60. "Nak kawan dengan saya ?"

5.3K 493 39
                                    


Dalam banyak2 perkara berkenaan makhluk dan benda2 ni, paling aku takut bila mereka mula berinteraksi dengan kita. Lebih2 lagi kalau ada yang suka pada kita.

Pernah satu kali, ada satu makhluk berupa manusia perempuan, pakaian serba putih kekuningan. Rambutnya jelas nampak sampai ke pinggang, tapi wajah tetap tak nampak jelas, berselindung di balik selendang yang dia pakai.

Pertama kali aku 'terjumpa' dia ni masa aku dan sekeluarga berkelah di Gunung Pulai, Johor. Masa tu aku masih bujang lagi.

Pada mulanya aku fikir dia salah seorang pengujung kat situ. Buat pengetahuan korang, mula2 akunampak dia, dia hanya duduk atas salah satu batu besar tepi sungai tu, dan sekali imbas gaya dan penampilan dia betul2 macam style makcik2. Dengan selendang ala2 datin mana tah, duk kat batu sambil perhati jer budak2 kecil mandi, dan berbaju seperti orang dulu2.

Masa 2-3 kali aku terpandang dari jauh, tiba2 dia macam perasan yang aku tengok dia. Dia toleh ke arah aku dan mengangkat tangan seolah2 gaya miss world melambai. Kelakar kan? Macam biase, masa tu, aku tak pikir apa2. Aku pun lambai balik. Peramah ler katakan. Lepas tu aku sambung mandi.

Tengah2 mandi tu, tiba2 je dia berpindah, duduk atas batu, berdekatan dengan tempat aku mandi. Bila aku dah nampak sepantas kilat dia dah ada kat sini, memang sahlah dia tu bukan manusia. Aku buat tak nampak sambil sambung mandi bersama2 abang2 aku.

Selesai je semuanya, kami bertolak balik. Aku fikir benda tadi dah hilang dari pandangan. Ternyata aku salah. Aku nampak lagi dia berdiri di sebelah kereta kami, semasa kami singgah di salah sebuah warung di kaki Gunung. Aduhai. Time tu, rasanya macam2 ayat dan surah aku baca, tapi semua tak jalan. Dia masih ada kat situ.

Sampai di rumah benda tu masih ikut aku. Aku dah mula rasa tak sedap hati. Rasa marah pun ada. Aku cuba beberapa kali beranikan diri nak dekati dia. Nak cuba tanya, kenapa dia ikut aku. Tapi apa yang pelik, setiap kali aku cuba nak dekat mesti dia hilangkan diri. Macam malu2 pulak. Gila kan?

Bila aku sedang solat, sedang makan, atau buat apa saja aktiviti lain, kalau sekilas pandangan nampak dia, mesti dalam sayup2 aku dengar ayat yang sama, " NAK KAWAN DENGAN SAYA? " suara merdu dari seorang perempuan, berlagu2.

Perkara ni berterusan 3-4 hari. Hinggalah sampai tahap melampau, ada satu kali, time tu aku tak boleh nak lelapkan mata. Aku pusing kiri, pusing kanan, tapi masih tak boleh lelap. Aku pusing lagi ke sebelah kanan, muka dia yang tak berapa nak jelas tu boleh dekat dengan muka aku, sambil berkata (kali ni aku dengar jelas, seakan berbisik), " NAK KAWAN DENGAN SAYA? "

Aku terkejut, sambil memaki hamun benda tu. Mana tak terkejut? Tiba2 jer ada kat sebelah? Oleh kerana tengah2 malam aku menjerit sambil memaki perkataan yang tak sepatutnya aku sebut, aku dimarahi oleh abah aku. Hangin seluruh badan beb.

Selepas tu, aku ambil keputusan ambil cuti, pergi ke Singapura, minta tolong pakcik aku yang pandai berubat tu. (Masa ni, aku belum jumpa Ustaz lagi). Pakcik aku kata yang benda ni suka kat aku. Pakcik aku tanya, ada tak aku jawab salam, atau apa2 tingkah laku yang seolah2 beri 'greenlight' pada benda tu supaya terima dia sebagai kawan? Aku kata pada pakcik aku, yang aku cuma sambut lambaian dia jer. PAkcik aku pesan, itu pun sama seperti beri kebenaran supaya ikut aku balik.... Alamak! Silap besar ni.

So.. lepas berubat ngan pakcik aku time tu jugak, benda tu dah tak ikut dah. Alhamdullilah. Walaupun cantik, nasib baik aku tak terpikat. Bahaya. Sangat Bahaya.

Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!Where stories live. Discover now