Selepas seharian bermandi-manda di Waterworld tu, lewat petang gak lah kitaorang gerak balik homestay.
Pasal semua dah lepak,sampai2 homestay terus wat hal masing2. Semua tido awal malam tu.
Sedang aku baru nak lena.. aku dengar lagi bunyi baling batu atas bumbung. Mula2 aku pikir, ni mesti putik kelapa jatuh atas ni. Eh jap. Mana ada pokok berdekatan homestay ni.
Dengan berat, aku bangun dari katil, terus melangkah ke tingkap ruang tamu. Aku menjenguk ikut tingkap je.
Malas nak keluar... lepak giler ni....!Tak de apebenda kot. Ok jer.. aku pusing ke belakang. Nak terus langkah ke dapur. Haus pullok. Tiba2 jer aku dengar bunyi cakar2 kat tingkap. Setan betul! Aku ngantok ler !
Aku cuma jeling je tingkap tu, tapi kaki langkah terus ke dapur. Malas nak layan.
Wat pengetahuan korang, benda2 macam ni, kalau makin kita layan, makin menjadi2.
Aku buka peti sejuk, minum sikit coke... lepas tu terus balik ke bilik.
Sebelum sampai ke pintu bilik aku... aku nampak kelibat, mcm kain panjang terbang, laju ke bilik kakak aku. Kakak aku tu ada baby kecik... takut kena kacau, aku gi check.
Baru dekat pintu bilik tu, kelibat tu keluar tembus dinding, terus ke bilik aku. Aku masuk, aku cari...
Amboi! Seronok kau menenggek atas almari eh?! Rambut dah la serabai tutup muka.. Dia cangkung, sambil anggguk2 kepala ke depan-ke belakang. Aku dah penat gile, wei.. aku beranikan diri. Aku sergah benda tu... "Hoi!!"
Dia pandang aku.. terus lesap.. hilang..Sebelum tido, aku patah balik dapur, ambil garam.. baca2 skit, tabur sekeliling rumah.
Keesokan pagi, saja berbual ngan kakak aku. Tanya dia, baca apa sebelum tido. Kakak aku cakap, doa biase jer. Mcm yang aku ajar semalam. Dan bawah bantal baby mmg ada yassin dan pisau lipat (ikut petua orang lama2)... Handbeg dia pulak, sentiasa bawak Quran... aku rasa, tu yg buat benda tu panas semalam.
Time check out, aku yang kena pulang kunci.. tuan homestay tak de.. jiran dia tolong ambik. Aku saja2 kepoh, tanya pasal homestay ni. Jiran tu terlepas ckp.. kata yang hometay tu byk gangguan dari dulu. Pasal tu tuan dia beri sewa murah.
Ermmm.. kenapa la tak citer awal2? Hawau!
YOU ARE READING
Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!
ParanormalPengalaman sebenar penulis. Terpulang mahu percaya atau tidak... 'Rezeki' datang dalam pelbagai bentuk. Wang ringgit... anak.. rakan.. nasihat.. dan macam-macam lagi.. 'Rezeki' bahagian masing-masing. 'Rezeki' yang penulis nak ceritakan ni... Ad...