Dah start puasa dah. Salam Ramadhan Al-Mubarak untuk semua.
Rata-rata semua orang islam tahu bahawa Iblis, Jin dan Syaitan di ikat atau dipasung ketika Ramadhan. Dalam satu hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim. Sabda Rasulullah s.a.w. : "Apabila datangnya bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan".
Maksud 'dibelenggu' ni ada beberapa pendapat :
1) Iblis, Jin (jahat) dan syaitan, diikat dan dipasung dengan rantai berapi dan dicampak ke dalam tanah, sedalam-dalam nyer...
2) Cuma Jin dan Syaitan yang 'berpangkat' besar jer yang diikat dan dipenjara, tapi golongan2 prebet ni masih berkeliaran.
3) 'Dibelenggu' bermaksud, mereka diikat dan 'power' mereka menjadi lemah. Mereka tak berupaya nak menggoda dan melemahkan iman manusia.
Sepanjang keupayaan aku melihat dari dulu hingga kini, apa yang pasti, aku tak pernah nampak benda2 pelik atau menakutkan sepanjang bulan Ramadhan. Start dari masuk Maghrib sehari sebelum puasa hingga maghrib terakhir puasa. Ini menguatkan keyakinan aku yang jin dan syaitan diikat.
Tapi kita kena paham, yang tak semua jin jahat. Macam pernah aku ceritakan sebelum ni, golongan jin ni sama macam manusia. Mereka ada kaum masing2, kepercayaan, agama, sekolah, masjid, hospital (tempat rawat yang sakit), tempat hiburan dan kampung2 sendiri.
Yang beriman tentu patuh pada Allah, golongan ni sedikit jer... mereka takkan ganggu manusia. Mereka pun mahu kejarkan pahala pada bulan yang penuh rahmat ni. Pasal diorang pun dijanjikan Syurga dan neraka.
Aku nak cerita sikit, secara ringkas, tentang pengalaman aku nampak mereka2 ni di bulan Ramadhan.
*******
Masa tu, minggu ke 3 bulan puasa.. biasanya surau kat taman perumahan aku ni, semakin nak hujung2, semakin kurang orang bertarawih. Sedang jalan gi surau tu, aku nampak segerombolan orang ramai berbaju putih bersih menuju ke surau. Dalam hati aku, mungkin ada kematian atau kenduri dekat2 surau tu.
Tiba kat surau, masa tu belum azan isyak lagi, aku tengok tak ramai jemaah. Selipar pun tak banyak. Aku macam syak yang aku nampak tadi bukan orang. Aku nak gi ambil air sembahyang kat luar, mata aku boleh terpandang seseorang berbadan sasa, berjalan pantas menuju ke arah padang sebelah surau. Aku perhatikan betul2, memang 'ramai' makhluk kat situ sedang bersiap sedia nak solat berjemaah. Putih sekata jer diorang tu.
*****
Ada satu kali, masa aku baru balik kerja. Dalam kul 11 lebih (masa ni dah terlepas terawih, pasal tugas...) . Masuk jer kawasan rumah abah aku, masa nak kunci pintu pagar, aku terpandang ada sepasang makhluk sedang duduk bersila bawah pokok pelam depan rumah. Maksud aku 'sepasang', pasal jelas aku nampak susuk seorang lelaki kurus, berjubah putih, dan menghadap depan dia, susuk seorang perempuan bertelekong putih, sedang seolah2 berzikir, sambil mengira2 jari. Aku yakin mereka sedang beribadat.
******
Masa kilang lama aku buat checkstock, time tu boleh pulak masa puasa. Memang tak boleh nak elak. Pasal ikut jadual 4 bulan sekali. Aku ngan sorang amoi ni ditugaskan kira reject item dalam store tepi tangga ground floor. Store tu agak sempit.
Tengah2 check tu, sayup jer aku terdengar orang seolah2 sedang berzanji. Ingatkan suara radio. Bila aku amati, meremang bulu roma aku... aku nampak seseorang berpakaian jubah hitam. Berserban seperti Pak Arab. Elok jer duduk bersila atas kotak tu.
Seram sejuk gak..dah lah seram pasal berdua jer ngan amoi tu kat situ. Ni nampak benda bukan2 lak. Aku mempercepatkan sedikit kiraan. Takut2 kalau 'benda' tu tau yang aku nampak dia.
******
Last one.... Pernah tak dengar orang dirasuk waktu bulan Ramadhan? Siapa cakap tak ada? Memang ada. Aku pernah berdepan dengan benda2 ni. Dan yang merasuk tu ngaku dia berdamping pada pesakit sejak sebelum puasa lagi. Tapi dia keluar cara baik, setelah dipujuk oleh ustaz. InsyaAllah aku cerita dalam bab2 akan datang. Bab pengalaman berubat.
******
YOU ARE READING
Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!
ParanormalPengalaman sebenar penulis. Terpulang mahu percaya atau tidak... 'Rezeki' datang dalam pelbagai bentuk. Wang ringgit... anak.. rakan.. nasihat.. dan macam-macam lagi.. 'Rezeki' bahagian masing-masing. 'Rezeki' yang penulis nak ceritakan ni... Ad...