Sementara ustaz membuat 'bahan' kat dalam rumah, aku duduk di tembok luar sambil menghirup angin sepoi2 yang nyaman. Dalam beberapa minit kemudian, ada seseorang datang dan memberi salam. Aku sambut, seorang lelaki, dia cakap nak jumpa ustaz.
Bila ustaz selesai, keluar je dari bilik, ustaz seakan2 terperanjat bila terpandang lelaki tu. Ustaz pun mula bertanya...
Tetamu : Assalamualaikum
Ustaz : Waalaikumsalam
Tetamu : Maaf ustaz. Saya nak minta tolong sikit boleh?
Ustaz : Err.. maaf lah. sepatutnya encik kena wat appointment dulu ni..
Sambil tu, mata ustaz menjeling aku. Alamak. Aku dah buat silap ni.
Tetamu : Betul ustaz. saya tau.
Ustaz : Kamu bukan yang datang masa tu ker? Yang terkena pengasih tu ?
Tetamu : Ye ustaz. Saya urgent sangat ni.
Ustaz : ok. kamu boleh cakap. Tapi saya tak janji boleh tolong malam ni. pasal saya sibuk sangat.
Lelaki tu betulkan duduk dia. Aku nampak kaki dia seolah2 sedikit geletar.
Tetamu : Macam ni ustaz. Saya mimpi benda yang sama. Kacau saya tiap2 malam.
Ustaz : Benda ?? dia ganggu macam mana ?
Tetamu : Dia asyik kejar saya ustaz. Dan saya nampak juga pompuan yang saya cakap tu belakang benda tu. Macam kawal benda tu, ustaz... dan tadi, saya macam perasan benda tu ada dalam rumah.
Ustaz : Kamu dah mandi 'barang2' yang saya kasi masa tu?
Tetamu : Sudah ustaz. 3 kali. macam ustaz cakap.
Ustaz : Macam tu, boleh kamu datang balik malam esok ? Saya buatkan bahan lain pula.
Tetamu : Boleh ustaz. Terima kasih.
Esok malam. Ustaz tak suruh pun aku datang. Tapi dengan niat yang suci, aku pun datang jugak, sambil nak 'membawang' kat rumah ustaz tu. Aku pun nak tau gak apa terjadi kat diorang tu.
Aku sampai dalam kul 9 lebih, lepas isyak. Dari jauh aku tengok rumah ustaz dah ada 2-3 kereta. Uish. Ramai la pulak hari ni.
Masuk2 jer, aku nampak pesakit perempuan semalam, sedang bertekak dengan pesakit lelaki yang datang selepas beliau. Eh. Kena rasuk ker perempuan tu ??
Bila dengar baik2, errmmm... baru aku tau cerita sebenar.
Rupa2 nya, Si lelaki tu, minat kat perempuan tu, so dia tengok tak de respond sangat, dia pun pergi jumpa bomoh (ni bomoh yang guna2 kemenyan tau. Bukan perubatan islam). Lalu dia 'kena' kan ler perempuan tu. Dia guna sejenis minyak untuk di calit pada perempuan tu.
Yang kelakarnya, rupanya selama ni, perempuan ni pun ada memakai something, untuk menarik minat lelaki tu jugak. Pasal dia pun dah lama suka kat lelaki tu. Benda yang dia guna, sejenis 'tangkal' yang di bawa ke mana2 di dalam beg dia.
So.....
Korang tau apa jadi lepas semua tu? Kedua2 minta bantuan bomoh yang guna jin. Kedua2 jin tu dah bertembung sama sendiri. Diorang tak berlawan. Masing2 nak tunjuk kuat. Itu yang jin2 tu, jadi sama2 lemah bila guna kuasa diorang kot... aku agak2 jer la. Nak tanya ustaz, confirm ustaz tak nak jawab. Habis kuat pun, dia suruh aku cari jawapan sendiri... haishh...
Masa tu, detik yang sangat mahal bagi aku. Kalau lah ada media sosial macam sekarang ni, memang aku dah viralkan dah. Apa daa... dah suka tu, cuba terus terang. Tak lah jadi macam ni. Biar sakit di reject, jangan sakit bila pendam lama2. Eh. Citer pasal cintan-cintun lak... huhuh
Lagi satu, korang ingat satu benda ni. Jika guna bomoh selain perubatan islam. Ada 2 perkara yang akan bakal terjadi. PERTAMA, kena tipu dari segi duit dan akidah. KEDUA, mereka biasanya guna jin. Bila Jin dah terlibat, yang jadi mangsa pesakit la. Macam kes ni, dua2 ustaz cuba ubat dan bersihkan sepenuhnya. Itu belum 'proses brain-storm' dan 'pembebelan' ustaz lagi... Rasa2 bernanah telinga diorg .. Huhu
P/s : aku tak tau citer diorang lepas tu. Pasal dua2 dah suka. Mungkin jodoh milik diorang kot. Entahlah.... Aamiin.
YOU ARE READING
Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!
ParanormalPengalaman sebenar penulis. Terpulang mahu percaya atau tidak... 'Rezeki' datang dalam pelbagai bentuk. Wang ringgit... anak.. rakan.. nasihat.. dan macam-macam lagi.. 'Rezeki' bahagian masing-masing. 'Rezeki' yang penulis nak ceritakan ni... Ad...