Aku ada satu citer yang aku pun lupa nak tulis kat sini. Masa aku masih kerja Kilang. Ada satu member ni minta tolong aku hantar dia ke Gelang Patah. Kakak die urgent nak pakai duit.
So, lepas balik kerja petang tu, aku hantar dier guna motor. Laluan yang aku lalu masa tu, cuma jalan Lima Kedai jer. Tak la jauh sangat kalau dari Larkin ni. Dalam 30 minit jer.
Selesai semua urusan, lepas maghrib, kitaorang gerak balik. Atas motor, member aku ni berulang kali cakap nak belanja aku makan. Aku cakap kat dia lain kali la. Nak balik cepat ni.
Sedang dalam perjalanan, tiba-tiba dia yang duk belakang ni, tunjuk2 aku kat hala kat depan. Dier cakap, kita singgah dulu warung tu, dier nak belanja, pasal aku tolong dia.
Aku tengok pada warung yang ada kat depan sana. Aku 'tajam' kan sikit mata aku. Erkk...tak boleh jadi ni! aku pulas minyak lebih sikit, melintasi warung tu.
Member aku ni bising... dier tanya kenapa aku tak berhenti? Dia tambah lagi, kalau pelanggan ramai, tentu makanan kat situ sedap. Dia membebel sepanjang perjalanan. Aku buat2 tak dengar. Aku terus jer memecut balik.
Yang sebenar-benarnya, memang aku tak nak berhenti kat warung tu. Member aku cakap, warung tu ramai pelanggan. Tapi yang aku nampak, warung tu gelap. Terbiar. Bumbung dah roboh sedikit. Meja dan bangku kayu berselerak.
Yang pasti, ada satu mahkluk hitam besar, sedang berdiri di hujung tiang warung, berpeluk tubuh, sambil memerhati kenderaan yang lalu lalang.
That's why aku pecut semacam jer. Seb baik aku ley nampak semua tu....
Berbalik pada kawan aku tadi. Seperti aku duga, dia tak percaya pun. Ermm.. Lantak la. Janji aku tak bohong. Yang paling penting benda tadi tu tak ikut.
YOU ARE READING
Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!
ParanormalPengalaman sebenar penulis. Terpulang mahu percaya atau tidak... 'Rezeki' datang dalam pelbagai bentuk. Wang ringgit... anak.. rakan.. nasihat.. dan macam-macam lagi.. 'Rezeki' bahagian masing-masing. 'Rezeki' yang penulis nak ceritakan ni... Ad...