Intro : Siapa tau Qarin / Karin ? Bukan. Bukan maya karin tu...
Qarin sebenarnya berbangsa jin. Dia tu serupa macam kita. Muka.. bentuk badan... semua macam kita. Pendek kata, kembar seiras kita. Dia lahir bersama kita... hidup pun bersama kita.. tapi bila kita meninggal, dia tetap ada.
Pernah dengar tak org2 tua dulu cakap, masa bayi kita ada kembar? Dan pernah dengar tak bila orang dah meninggal, kadang-kadang tu, ada orang nampak arwah kat kawasan rumah dan sekitarnya...? Itulah Qarin. (cer try Google)
************
Pak ngah aku... kembali pada Maha Pencipta setelah beberapa minggu kat wad.. Urusan jenazah sepenuhnya diurus oleh pihak hospital. Selesai saja urusan di hospital, jenazah dibawa balik ke rumah Pak Ngah.
Ok. Macam ni, apa yang aku nampak ketika Jenazah terbaring di tengah2 halaman masa tu, sebenarnya aku tak berapa pasti. Aku tak pasti siapa yang duduk sebelah atas kepala arwah Pak Ngah. Macam aku cerita sebelum ni, aku tak nampak muka. Memang kabur.
Aku rasa mungkin ianya Qarin. Yang aku tau, Qarin kita ni turut bersedih bila kita meninggal. Dan, mereka akan merayau, di serata tempat untuk serasikan diri hidup tanpa kita.
Malam tu, setelah kenduri, sepupu aku (anak Pak Ngah) kecoh cakap nampak bapa nyer tu ada kat luar, belakang dapur, sedang cari sesuatu. Aku terus-terang cakap, memang tak berani nak tengok sama, memandangkan apa yang aku lihat, 'tak sama' macam mereka lihat. Ishh... tak nak aku !
Tapi yang tak sedap sesangat, ada lah mulut2 busuk cakap Pak Ngah ada membela. Hey! Kalau citer yang baik2 jer pada orang yang dah tak ader, tak boley ker ?? Tu la orang kiter... tak habis2 mulut longkang.
Al-Fatihah wat arwah Pak Ngah aku.
YOU ARE READING
Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!
ParanormalPengalaman sebenar penulis. Terpulang mahu percaya atau tidak... 'Rezeki' datang dalam pelbagai bentuk. Wang ringgit... anak.. rakan.. nasihat.. dan macam-macam lagi.. 'Rezeki' bahagian masing-masing. 'Rezeki' yang penulis nak ceritakan ni... Ad...