tu, tak seperti yang Pak Ali bayangkan. Kata pakcik aku, kalau ler aku ada pada masa tu, aku sendiri akan rasa nak termuntah dengan muka jin tu yang penuh lelehan nanah dan bertompok2. ERKK ???
Itu pun kalau betul2 jin tu tak nak tinggalkan Pak Ali. Katanya dia nak nikah dengan Pak Ali secara sah. Secara sah ?? Ape benda yang "sah" ?? Dan Jin tu nak bertaubat setelah buat Pak Ali macam tu. Ilmu Pengasih tu terhasil dari alam mereka gak. Alam mereka tu ada bomoh2 macam kita ni. Tapi pada Pakcik aku, bomoh tu betul2 kuat, kerana mudah kenakan manusia seperti itu. Pelik kan?
Sebelum jin tu blah, pakcik aku sempat berceramah dan 'brain wash' jin tu, hingga dia teresak2 mengangis. So.. selepas tu, Pak Ali terus pulih, dan dengar kata yang terbaru, dier kahwin dah.... Tapi dengan manusia ler...
Cerita ni, aku tak cerita pun pada ustaz. Tak berkesempatan langsung. Korang orang yg ke-2 selepas member baik aku yang tak paham aper yg aku citer...huhuhu ...
Sekian.
![](https://img.wattpad.com/cover/104912266-288-k842176.jpg)
YOU ARE READING
Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!
ParanormalPengalaman sebenar penulis. Terpulang mahu percaya atau tidak... 'Rezeki' datang dalam pelbagai bentuk. Wang ringgit... anak.. rakan.. nasihat.. dan macam-macam lagi.. 'Rezeki' bahagian masing-masing. 'Rezeki' yang penulis nak ceritakan ni... Ad...