43. Menyerupai Haiwan

5.7K 509 33
                                    

Pernah tak rumah korang dimasuki ular, atau binatang2 bisa seperti lipan besar, kala jengking atau sebagainya? Kalau nak bunuh, mengikut sunnah, kita kena halau dia dulu sebanyak 3 kali. Kalau tak blah jugak, baru boleh bunuh. Tapi, kalau ikut akal logik atau time2 emegency macam tu, biase nye kita bunuh jer kn ? Tak sempat nak halau2....

Aku nak citer satu hal yang terjadi pada salah seorang sepupu aku yang duk Terengganu. Masa tu, kitaorang sekeluarga saja melawat ke rumahnya.

Nak dijadikan cerita,masa tu lewat petang, sebelum maghrib. Semua orang sedang minum petang kat dapur. Bahagian dapur rumah ni, ke bawah sikit. Cuma aku, Kak Uda ngan sepupu aku jer kat ruang tamu.

Sedang rancak berbual, tiba-tiba jer sepupu aku ni terpaku, pandang ke atas. Rumah ayah dia ni a.k.a. pakcik aku ni, rumah kampung. Kuda-kuda atap tu memang open, boleh nampak atap dari bawah. Tak der pun siling macam rumah kat bandar ni.

Bila sepupu aku tu pandang atas jer, Kak Uda aku pun jadi pelik. Di tegur2 sepupu aku tu, tapi sepupu aku tak layan. Mata dia pandang jer atas, ada sedikit terbeliak. Kak Uda aku pandang ke atas, mencari2 apa yang sepupu aku tengok, sambil cakap yang sepupu aku ni nak bergurau ker aper ?

Bila aku pandang ke atas, aku nampak dengan kabur, tak beberapa jelas , ada susuk tubuh tengah berjalan 'terbalik'- kaki di atas, kepala di bawah, dengan rambut serabut, terjuntai ke bawah. Masa tu aku terkejut tengok fizikal benda tu, sampai cawan yang aku pegang terlepas ke lantai.

Kak Uda bising2, cakap aku ni careless. Dia pergi dapur ambil kain buruk untuk lap. Tinggal aku berdua ngan sepupu. Aku tanya dia, dia nampak benda tu? dia kata memang selalu benda tu kat atas tu, selalu pandang dia dengan muka marah. Masa tu, aku belum tahu lagi cara nak halau benda2 ni.

Selepas makan malam, bila semua dah ada, pakcik aku bercerita, yang rupanya sepupu aku ni pernah bunuh ular hitam kat dapur, sebulan yang lepas. Lepas tu, aku dapat agak kenapa dia kena ganggu macam tu.

Aku sugggest kn pada pakcik aku, suruh dia cari orang2 yang pandai pasal benda2 ni, dan suruh orang tu 'bersih' kan sekali rumah ni. Pakcik aku setuju, dan nanti dia akan buat.

Aku rasa, yang sepupu aku bunuh tu, salah satu makhluk yang menyerupai ular. Buat pengetahuan korang, kalau makhluk2 atau jin tu menyerupai binatang, jika kita bunuh binatang tu, dia akan mati betul. Dan aku syak, benda yang ada atas kuda-kuda rumah pakcik aku tu, mungkin pasangan, atau mak atau bapak makhluk yang mati tu.

Kadang2 kita jadi serba salah, kn? Nak bunuh takut tersalah bunuh. Tak bunuh kang, takut dia bahayakan kita... Tapi selagi kita yakin Allah tu ada, dan kita sentiasa berdoa dan beringat. so...nak takut apa? Ye tak ?

Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!Where stories live. Discover now